Memaparkan catatan dengan label Hadis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadis. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Oktober 2017

PETIKAN KATA KASSIM AHMAD

UMNO, parti nasionalis, yang menjadi tulang belakang pemerintahan di Malaysia sekarang berasal sebagai sebuah gerakan massa pada 1946. Namun tiap benda yang hidup akan merosot. Demikianlah UMNO telah merosot. Hanya anggota UMNO dan rakyat Malaysia seluruhnya melalui Perhimpunan Agung UMNO boleh membaiki UMNO, melalui apa yang diperintahkan oleh Tuhan

“menyerukan kebaikan dan melarang kejahatan”. Perhimpunan Agung UMNO Tahunan mestilah menjadi sekat dan imbang atau penjaga kepada sistem pemerintahan di Malaysia. Rasuah, pembaziran dan kejahatan lain mestilah dikoreksi dari dalam oleh kita yang sedar sendiri. Inilah yang harus dilakukan oleh rakyat Malaysia. Inilah juga yang harus dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia. Inilah juga yang harus dilakukan oleh rakyat di seluruh dunia. Tiada seorang Imam Mahdi atau Nabi Isa turun kali kedua boleh tolong mereka. Manusia tiada penolong dan pembantu kecuali diri mereka sendiri. Dengan izin Allah!

Saya telah menyatakan pada awal tadi bahawa saya akan meluahkan isi hatinya tanpa sekatan. Saya ingin menyatakan dengan rendah hati bahawa saya memohon kepada Tuhan Azza-Wajalla memberi taufik dan hidayah kepada saya dan menjauhkan diri saya daripada kesombongan dan kebanggaan.

Saya ingin menyatakan terima kasih yang tidak terhingga banyaknya kepada sahabat-sahabat saya dalam Jawatankuasa Penaja yang dipimpin oleh Sdr Nik Aziz Hassan dan juga dari pelbagai bangsa dan agama yang telah mera’ikan hari jadi saya yang ke-80 dengan seminar penilaian kritis terhadap karya-karya saya. Saya mengucap berbanyak terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana sudi merasmikan upacara ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak dewan yang membenarkan kami menggunakan dewan yang permai ini

Ucapan ini tidak kena-mengena dengan peringatan harijadi saya yang ke-80. Saya fikir sudah sampai masanya kita, rakyat Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia, berdepan dengan realiti kita secara realistik dan bijaksana untuk menentukan masa depan kita semua, bukan sahaja untuk 30 tahun akan datang, tetapi untuk selama-lamanya.

Saya bercakap ini langsung kepada elit kepimpinan politik dan intelektual dan kepada massa rakyat. Saya harap mereka ambil peduli.

Pendekatan, ini satu seruan untuk revolusi untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Contoh-contohnya sudah ada dalam sejarah: revolusi yang dilancarkan oleh nabi-nabi besar Ibrahim dan Muhammad, oleh Revolusi Amerika, Revolusi Perancis dan Revolusi Komunis, kedua-dua bengis dan berperikemanu-siaan. Kita mesti pilih yang kedua.

Jumaat, 26 Mei 2017

SOLAT SUNAT TASBIH

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“ ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )

Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan;

iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali.

Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Niat shalat sunat tasbih 2 rakaat:

أُصَلِّى سُنَّةَ التَّسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
USHALLII SUNNATAT TASBIIHI RAK’ATAINI LILLAHI TA’ALAA.

Artinya : “Aku (niat) shalat sunat tasbih 2 rakaat, karena Allah Taala.”

Niat shalat sunat tasbih 4 rakaat:

أُصَلِّى سُنَّةَ التَّسْبِيْحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَى

USHALLII SUNATAT TASBIIHI ARBA’A RAK’AATAINI LILLAHI TA’AALAA.

Artinya: “Aku (niat) shalat sunat tasbih 4 rakaat, karena Allah Taala.”

Bila berjamaah, sebelum kata “LILLAHI TA’ALAA” ditambah dengan kata “MA’MUUMAN” (mengikuti imam), jika menjadi makmum, atau kata “IMAAMAN” (menjadi imam), jika bertindak sebagai imam.

1) Setelah takbiratul ihram dan niat, langsung membaca do’a iftitah. Setelah itu membaca tasbih berikut sebanyak 15 kali yaitu:
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
Artinya: “Mahasuci Allah, segala puji milik Allah, tak ada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar.”

2) Kemudian membaca ta’awwudz,basmalah,surat Al-Fatihah dan surat atau ayat-ayat lainnya, lalu membaca tasbih 10 kali (seperti tasbih diatas).

3) Setelah itu ruku’,sambil membaca tasbih ruku 3 kali, dilanjutkan dengan membaca tasbih 10 kali.

4) Kemudian bangun dari ruku (i’tidal) dengan membaca do’a I’tidal seperti biasa, lalu membaca tasbih 10 kali.

5) Setelah itu sujud, sambil membaca tasbih sujud sebnyak 3 kali, dilanjutkan dengan membaca tasbih 10 kali.

