Sabtu, 12 November 2016

NABI MUSA DAN BUKIT THURSINA

Kisah Nabi Musa as, dimana pada suatu hari Nabi Musa bermunajat kepada Allah SWT, “Ya Allah, ya tuhanku perzahirkanlah rupa paras mu, ya Allah aku nak tengok, aku nak lihat dan aku nak tilik wajah mu ya Allah. Kata Allah SWT,”Tidak boleh ya Musa, kamu tidak mampu untuk melihat aku.” Namun Nabi Musa tidak berhenti bermunajat sampai tiga kali kepada Allah SWT.

Kata Allah, Ya Musa aku bukan makhluk, aku bukan ain, aku bukan sesuatu, aku bukan benda macam mana aku nak tunjukkan wajahku kepada mu, macam mana aku nak tunjuk wajahku kepada engkau ya Musa. aku ini tidak bersifat dan tidak berain…. Laisa kamislihi syaiun ……, apa yg kamu ingat itu, bukan aku, apa yang kau gambar-gambarkan itu, bukan aku, apa yang kamu pandang itu, bukan aku, bukan aku, bukan aku, macam mana aku nak perzahirkan wajah aku kepada mu ya Musa. Nabi Musa berkata lagi, Ya Allah ya tuhan ku aku ini seorang nabi, sedangkan orang bukan nabi boleh tunjuk-tunjuk tuhan dia, mereka boleh pegang tuhan mereka, boleh dimandikan, boleh di raba, boleh dibawa kesana kemari, sedangkan mereka itu bukan nabi, boleh tunjuk tuhan mereka, tapi aku sebagai seorang nabi, usahkan kata nak tunjuk, nak ceritapun aku tak boleh, tak reti, oleh itu bagaimanakah org nak percaya kepada aku, ya Allah , kata Nabi Musa.

Jadi ya Allah perzahirkanlah wajah mu, aku nak tengok, aku nak lihat, aku nak tilik, semoga boleh lah aku menceritakannya semula kepada kaum aku.” Lalu dgn kasih sayang Allah SWT berkatalah Allah kepada Musa, Ya Musa, sekiranya benar engkau nak melihat wajah ku, Aku bagi kau mengenal aku, hanya melalui satu kiasan sahaja (yakni satu perumpamaan). Jika kau tahu akan kiasan atau perumpamaan ku ini, maka engkau akan dapat mengenal aku dan akan dapat melihat aku pada jam ini, pada hari ini dan pada saat ini ya Musa.

Ya Musa, Aku tidak perlu tunjukkan wajah aku yang asli kepadamu, cukup dengan hanya melalui kiasan sahaja kamu akan dapat mengenal dan melihat Aku Allah swt. Lalu Allah berkata, ya Musa kau tengok bukit Thursina itu, jika engkau masih lagi melihat sifat bukit Thursina itu berdiri di tapaknya, kau tidak akan dapat melihat aku, tetapi jika sekiranya engkau tidak melihat lagi sifat bukit Thursina itu, maka disitulah engkau akan dapat melihat aku.

Bahasa mudahnya.... Allah berkata, jika engkau nampak bukit, engkau tidak akan nampak aku, jika engkau tidak melihat lagi sifat bukit, maka disitulah engkau akan dapat melihat aku.
Lalu Nabi Musa pun pandang bukit, setelah dipandanglah, ditilik dan dilihat akan bukit Thursina itu, maka karamlah bukit dalam pandangannya.

Untuk mempermudahkan faham, mengumpamakan “menimbulkan semula batu yang ditenggelamkan”, Sekali fikir dengan akal yang lemah ini, mana mungkin batu yg dicampakkan ke dlm sungai boleh timbul balik. Begitu juga dgn bukit Thursina macamana untuk tidak ternampak bukit, sedangkan bukit tersergam ditapaknya. Nabi Musa pun pandang bukit Thursina..dan berfikir “Jika ada bukit aku tidak nampak Allah, setelah tidak terlihat bukit, barulah aku akan dapat melihat Allah.

