Sabtu, 31 Disember 2016

MEMORI 2016



Tahun 2016 telah meninggal kita dengan banyak kenangan suka dan duka dalam kehidupan. Perjalanan selama 365 yang Allah izinkan banyak mengajar diri ini sebuah kehidupan yang sebenarnya.

Mengharungi kehidupan sebagai seorang bapa, suami, dan insan dalam masyarakat dan keluarga menjadikan aku seorang yang amat bertuah sekali. Aku amat bersyukur dan berbangga punyai anak-anak yang baik serta isteri yang soleha.

Tahun 2016 putera ku Aidil Putra melanjutkan pelajaran di UNIMAS Sarawak. Dia mengambil Degree International Relations dalam usia 19 tahun. Dia adalah kunci kejayaan bagi keluarga aku ni dan aku berdoa agar dia tabah menjalani kehidupan dia.

Tahun 2016 puteri ku, Aidatul Puteri menjalani peperiksaan SPM yang akan menentukan arah tuju dia selepas ini. Perubahan yang dia lakukan dalam hidupnya bagi mengejar cita-citanya amat memeranjatkan kami sekeluarga.

Tahun 2016 Putera ku, Aiman Putra menempatkan dirinya di Kolej Vokasional Shah Alam. Dia berjaya mendapat tempat dalam jurusan kimpalan dan berjanji akan mendapatkan diploma di kolej itu.

Mereka adalah harta yang paling bernilai sekali dalam hidupku ini. Aku selalu berdoa agar mereka berjaya dunia dan akhirat.

Tahun 2016 aku mengenali dan merasakan perubahan dalam hubungan aku dengan kawan-kawan dan adik beradik ku. Ada yang membawa perubahan yang ketara dalam diri mereka dan ada yang masih tidak berubah seperti sebelumnya. Perubahan inilah yang membentuk aku menjadi lebih baik dari sebelum ini. Allah mengizinkan segalanya bagi diri aku serta mereka di sekelilingnya.

Lantas itu bahawa aku memahami bahawa kita semua tiada daya dalam merangka, menetapkan dan menentukan dalam kehidupan ini. Segalanya adalah kehendak Allah yang maha Kuasa.

Selamat tinggal 2016 dan selamat datang 2017. Semoga Allah memperkenankan harapan ku serta memberi aku untuk mengenali mu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.