6) Kemudian bangun dari sujud (duduk antara dua sujud) dengan membaca do’anya seperti biasa, lalu membaca tasbih 10 kali.

7) Setelah itu sujud kedua,sambil membaca tasbih sujud 3 kali, dilanjutkan dengan membaca tasbih 10 kali.

8) Kemudian berdiri untuk melaksanakan rakaat kedua, dan langsung membaca tasbih sebanyak 15 kali. Setelah itu membaca ta’awwudz,basmalah surat Al-Fatihah, surat atau ayat lainnya dan tasbih 10 kali.

Begitulah seterusnya seperti yang dikerjakan di rakaat pertama. Jika telah 2 rakaat, maka setelah sujud yang kedua dilanjutkan dengan tasyahud akhir dan memberi salam. Setelah itu berdiri untuk mengerjakan 2 rakaat lagi, dengan cara yang sama seperti 2 rakaat sebelumnya,baik niat,gerakan maupun bacaannya (keciali surat atau ayat-ayat lainnya.

Jika dikerjakan 4 rakaat sekaligus, maka setelah sujud kedua, langsung berdiri untuk mengerjakan rakaat ketiga (tanpa tasyahud awal). Cara mengerjakan rakaat ketiga ini sama dengan cara mengerjakan rakaat sebelumnya.

Selasa, 25 April 2017

HADIS : DOA PENYEMBUH PESAKIT

Doa Penyembuhan Pesakit

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَحْضُرْ أَجَلُهُ فَقَالَ عِنْدَهُ سَبْعَ مِرَارٍ أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ إِلَّا عَافَاهُ اللَّهُ مِنْ ذَلِكَ الْمَرَضِ

Dari Ibnu Abbas dari Nabi SAW baginda berkata: Barangsiapa yang mengunjungi orang sakit yang belum datang ajalnya kemudian ia membacakan (doa) di sebelahnya sebanyak tujuh kali: AS ALULLAAHAL 'AZHIIM RABBAL 'ARSYIL 'AZHIIM AN YASYFIYAKA (aku mohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan Arsy yang Agung semoga Dia menyembuhkanmu), maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit tersebut. (HR Abu Daud No: 2700) Status: Hadis Hassan

Pengajaran:

1. Antara adab orang yang menziarahi pesakit ialah mendoakannya.

2. Barangsiapa membacakan doa ini sebanyak 7 kali kepada pesakit yang belum sampai ajalnya, nescaya Allah akan menyembuhkan penyakitnya:

أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

Marilah kita bersifat RAHMAH, menziarahi orang sakit dan mendoakan dengan doa ini.

Sabtu, 22 April 2017

HADIS : MUKMIN

Mukmin Yang Dikagumi

عَنْ صُهَيْبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Dari Shuhaib berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin, sesungguhnya semua urusannya baik baginya, yang demikian itu tidaklah dimiliki seorang pun kecuali hanya orang yang beriman. Jika mendapat kebaikan (kemudian) ia bersyukur, maka itu merupakan kebaikan baginya, dan jika keburukan menimpanya (kemudian) ia bersabar, maka itu merupakan kebaikan baginya.” (HR Muslim No: 5318) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Mukmin yang dikagumi ialah yang sentiasa reda setiap yang berlaku keatas dirinya.

2. Mukmin yang dikagumi ialah yang sentiasa bersyukur diatas setiap kebaikan atau nikmat yang diperolehi. Syukur itu diperlihatkan pada lima perkara:

a. Tunduk dan merendah kepada Allah, zat yang disyukuri
b. Cinta kepada Allah
c. Mengakui bahawa nikmat itu adalah pemberian Allah
d. Memuji Allah dengan lisan dan perbuatan atas limpahan nikmat tersebut
e. Tidak memanfaatkannya dalam perkara yang dibenci Allah.

3. Mukmin yang dikagumi itu ialah apabila mendapat keburukan atau musibah, dia bersabar dan reda.

4. Ibnu Qayyim menyatakan: sabar merupakan setengah dari keimanan dan setengahnya lagi adalah syukur.

Moga kita menjadi mukmin yang dikagumi.

Khamis, 20 April 2017

HADIS : SAKIT

Wanita Ahli Syurga

عَنْ عِمْرَانَ أَبِي بَكْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ قَالَ قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ أَلَا أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى قَالَ هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنِّي أُصْرَعُ وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي قَالَ إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ فَقَالَتْ أَصْبِرُ فَقَالَتْ إِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ لَا أَتَكَشَّفَ فَدَعَا لَهَا

Dari Imran bin Abu Bakar dia berkata; telah menceritakan kepadaku 'Atha` bin Abu Rabah dia berkata; Ibnu Abbas pernah berkata kepadaku; "Mahukah aku tunjukkan kepadamu seorang wanita ahli syurga?" jawabku; "Tentu." Dia berkata; "Wanita berkulit hitam ini, dia pernah menemui Nabi SAW sambil berkata; "Sesungguhnya aku menderita epilepsi dan auratku sering terbuka (sehingga) dilihat orang (ketika penyakit itu datang), maka berdoalah kepada Allah untukku." Baginda bersabda: "Jika kamu bersabar maka bagimu syurga, dan jika kamu mahu maka aku akan berdoa kepada Allah agar Allah menyembuhkanmu." Wanita itu lalu berkata; "Baiklah aku akan bersabar." Wanita itu berkata lagi; "Namun berdoalah kepada Allah agar (auratku) tidak tersingkap." Maka baginda mendoakan untuknya." (HR Bukhari No: 5220) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap penyakit itu datang daripada Allah.

