Jumaat, 30 Disember 2016

WAJAH MU

^
Wajah Mu Di Mana- Mana
3Senyum Kasih Mesra Kasih:)
Lama Ku Cari Rahsia Kasih 
3Rindu Kasih Untuk Berkasih
:)
<Firman Allah Taala <3
"Dan milik Allah Timur dan Barat. Ke mana pun kamu menghadap di sanalah wajah Allah. Sungguh, Allah Maha Luas, Maha Mengetahui." (Surah Al-Baqarah Ayat : 115)

Laa Ilaha Illa Allah Muhammad Rasulullah Kalimah Hidup Suci Mulia.

Dikatakan bahawa sebenar-benar Qur'an itu ialah RUH IDHAFI maka hendaklah seorang muslim mengetahui bahawa bermula huruf ALIF itu ada TIGA BARISNYA iaitu :

1.Alif baris di atas iaitu Sifat NYAWA, hakikat kepada Manusia.
2.Alif baris di bawah iaitu Sifat HATI, tariqat kepada Manusia.
3.Alif baris di depan iaitu Sifat TUBUH, syariat kepada Manusia.

Fasal pada menyatakan usul tahakik itu JALAN SYARIAT, awalnya di mulai dengan ALIF. Adapun ALIF itu dalil menyatakan ZAT hurufnya maka ALIF itu maknanya ZAT dan martabatnya AHDAH iaitu ertinya dengan kerana ALIF. maka inilah dikatakan ALIF DI ATAS iaitu kelimpahan ZAT itu, jadilah SIFAT, ASMA dan AF'AL. Maka jadilah sekalian QADIM keempat-empatnya. Zat pulang pada martabatnya AHDAH iaitu serta ZAT SEMATA-MATA, LAA TAKYIIN itu pun ia, SIRULLAH itu pun ia, ASAL NIAT tiada bersuara atau huruf itu pun ia maka dikata oleh setiap muslim ASLI ertinya AKU iaitu NAFSIAH satu WUJUD ALLAH.

Adapun ALIF DI ATAS itu dalil yang menyatakan SIFAT HURUF LAM AWAL ertinya yang pertama TAJALLI SIFAT ALLAH iaitu NUR MUHAMMAD dan AKYAN SABITAH itu pun ia, WUJUD IDHAFI itu pun ia dan INSAN KAMIL itu pun ia juga, maka inilah ASAL pada SIFAT yang SEBENARNYA SIFAT, maka jadilah SIFAT yang TUJUH iaitu HAYAT, QUDRAT, ILMU, IRADHAT, SAMA'A, BASA'A dan KALAM. Dikatakan POHON SOLAT itu LIMA WAKTU yang KELUAR di dalam HURUF AL-FATIHAH iaitu NUR pada HAKIKAT MUHAMMAD S.A.W, satu NUR, kedua RUH, ketiga AKAL, keempat LOH KALAM,

Adapun ALIF BARIS DI BAWAH itu dalil yang menyatakan ASMA hurufnya LAM AKHIR martabat SATU yang kedua maka TAJALILLAH RUH ADAM, maka dengan KEBESARAN dan KELIMPAHAN RUH itu menjadilah TUBUH ADAM, maka daripada suatu, HURUF ALIF iman itu TIGA HURUF katanya dan ALIF DI ATAS itu LAM AWAL ertinya SIFAT dan ALIF DI BAWAH itu menjadi LAM AKHIR ertinya ASMA dan ALIF DI HADAPAN itu menjadi HATI ertinya AF'AL. Daripada itu jadilah EMPAT HURUF itu EMPAT SIFAT iaitu pertama ALIF, kedua LAM AWAL, ketiga LAM AKHIR dan keempat HA maka baharulah ia Bernama ALLAH, maknanya ZAT, SIFAT, ASMA dan AF'AL.

Adapun ALIF BARIS DI HADAPAN itu dalil yang menyatakan AF'AL martabatnya ALAM ARWAH, Sifatnya MAKNAWIAH TUJUH SIFAT iaitu : HAYYUN, ALIMUN, QADIRUN, MURIDHUN, SAMIUN, BASIRUN dan MUTAKALLIMUN, maka jadilah AKU yang BATIN, takluknya pada SIFAT NAFSIAH iaitu WUJUD yang TUNGGAL ADANYA. Maka daripada itulah menyatakan KIBLAT itu TIGA perkara iaitu : pertama KIBLAT TUBUH, kedua KIBLAT HATI dan ketiga KIBLAT NYAWA. Adapun KIBLAT TUBUH itu kepada KAABAH, KIBLAT HATI itu kepada TUHAN dan KIBLAT NYAWA itu kepada RAHSIA, kerana NYAWA itu sentiasa TIADA BERCERAI dengan ALLAH S.W.T dan NYAWA itulah yang DIANUGERAHI ALLAH S.W.T.
1.Wujud SATU, Sifat NAFSIAH Hurufnya ALIF martabatnya API iaitu NIAT pada kita serta BERDIRI mengangkat TAKBIRATUL IHRAM masuk kepada kalimah HU kerjanya MAKRIFAT. 

2.Qidam LIMA SIFAT ialah SIFAT SALBIAH hurufnya LAM AWAL martabatnya ANGIN iaitu RUKUK dan I'TIDAL pada Muslim, Kalimahnya LAA tubuh kepada Muslim kerjanya syariat, 

3.Hayat TUJUH SIFAT ialah SIFAT MA'ANI hurufnya LAM AKHIR martabatnya AIR iaitu SUJUD dan DUDUK antara dua sujud pada Muslim, kalimahnya ialah ILAHA hati kepada muslim, kerjanya tariqat.

4.Hayyun TUJUH SIFAT ialah SIFAT MAKNAWIAH hurufnya HA martabatnya TANAH iaitu DUDUK TAHIYYAT AKHIR dan SALAM YANG PERTAMA, kalimahnya ialah ILLA ALLAH kerjanya hakikat serta membawa SEMBAH, tatkala naik sebenar-benar ucapannya itu HU tetap ia di dalam MIM ALLAH iaitu JANTUNG kepada Muslim, tatkala turun tetap ia di dalam pohon HA ALLAH iaitu PUSAT kepada Muslim, tatkala keluar tetap ia di dalam KALIMAH LAA ILAHA ILLA ALLAH, maka iaitu diliputi LUAR dan DALAM.

In Shaa Allah pertanyaan lebih lanjut sila rujuk dengan GURU MURSYID atau Orang yang ARIF ILMU melalui poster ini. Semoga Allah taala merahmati kita semua dunia akhirah.amiin.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.