Sabtu, 1 April 2017

GUNUNG JERAI KALI 2 2017

Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan hidayah Allah kami di beri kesempatan untuk pergi dan bermalam di Gunung Jerai kali ni. Perjalanan ini hanya lah bertiga sahaja dan bermula dari Kuala Lumpur pada 29/3/2017 sekitar pukul 12.30 petang. Kami bertolak dan menggunakan jalan lama melalui kampung dan pekan kecil.



Sepanjang perjalanan cuaca adalah baik dan kadangkala hujan lebat. Di dalam perjalanan kami bermuzakarah dan tarbiah diri dalam mencari pergertian diri yang sebenarnya. Kami sampai di kaki Gunung Jerai sekitar pukul 6.15 petang.








Kami terus sahaja menyusuri dan menaiki untuk sampai ke tempat yang di tujui sebelum maghrib. Singgah di telaga Pak Sheikh untuk membersihkan diri sebelum melanjutkan perjalanan menuju ke destinasi.








Kami bergegas mendirikan khemah untuk kami berteduh malam ini dan dengan pengalaman dan kepakaran para sahabat, khemah berjaya didirikan dalam masa yang singkat. Suasana semakin gelap dan persekitaran semakin kelam. Udara sejuk sudah terasa dengan hembusan udara yang nyaman dan sejuk. Kami terus membuat persediaan untuk memasak bagi mengalas perut malam ni.

Dalam kami duduk dan berbicara ilmu pada malam itu tiba-tiba segerombolan awan berarak ke arah kami. Kawasan perkhemahan kami di selubungi awan putih sehingga penglihatan kami amat terhad. Udara yang teramat sejuk menyelubungi kami bertiga. Kesejukan yang melampau sehinggakan salah seorang sahabat mengalami kekejangan.

Kami bergegas membuat unggun api bagi mengatasi kesejukan itu. Selepas satu jam didalam keadaan sebegitu awan yang menyelubungi kami bergerak lalu meninggalkan kami. Alhamdulillah kesejukan berkurangan dan kami dapat menyambung muzakarah kami.

Perjalanan yang panjang dengan peristiwa awan yang menyelubungi kami membuatkan kami teramat letih dan kami pun berehat di dalam khemah. Kesejukan malam yang menyelubungi kami membuatkan kami merasakan waktu subuh teramat lambat.











Matahari menyinari pagi yang indah terlihat di puncak Gunung Jerai. Kami merasakan sesuatu yang baru dalam diri seperti bersinarnya matahari pagi itu. Kami menikmati kebesaran dan kebenaran yang Allah titipkan untuk kami. Sesungguhnya Allah amat mengetahui dari segalanya.

Mencari kelebihan dan keindahan di sebalik kekurangan dan kepayahan agar kita selalu bersyukur bahawa sesungguhnya kita tiada upaya melainkan Allah S.W.T. Melihat dalam diri bagi untuk mencari segala persoalan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Kami bersiap dan berkemas untuk turun dari Gunung Jerai. Kami membersihkan kawasan sekitar dan seterusnya ingin pulang di dataran.






Kami sampai di kaki Gunung Jerai sekita pukul 10.30 pagi dan akan meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis menuju ke Langkawi pula.
Perjalanan kali ini adalah sesuatu yang baru dan kami bersyukur atas nikmat yang di kurniakan. Coretan ini adalah coretan peribadi.

Wsalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.