2. Berusaha dan berikhtiar merawat penyakit juga dituntut, disamping berdoa untuk kesembuhan.

3. Bersabar dan reda terhadap ujian penyakit dengan tidak mengeluh dan marah terhadap takdir Allah. Tahan lisan dari mengeluh, marah, atau ucapan lain yang menunjukkan tidak menerima takdir Allah.

4. Berdoa agar Allah memelihara diri sepanjang kita menghadapi kesakitan tersebut.

5. Orang yang bersabar dan reda menghadapi ujian penyakit, dijanjikan sebagai calon ahli syurga seperti wanita diatas.

Selasa, 18 April 2017

BERTAHMID

Kelebihan Bertahmid dan Memuji Allah Ketika Pesakit Diziarahi

عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ بَعَثَ اللَّهُ تَعَالَى إِلَيْهِ مَلَكَيْنِ فَقَالَ انْظُرَا مَاذَا يَقُولُ لِعُوَّادِهِ فَإِنْ هُوَ إِذَا جَاءُوهُ حَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ رَفَعَا ذَلِكَ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَهُوَ أَعْلَمُ فَيَقُولُ لِعَبْدِي عَلَيَّ إِنْ تَوَفَّيْتُهُ أَنْ أُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَإِنْ أَنَا شَفَيْتُهُ أَنْ أُبْدِلَ لَهُ لَحْمًا خَيْرًا مِنْ لَحْمِهِ وَدَمًا خَيْرًا مِنْ دَمِهِ وَأَنْ أُكَفِّرَ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ

Dari 'Atha bin Yasar bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Jika seorang hamba sakit, Allah Ta'ala mengirim kepadanya dua Malaikat seraya berfirman; Lihatlah apa yang ia katakan terhadap para penziarahnya, jika ia bertahmid dan memuji Allah, maka malaikat keduanya akan mengangkatnya ke hadapan Allah 'azza wajalla dan Allah Maha Tahu, lalu Allah berfirman; Aku berjanji kepada hamba Ku, jika Aku mematikannya, maka Aku akan memasukkan ia ke syurga. Jika Aku menyembuhkannya, niscaya Aku akan mengganti untuknya daging yang lebih baik dari dagingnya, dan darah yang lebih baik dari darahnya. Dan Aku akan ampuni keburukan-keburukan dirinya." (HR Malik No: 1475) Status: Isnad Tsiqah

Pengajaran:

1. Jika ada sahabat yang sakit, menjadi tanggungjawab kepada orang yang sihat untuk menziarahinya.

2. Ketika orang yang sakit diziarahi, ucapkanlah zikir memuji Allah bukan keluhan atau kesakitan.

3. Bagi penziarah, doakan pesakit dan ucapkan kata-kata semangat dan kesabaran untuk pesakit.

4. Pesakit yang sabar dan reda malah mengucapkan tahmid dan pujian kepada Allah terhadap apa yang dilalui (bukan keluhan), jika ia dimatikan, Allah akan menggantikan dengan syurga. Jika disembuhkan, Allah akan menggantikan darah yang lebih baik, daging baru yang tumbuh lebih baik disamping dikurniakan keampunan dosa.

Isnin, 31 Oktober 2016

MANUSIA ITU RAHSIAKU

Bismillahhirrohmanirrohim...

Sebenarnya kita menyembah pada Tuhan yang terlihat atau yang tidak terlihat?

Ketika Saidina Ali ditanya oleh para sahabat: "Wahai Ali, apakah kamu melihat Allah yang kamu sembah?

Saidina Ali berkata: "Aku tidak menyembah apa yang tidak aku lihat"

Perkataan Saidina Ali ini tidaklah salah, karena ucapan itu adalah ucapan orang yang sudah ma'rifatullah,orang yang sudah mencapai maqam fanafillah,ucapan orang hakikat jangan diartikan syareat atau dzahir atau yang tersurat saja, bahawa maksud melihat itu bukanlah melihat dalam artian syareat(mata jasad) tetapi bathin.Jadi maksud melihat Allah adalah merasakanNya, mengetahuiNya, mengenalNya secara mendalam dengan sebenar2nya hakikat.
Pernah Nabi SAW menuangkan ilmu ma’rifatullah kepada Saidina Ali, melalui Kalimat Laa ilaaha illallah.

Sebelum mengucapkan kalimat syahadah “Laa ilaaha illallah” diwajibkan bagi kita untuk melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid sehingga diberikan hidayah petunjuk oleh Allah mengetahui ilmu ma’rifatullah, dan dipimpin oleh Allah kejalan yang lurus, sesuai dengan ayat Quran surah Muhammad ayat 19, maksudnya : Hendaklah kamu berilmu ma’rifatullah terlebih dahulu, barulah kamu berkata : Bahawa sesungguhnya Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah.