Lalu Allah pun bertajalilah Nur Nya keatas bukit. Bertajali disini, bermaksud atau bermakna “menyatakan”, manakala makna atau maksud perkataan Nur itu pula, bukan bermaksud terang atau gelap. Nur atau cahaya itu, bermakna atau bermaksud terang cahaya wajah Allah. Bilamana Allah menyatakan diri Nya atau mempernampakkan kenyataan diri Nya keatas Bukit Thursina, Pada saat itu, leburlah segala sifat, afaal, asma dan zat bukit!. Nabi Allah Musa diketika itu, bukan lagi terlihat atau terpandang bukit, malahan setelah lebur, hancur atau karam sifat, afaal, asma dan zat Bukit Thursina, maka disitulah wajah Allahlah yang terlihat dan terpandangan oleh Nabi Allah Musa!.

Nabi Musa bukan melihat Allah dalam bentuk sifat, malahan Nabi Musa melihat Allah dalam bentuk kiasan sahaja!. Hanya dgn melalui satu kiasan bukit sahaja, Nabi Musa sudah dapat memandang dan melihat Allah!.

Setelah Allah mentajalikan (menyatakan) diri Nya keatas bukit itu, maka bukit itu pun meletup. Erti, makna atau maksud meletup itu pula, bukan membawa hancur atau pecah menjadi debu spt dinyatakan dlm Al-Quran. Meletup disini, adalah membawa maksud lebur dalam pandangan Nabi Musa!. Jadi Nabi Musa pun faham akan kiasan Allah itu.

Setelah Allah mentajalikan (menyatakan) pula Nur nya keatas Musa, lalu Musa pun pengsan, betulkah Nabi Musa pengsan dan apakah betulkah Bukit Thursina meletup?. Maksud Nabi Musa pengsan dan maksud meletupnya Bukit Thursina itu, adalah bagi mengambarkan karam, lebur, binasa dan terkuburnya Nabi Musa dan Bukit Thursina dalam wajah Allah. Maka sedar, faham, maklum dan mengertilah Nabi Musa akan kiasan Allah SWT, melalui kisah Bukit Thursina itu!..

Menghayati kisah ini maka kenallah kita akan satu nama Allah SWT yang tersembunyi!. Jadi kisah ini amat dalam maksudnya.. (jangan pandang pada huruf, tetapi pandanglah disebalik huruf)…menjelaskan bagaimana nak pandang di sebalik huruf pada kisah Nabi Musa tadi?.

Kiasan kepada perkataan bukit meletup itu, bukannya bererti bukit itu, meletup hancur sampai menjadi debu (seumpama kena bom). Maksudnya disebalik Bukit Thursina itu, adalah hanya nama, jadi hendaklah kita kembalikan nama Thursina itu kepada Allah, setelah nama dikembalikan kepada Allah, bukit itu sudah tidak lagi bernama dan tidak lagi boleh terpanggil “Thur Sina!”, Sesudah dikembalilkan nama kepada Allah!, apa lagi yang hendak dipanggil?.

Setelah faham kiasan Allah pada bukit Thursina, lalu Nabi Musa mengalihkan perhatiannya kepada dirinya. Dengan megambil iktibar, megambil faham dan megambil kiasan dari kisah bukit Thursina, Nabi Musa kiaskan cerita bukit Thursina kepada dirinya sendiri!. Berkata Nabi Musa, sebagaimana aku kembalikan sifat, afaal, asma dan zat bukit Thursina kepada Allah, sebegitulah akan kukembalikan sifat diri aku kepada Allah……………..

Dari cerita kiasan bukit Thursina, Nabi Musa kembalikan sekalian sifat bukit, sifat lonjong, sifat batu, sifat pasir, sifat pokok dan semua sifat yang ada pada bukit itu, kepada Allah, maka kembalilah bukit itu kepada wajah Allah dan tidaklah lagi terpandangan bukit!.