Ketika Nabi Muhammad SAW menuangkan ilmu ma’rifatullah kepada Saidina Ali baginda bersabda : Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sadar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata :Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.

“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”.Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata :Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.
“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.

Didalam hadis yang lain Nabi Muhammad saw telah bersabda

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Saidina Ali ibn Abi Thalib adalah sahabat Nabi dan sekaligus sahabat yang diberi izin untuk mengajarkan Ilmu ma'rifatullah ini dengan gelar “Karamallah Wajhahu” (fana / karam memandang wajah Allah) iaitu suatu gelaran yang hanya diberikan kepada Ali ibn Abi Thalib karena ia telah fana (karam) dalam memandang wajah Allah. Kemudian Ilmu Tasawwuf ma'rifatullah ini, diajarkan Saidina Ali kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri mengajarkannya kepada generasi sesudahnya dan seterusnya kemudian timbulah ilmu tasawwuf yang dinamakan dengan Tharekat sufi.

Wallahu a'lam

Rabu, 29 Jun 2016

HADIS 16

Daripada  Abu Hurairah  r.a.:    : Bahawa  seorang  lelaki  berkata  kepada  Nabi SAW:  Berikan daku  wasiat.  Baginda  bersabda:  Janganlah engkau marah.  Lelaki  itu  mengulangi  soalan  itu  beberapa  kali. Baginda  tetap  bersabda: Janganlah engkau  marah. Hadis riwayat  al-lmam  al-Bukhari.

Pengajaran Hadis:-

Hadis  ini  menerangkan  betapa  sifat marah  itu  perlu  dihindari oleh  setiap mukmin,  kerana  marah membawa  banyak  keburukan  terhadap  diri  sendiri juga  terhadap  orang  lain. Jangan  marah  ertinya  mengelakkan  sebarang  sebab yang  membawa kepada  kemarahan. 

la juga bererti menahan marah  bila  dia  marah. Erti menahan  marah ialah  menahan  dari  melaksanakan  tuntutan ledakan marah  seperti  memukul,  memaki  hamun  atau  mengamuk. Seseorang yang  gagah  perkasa  dan handal  bukan  hanya  yang  mampu  beradu  tenaga,  bahkan  juga  orang yang  mampu menahan  marah.

Marah  diizinkan  hanya  apabila  ia didorong  oleh  perasaan  mahu  membela kebenaran  kerana Allah, namun mestilah  menurut  cara  hikmah  dan  batas  yang  dibenarkan.

Isnin, 4 April 2016

HADIS 15

Barangsiapa  yang  beriman dengan  Allah  dan  hari  akhirat, maka  hendaklah  dia  berkata baik  atau dia diam. Barangsiapa  yang  beriman dengan  Allah dan hari  akhirat, maka  hendaklah dia  memuliakan  jiran tetangganya.  Barangsiapa yang  beriman  dengan  Allah dan hari  akhirat,  maka  hendaklah  dia memuliakan  tetamunya.

Hadis riwayat  al-lmam  al-Bukhari  dan  Muslim.

Pengajaran  hadis:

Hadis  ini menerangkan  beberapa  tuntutan  lman,  antaranya  ialah  berkata  hanya  perkara  benar  dan berfaedah,  kurang  bercakap, menghormati  jiran  tetangga  dan  memuliakan  tetamu. Seorang yang benar-benar  beriman  akan  menjaga  lidahnya  daripada  berbicara  perkara  haram  kerana  dia akan  dipersoalkan  di  hari  qiamat  nanti.  Dia  lebih  senang  diam  daripada berkata buruk  seperti mengumpat,  mengeji,  mencaci, memaki  hamun  dan mencarut.

Seorang  yang  benar-benar beriman  akan  menghormati jiran tetangga  dan tetamunya,  menyempurnakan hak  mereka  dan tidak  menyakiti  mereka. Jiran tetangga adalah  suatu golongan yang  mendapat  perhatian  besar dalam  lslam.  Hormat menghormati,  tolong  menolong  dan  hidup  berjiran  yang  muafakat  adalah  asas  keamanan,  kemajuan  dan keharmonian sesebuah  masyarakat.

Rabu, 30 September 2015

HADIS 14

Daripada  lbnu  Mas'uud  r.a.  beliau  berkata: Rasulullah  SAW  telah  bersabda:  (( ِﺔ َﻋﺎَﻤَﺠْﻠِﻟ Darah  seseorang  muslim  tidak halal kecuali dengan  salah satu  dari tiga  perkara;  janda yang  berzina, nyawa  dengan  nyawa  dan orang yang  meninggalkan  agamanya  yang  memisahkan  diri daripada  jamaah. Hadis riwayat  al-lmam  al-Bukhari  dan  Muslim.

Pengajaran  hadis:

Menurut  hukum  Allah  seorang  mukmin  adalah  terjamin keselamatan nyawanya,  darahnya dan  harta bendanya  daripada sebarang  pencerobohan  dan  kezaliman.  Apabila berlaku  pencerobohan  terhadap darah,  harta dan  maruahnya dia  berhak  menuntut  balas mengikut  peruntukan  syara'.

Beberapa  orang darahnya  dihalalkan  iaitu mesti dihukum  bunuh. Mereka ialah penzina  yang  telah merasai  nikmat  perkahwinan halal,  orang yang  membunuh  tanpa  sebab  yang  dibenarkan  oleh  syara'  dan orang yang  sengaja meninggalkan  agama  dan jamaah  muslimah.

Rabu, 9 September 2015

HADIS 13

Daripada  Abu Hamzah  Anas  ibn Malik  r.a.,  khadam  Rasulullah SAW,  daripada  Nabi SAW,  Baginda bersabda:

Seseorang  kamu  tidak  benar-benar beriman sehingga  dia  mengasihi  saudaranya  sebagaimana  dia mengasihi dirinya  sendiri.

Hadis riwayat  al-lmam  al-Bukhari  dan  Muslim.

Pengajaran  hadis:

Kasih  sayang  dan  persaudaraan  adalah  antara  tuntutan  iman.  lman  seseorang  mukmin  tidak  akan sempurna  sekiranya  dia ada menyimpan  perasaan  benci  terhadap  mana-mana saudaranya  yang seagama.

Kedudukan  kasih  sayang  dan  persaudaraan  dalam  lslam  amat  tinggi dan  penting. la  adalah  kekuatan kedua bagi  umat  lslam  yang  dapat  mengatasi kekuatan  senjata.

Semua orang lslam  adalah  bersaudara, tanpa mengira  rupa paras,  warna kulit, bangsa dan  sebarang perbezaan  darjat.

Sabtu, 5 September 2015

HADIS 12

Daripada  Abu Hurairah  r.a  beliau berkata: 

Rasulullah  SAW telah  bersabda: َﻻ   ﺎَﻣ  ُﻪ ُآ ْﺮ َﺗ   ِء ْﺮ َﻤ ﻟ ا   ِم َﻼ ْﺳ ِإ Sebahagian  daripada keelokan  seorang  mukmin  ialah  meninggalkan  apa yang  tidak  berfaedah  baginya.

Hadis ini Hadis Hasan,  diriwayatkan  oleh  al-Tarmizi  dan  lain-lain sedemikian.

Pengajaran  hadis:

Seseorang mukmin  dianggap  elok,  indah dan berakhlak  tinggi  apabila  dia hanya  melakukan  perkara yang  berfaedah  dan  meninggalkan  perkara  yang  tidak  berfaedah.

Antara perkara yang  tidak  berguna ialah  bercakap  kosong, berhiburan  yang  melalaikan, duduk-duduk di  jalan,  bertandang  ke  rumah orang  tanpa  niat  ziarah  atau  tanpa  ada  kepentingan, suka  mengambil tahu perkara  yang  tiada  kaitan  dengan dirinya,  atau  apa  yang  dikatakan  dalam  pepatah  Melayu,  menjaga  tepi kain  orang.

Anjuran ini  menyerlahkan  suatu ajaran  lslam  yang  amat  baik,  yang  boleh  menyumbang  ke  arah pembangunan  umat.

Sekiranya semua  umat  lslam  meninggalkan perkara  yang  tidak  berfaedah  dan  yang  tidak ada  kena mengena  dengan  dirinya,  nescaya mereka  mampu  mencipta  kejayaan  dan kemajuan  serta  menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

HADIS 11

Daripada Abu Muhammad al-Hasan  ibn Ali ibn Abu Talib  r.a.,ﺎﻤﻬﻨﻋ  ﷲا  ﻲﺿر  cucu Rasulullah SAW  dan orang  kesayangan  Baginda.

Beliau  berkata:  Aku  telah  menghafal  daripada  Rasulullah  SAW hadis: Tinggalkanlah  apa  yang  meragukan engkau  kepada  apa  yang  tidak  meragukan  engkau.

Hadis riwayat  al-Tirmizi dan  al-Nasaai. Al-Tarmizi  berkata ia adalah  hadis  hasan  sohih.

Pengajaran  hadis:

Seorang mukmin  tidak  seharusnya  terus melakukan  sesuatu  yang  dia  sendiri merasa  sangsi  dan  ragu. Hal ini  menyebabkannya  terjebak  jatuh  dalam  perkara yang kemungkinan  hukumnya  haram.

Meninggalkan  sesuatu  kerana ragu-ragu  dan kerana  ingin  menjaga maruah  diri  dan  keharmonian agama adalah  suatu sifat wara'   yang  terpuji.

Keyakinan  adalah  asas  amalan  dalam  lslam. Amalan  yang  dilakukan dengan  yakin  dikira  sah  dan diberikan  ganjaran  pahala.  Sebaliknya  amalan yang  dilakukan  secara  ragu-ragu,  tidak  memadai  dan mesti diulangi.