Sebagimana kiasan bukit, sebegitulah nak ku kembalikan sifat diri aku kepada Allah. Sebagaimana kembalinya sifat bukit Thursina kepada wajah Allah!. Sebegitu juga akan aku kembalikan sifat, asma’, afaal dan zat aku kepada Allah SWT (kata Nabi Musa). Jadi apabila semuanya telah dikembalikan segala segala nama, sifat, afaal dan zat kepada Allah, apa lagi yg tinggal, tersisa dan apa lagi yang terbaki?.

Setelah segalanya sudah lebur dan sudah kembali kepada wajah Allah, maka apa yg dilihat, itulah Allah?. Apa yang dipandang, itulah Allah dan apa yang ditilik, itulah Allah!. Itulah cara Allah mengajar Nabi Musa melalui kiasan bukit Thursina. Yang mana dengan cerita kiasan Allah itu, Nabi Musa bawa kepada dirinya!. Sehingga Nabi Musa juga karam, lebur dan binasa sebagaimana karam, lebur dan binasanya bukit Thursina!.

Maka dari kiasan itu, dapatlah Nabi Musa melihat Allah. Iaitu dengan cara mengembalikan segala nama kepada pemiliknya “Allah”. Nabi Musa kembalikan segala sifat kepada pemiliknya. Maka nyatalah Allah itu, setelah semua tidak ada (dikembalikan kepada Allah), sifat makhluk atau sifat apa yg ku pandang kini, sudah menjadi milik Allah.Yang memandang pun milik Allah, yang dipandang pun milik Allah!.

Kini Nabi Musa sudah faham akan kiasan Allah SWT. Lalu Nabi Musa pun bawa kiasan bukit Thursina itu dan letak kepada dirinya, jikalau "Thursina" bukit yang besar itu, boleh aku leburkan, inikan pula diri aku, lalu Nabi Musa pun pandang dirinya. Bilamana memandang ia kepada sifat tangan, tangan Musa sudah menjadi milik Allah dan pandang kaki, sifat kaki sudah juga menjadi milik Allah!. Lalu bertanya Nabi Musa kepada dirinya sendiri, “mana aku, mana aku dan mana aku” tangan milik Allah, kaki milik Allah jadi Nabi Musa pun pengsan, Kata pengsan itu bukan maksudnya koma, bukan ertinya tidak sedar diri dan bukan bermaksud pengsan. Maksudnya disini adalah bererti Nabi Musa itu juga karam dalam wajah Allah, setelah aku mengembalikan sifat diriku kepada mu ya Allah, jadi mana aku, aku sudah tidak ada kata Musa seperti tiadanya bukit Thursina.

Itulah maksud kata Allah, jika kau nampak bukit, engkau tidak akan nampak aku, jika kau tidak nampak bukit, barulah nampak akan nampak aku Allah swt. Jika kita masih nampak kita gagah engkau tidak akan nampak gagah itu Allah. Jika kita masih nampak kita kaya, kita tidak nampak kaya itu Allah. Jadi sekarang aku tidak nampak diri aku lagi, kaya itu Allah, gagah itu Allah, besar itu Allah. Jadi mana diri aku, itulah maksud atau erti Nabi Musa pengsan.Pengsan itu membawa maksud Nabi Musa karam “FANA” dalam wajah Allah sebagaimana karam dan fananya bukit Thursina, maka kenallah Nabi Musa akan wajah Allah.

Melalui cerita bukit Thursina itu, mengerti dan fahamlah Nabi Musa akan bagaimana caranya Nabi Musa mengenal Allah!. Benarlah sebagaimana firman Allah, “dimana aku hadapkan wajahku disitulah wajah Allah”. Kenallah ia akan Allah sesudah mengenal mahluk!.

Begitulah juga, jika kita hendak mengenal Allah melalui kiasan Nabi Musa dengan Bukit Thursina!. Dgn cara mengenal diri sendiri, maka akan kenallah kita kepada Allah Taala. Jika kita hayati betul-betul kisah bukit Thursina, kita juga akan dapat menimbulkan batu yang sudah tengelam didasar sungai.....