HADIS 10

Daripada  Abu Hurairah  r.a  beliau berkata:  Rasulullah  SAW telah  bersabda:

Sesungguhnya  Allah  Ta'ala  baik, Dia tidak  menerima  kecuali  perkara  yang  baik.  Dan  sesungguhnya Allah telah  memerintahkan orang-orang  mukmin dengan  apa yang telah diperintahkan kepada  para Rasul  di mana  Allah Ta'ala  berfirman: (Wahai  para  Rasul!  Makan minumlah  kamu  makanan yang  baikbaik  dan  hendaklah  kamu  beramal  soleh). Dan Allah  Ta'ala  berfirman:  (Wahai  orang-orang  yang beriman! Makan  minumlah  kamu  makanan  yang  baik-baik  yang Kami  rezekikan  kepada  kamu). Kemudian  Baginda  menyebut  perihal  seorang  lelaki  yang  bermusafir jauh,  yang  berambut kusut masai dan berdebu,  yang  menadah  tangan  ke  langit  (iaitu berdoa): Wahai  Tuhanku! Wahai  Tuhanku! Bagaimanakah  doanya  akan  dimakbulkan sedangkan  makanannya  haram,  minumannya  haram, pakaiannya haram  dan  dia  dikenyangkan  dengan  makanan  yang  haram?

Hadis  riwayat al-lmam  Muslim.

Pengajaran  hadis:

lslam  menuntut  umatnya menjaga  diri  dari semua aspek;  kebersihan  diri  dan  hati, keelokan  berpakaian, kebersihan  amalan  perbuatan  juga budi  pekerti. Sesungguhnya  Allah  SWT itu baik. Dia hanya menerima  perkara  yang  baik-baik  sahaja.

Amalan,  pakaian,  tempat tinggal,  kenderaan  dan  makanan  seseorang  mempunyai  hubungan  rapat dengan darjat kemuliaan  diri dan  peningkatan  maqam  hatinya.  Oleh  itu, seorang  mukmin  dituntut menjaga  amalan, tingkah laku  dan  pakaian  serta   memakan hanya benda  yang  baik.  

Makanan  yang  baik ialah makanan  yang  halal.  lni tidak menafikan  makanan  yang  berzat  dan bervitamin,  kerana  Allah sifatkan  makanan  yang  baik,  bukan  sekadar  yang  halal.

Makanan  dan  perbuatan yang  haram  menghalang  pembersihan jiwa seseorang,  sekaligus  menghalang doa daripada dimakbulkan  Allah.

Khamis, 27 Ogos 2015

HADIS 9

Daripada Abu Hurairah  Abdul Rahman  ibn  Sokhrin  r.a.  beliau  berkata: Aku  telah mendengar Rasulullah SAW  bersabda:

"Apa-apa  yang  aku  larang  kamu  melakukannya,  maka hendaklah  kamu  menjauhinya,  dan  apa-apa  yang aku perintahkan  kamu  melakukannya,  maka  lakukanlah  seberapa  daya  kamu. Sesungguhnya umat  yang terdahulu daripada  kamu  telah  binasa  lantaran  banyak  persoalan dan banyak  perselisihan  mereka terhadap  Nabi-nabi  mereka."

Hadis riwayat  al-lmam  al-Bukhari  dan  Muslim.

Pengajaran  hadis:

Seorang mukmin mestilah  menjauhkan  sama  sekali  semua larangan  Rasulullah  SAW kerana  apa  yang dilarang  oleh  Baginda  pada  hakikatnya  adalah  larangan  Allah  SWT  yang  wajib dipatuhi.

Seterusnya  dia mestilah  melaksanakan  segala  suruhan  Baginda  Rasulullah SAW  sekadar  yang termampu,  tanpa  memaksa  diri dan  keterlaluan  di  luar  kemampuan  kerana ia  akan  menyebabkannya tewas  terkulai tidak  berdaya  melakukannya  sebegitu teruk. Perintah  yang  disuruh  melakukan sekadar terdaya ialah  perintah  yang  sunat.

Perintah  wajib  atau  fardhu mestilah  dilakukan  tanpa  kelonggaran  kecuali kelonggaran  yang  diizinkan  syara'  iaitu  kerana uzur  atau sakit. Sifat  terlalu  suka  bertanya  perkara yang bukan-bukan, berbahas, banyak  soal  jawab dan  membantah para Nabi dan  Rasul adalah  perangai  umat  yang  terdahulu. 

Lantaran itu,  mereka  telah ditimpa kesusahan dan  kebinasaan. Umat Muhammad SAW diberi  peringatan  agar jangan  mengulangi kesilapan ini.

Selasa, 11 Ogos 2015

HADIS 8

Daripada  lbnu  'Umar r.a.ﺎﻤﻬﻨﻋ  ﷲا  ﻲﺿر   bahawa  Rasulullah  SAW  telah  bersabda:

" Aku  telah diperintahkan  supaya  memerangi manusia  sehingga  mereka  naik  saksi bahawa  sesungguhnya tiada Tuhan  melainkan  Allah  dan  bahawa sesungguhnya  Muhammad utusan  Allah,  sehingga  mereka mendirikan  sembahyang  dan membayar  zakat.  Apabila  mereka  telah  berbuat  demikian,  maka  mereka telah  memelihara  darah  mereka dan harta mereka  daripada aku, melainkan dengan  hak  lslam,  dan  hisab perhitungan  amal  mereka  terserah  kepada  Allah  Ta'ala. "

Pengajaran  hadis:

Risalah  atau  misi  kedatangan  Rasulullah  SAW  halangan  terhadap  usaha  dakwah  mesti dihapuskan. ialah menegakkan  dakwah  lslam  sehingga  tertegak  aqidah  lslam.

Memerangi orang-orang  kafir yang  memerangi lslam  dan  dakwah  lslam  adalah  kewajipan umat,  agar risalah  lslam  tidak  terhalang  dari  sampai kepada semua  manusia.  Apabila  dakwah  sudah  sampai, mereka  bebas  sama ada  menerima  lslam  atau  sebaliknya.

lslam  menjamin hak  pemeliharaan  dan perlindungan  darah,  harta  dan maruah  diri  seorang  mukmin muslim  yang  mengucap  dua  kalimah  syahadah,  mendirikan  sembahyang  lima waktu  dan membayar zakat. Hak  ini terus  terjamin  kecuali kalau dia  mengabaikan hak-hak  tuntutan  lslam.

HADIS 7

Daripada  Abu Ruqaiyyah Tamim  ibn Aus  al-Daarie  r.a.  bahawa  Nabi  SAW  telah  bersabda:

Agama  itu  adalah  nasihat.  Kami  berkata:  Untuk  siapa?  Baginda  bersabda:  Untuk  Allah,  untuk kitabNya, untuk  RasulNya, untuk  para  lmam  kaum  muslimin  dan  untuk  umat  lslam  seluruhnya.

Pengajaran  hadis:

Agama  lslam  adalah  agama  nasihat iaitu agama  yang  berorientasikan  nasihat sebagai teras  pemibnaan umat,  menjaga  perpaduan,  mencipta  kemajuan  dan  pembangunan,  sama  ada kemajuan  duniawi ataupun pembangunan  rohani.  Membiarkan  kerosakan  terus berlaku atau  perkara  yang  kurang  baik dilaksanakan  adalah  bertentangan dengan  konsep  nasihat  lslam.

lslam  memperuntukkan hak memberi  nasihat kepada  semua  penganutnya tanpa mengira kedudukan  dan status.

Nasihat yang  diberikan meliputi golongan  manusia sama  ada  pemerintah  atau  rakyat.

Nasihat untuk  Allah,  KitabNya  dan RasulNya  bererti beriman dengan  semua perkara tersebut dan beramal berpandukan  tuntutannya  yang  sebenar.

Rabu, 29 Julai 2015

HADIS 6

Daripada Abu  Abdullah  al-Nu'man  ibn  Basyer  r.a.  ﺎﻤﻬﻨﻋ  ﷲا  ﻲﺿر  beliau  berkata:  Aku telah mendengar Rasulullah SAW  bersabda:

Sesungguhnya perkara yang  halal  itu  terang  jelas,  dan  sesungguhnya perkara yang  haram  itu  terang jelas, dan di  antara kedua  perkara tersebut ada perkara-perkara  syubhat  yang  kesamaran  yang kebanyakan  orang  tidak  mengetahuinya.  Barangsiapa  yang  menjaga  perkara syubhat maka sesungguhnya dia  telah  membersihkan  agamanya  dan  maruah  dirinya.  Dan  barangsiapa  yang  terjatuh dalam  perkara  syubhat,  maka dia  telah  jatuh dalam  perkara  haram,  umpama  seorang  pengembala  yang mengembala  di  sekeliling kawasan  larangan,  dibimbangi dia  akan  menceroboh  masuk ke  dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap  raja ada  sempadan  dan  sesungguhnya  sempadan  Allah itu  ialah perkaraperkara yang  diharamkanNya. 

Ketahuilah  bahawa dalam  setiap  jasad  itu  ada seketul  daging yang apabila  ia  baik  maka  baiklah seluruh jasad  dan  apabila ia  rosak,  maka  rosaklah  seluruh jasad. Ketahuilah  ia  adalah  hati.

Pengajaran  hadis:

Seseorang mukmin  mestilah cuba mengenali  dan  mempelajari  perkara  halal  dan  haram   seterusnya melakukan yang  halal  dan  meninggalkan  yang  haram  demi  menjaga  kemuliaan  agamanya.  

Perkara  yang kesamaran,  yang belum  jelas halal  haramnya  adalah  perkara  syubhat yang  mesti dijauhi, demi  menjaga  maruah  diri dan keheningan  agama.

Sempadan  murka dan  redha  Allah  SWT ialah perkara haram.  Sesiapa yang  melewati  garisan dan terjebak  melakukan  perkara  haram,  maka  dia  telah melewati  sempadan  kemurkaan Allah.

Hati  adalah  raja  segala  anggota  yang  mesti dipastikan  keelokannya  dan kebersihannya  justeru kerosakan  dan  kemusnahannya  akan  merosakkan  dan  memusnahkan  seluruhan  anggota badan  yang lain.

HADIS 5

Daripada  Ummu  al-Mukminin  Ummu  Abdullah  'Aisyah  r.a. ﺎﻬﻨﻋ  ﷲا   ﻲﺿر ْﻦ َﻋ ﻢﱠﻠَﺳَو  )).  beliau  berkata:  Rasulullah SAW telah  bersabda: Barangsiapa  yang  mengada-ada  sesuatu  perkara  dalam  urusan kita  ini,  yang bukan  daripadanya, maka  ia  tertolak.

Pengajaran  hadis: 

lslam  adalah  agama yang  sudah  sempurna  dasar  dan  prinsipnya. la  tidak  perlu  ditokok  tambah  lagi. Sebarang  tokok  tambah, ubah suai  atau  pengurangan yang  bertentangan  dengan  usul  agama  adalah bid'ah  yang  diharamkan,  yang ditolak dan  sesat.

Yang  dimaksudkan  dengan  bid'ah  ialah segala  perkara  yang  tidak  berdasarkan usul agama,  seumpama mereka  cipta  cara  beribadat  tertentu, seperti  sembahyang cara  baru,  upacara  keagamaan  baru  dan sebagainya.

Setiap  muslim  mestilah  menjauhkan  diri  daripada  terjebak  dalam  perbuatan bid'ah  sesat, kerana ia boleh membawa  kepada  kehancuran  diri, agama dan setengahnya  pula  membawa  kepada  kufur. Cukuplah  baginya  berpegang  teguh dengan  apa  yang  telah dibawa  oleh  Rasulullah  SAW,  demi menjamin kesejahteraan  agamanya.

HADIS 4

Daripada  Abu Abdul  Rahman  Abdullah ibn  Mas'uud r.a.  beliau  berkata:  Rasulullah  SAW  telah bersabda,  dan Baginda  adalah  seorang  yang benar  lagi  dibenarkan  (iaitu dipercayai):

Sesungguhnya setiap  orang di  kalangan kamu  dihimpunkan  kejadiannya  dalam  perut  ibunya  selama  40 hari berupa  air mani,  kemudian  menjadi  segumpal  darah  selama  tempoh  yang  sama, kemudian  menjadi seketul  daging  selama  tempoh  yang  sama, kemudian  dikirimkan  kepadanya seorang malaikat  lalu  dia menghembuskan  padanya  ruh  dan dia  diperintahkan dengan  4  kalimat; iaitu  supaya  menulis rezekinya, ajalnya,  amalannya  dan  adakah  dia  celaka atau  bahagia.  Demi  Allah  Yang  tiada  Tuhan  melainkanNya, sesungguhnya  salah  seorang  dari  kalangan  kamu  akan  beramal  dengan  amalan  ahli  syurga,  sehingga jarak  antaranya  dan  syurga tidak  lebih dari  sehasta, lalu dia didahului  oleh  ketentuan tulisan  kitab  lantas dia mengerjakan  amalan  ahli  neraka  lalu  dia memasuki  neraka. Dan  sesungguhnya  salah  seorang  dari kalangan  kamu  akan  beramal dengan  amalan ahli  neraka,  sehingga  jarak  antaranya  dengan  neraka  tidak lebih dari  sehasta,  lalu dia  didahului  oleh  ketentuan tulisan  kitab  lantas dia  mengerjakan  amalan  ahli syurga  lalu  dia  memasuki syurga.

Pengajaran  hadis:

Kejadian  manusia  yang unik  menunjukkan  kekuasaan  Allah  SWT mencipta  makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa  hanya Dialah  Tuhan yang berhak  disembah.  Kejadian  manusia mesti  menjadi renungan  manusia  yang  berakal,  kerana  kejadiannya  yang  teramat indah  dan  unik  ini tiada  tolok bandingnya  -  manusia  tidak  mampu mencipta manusia  atau  robot bernyawa  dan berakal fikiran.

Proses kejadian  manusia yang  berperingkat-peringkat  ini  telah  diceritakan oleh  lslam  melalui al-Qur'an dan  hadis  Nabi  semenjak  14  kurun  lampau,  tetapi  manusia  baru  benar-benar  arif  tentang proses  ini di zaman   kemajuan  sains.  lni  adalah  bukti yang  jelas  bahawa  Allah  SWT  yang  mencipta  makhluk  ini,  Dia jugalah  yang  Maha  mengetahui  rahsia  kejadian  mereka.

Empat  ketentuan  hidup  manusia  telah  ditetapkan  oleh  Allah  SWT semenjak  dia  belum  lahir  ke  bumi - rezekinya,  ajal  kematiannya,  amalannya  dan  nasibnya  sama  ada  dia akan  menjadi seorang  yang  susah atau  senang.

Amalan  terakhir  manusia  adalah  faktor  penentu kepada  nasibnya  yang  kekal  abadi di  akhirat.  Boleh jadi dia  sangat  baik  si  sepanjang hayat  - tetapi di saat  terakhir  dia  melakukan  perbuatan  ahli  neraka, iaitu  maksiat lalu dia  mati dan  mendapat  balasan  neraka.  Begitulah sebalinya.

#nukilanhatiku