Selasa, 22 Disember 2015

LATIHAN SAUFI 25 - PERTAMA

1- Latihan pertama adalah mengenal Napas, adapun Napas itu awal makhluk yang dijadikan oleh Allah. Make ajaran wali-wali Allah di Madinah pada masa zamannya ialah menitik berat kan beramal dengan ilmu Napas .

1- Napas yang difahamkan oleh ahli Saufi ialah yang keluar masuk, ikut mulut, bukan yang keluar masuk ikut hidung.
2- Maka Napas itu kepada kita itulah yang dinamakan Nabi.
3- Napas yang keluar daripada mulut itu dinamakan Abu Bakar
4- Napas yang masuk ke dalam mulut itu dinamakan Omar.
5- Napas yang turun naik daripada ubun-ubun sampai kepusat dinamakan Osman.
6- Napas itu apabila berkerja iaitu seperti berzikir atau hanya berkata-kata baru (dinamakan 'Stamina') dinamakan Ali.

Maka Napas yang tersebut ada mempunyai tugasnya sendiri terhadap Allah , tetapi apabila seseorang itu tidak mengenal Napas dan tidak tahu amalan Napas nya, walaupun dia seorang Islam adalah termasuk di dalam golongan orang-orang yang jahil, dan tarafnya seorang Muslim belum lagi dinamakan Muslim yang baik. Maka zikir Napas itu sebutanya ialah "ALLAH HU".

Adapun pengertian Allah itu ialah Kharij. Maksud Kharij itu telah jadi kita yang bertubuhkan manusia. Maka tubuh manusia itu dinamakan makhluk. Menurut pendapat Tarekat Saufi selagi manusia itu bernama makhluk , Maka manusia yang demikian rupa adalah akan menanggung azab sengsara daripada hidup sampai matinya.

Maka kepada orang-orang Saufi menurut ajaran Mertabat Tujuh, hendaklah kita keluar daripada tarafnya makhluk dan masuklah ke taraf manusia. Selagi seorang itu bertaraf makhluk, maka darjatnya samalah dengan Syaitan dan haiwan. Kerana telah dijadikan Allah tiap-tiap orang-orang mukmin itu berasal daripada Nur Muhammad S.A.W dan telah lalu bersama-sama dengan dunia ini.  Maka itulah pengertian Kharij. Maka Tuhan pun bernama Allah. Maka dengan kalimah Allah itu kita zikirkan. Kemudian kita ucapkan "HU". Adapun kalimah "HU" itu ialah Tanzil, maka pengertian Tanzil itu turun, tapi kepada orang-orang Saufi hendaklah memahamkan Tanzil itu naik, maka maksud naik itu ialah kita akan pergi ke alam yang Tujuh itu:-

A- Alam Lahud.    - ubun-ubun
B- Alam Jabarut.  - pusat
C- Alam Malakut. - jantung
D- Alam Roh.         - Rabu
E- Alam Misal.       - paru-paru
F- Alam Ajsam.     - hempedu
G- Alam Insan.       - limpa

Maka tiap-tiap Alam atau tiap-tiap satu kalimah kepada seorang Saufi hendaklah mengetahui makam-makam nya , kerana tiap-tiap ilmu tanpa makam ertinya ilmu itu tidak sempurna. Maka Napas itu ialah mulut, makam Abu Bakar itu apabila keluar daripada mulut, apabila Napas saja dinamakan makam Nabi, apabila masuk makamnya dinamakan Omar. Apabila turun naik makamnya ialah Osman. Apabila berkerja dinamakan makam Ali.

Maka ubun-ubun itu dinamakan makam alam Lahud , di pusat dinamakan alam Jabarut , apabila Napas itu sampai ke ubun-ubun dinamakan Jibrail apabila Napas sampai ke pusat dinamakan Israfil, apabila Napas sampai kepada jantung dinamakan Israil. Alam Malakut di jantung , alam Roh di rabu-rabu, alam Insan di limpa , alam Misal di paru-paru, alam Ajsam di hempedu.

Maka disanalah zikir yang dilakukan, zikir yang disebutkan kalimah "Allah" ke pusat ertinya ke alam Jabarut dan "HU" di renungkan ke ubun-ubun ertinya ke alam Lahud. Maka dengan itu jelaskan kepada seseorang berzikir dengan kalimah "ALLAH HU" dinamakan Musyahadah. Maka Musyahadah itu ialah daripada alam Jabarut ke alam Lahud  dan alam Lahud ke alam Jabarut.

Maka di sebukan kalimah Allah itu kerana Kharij dan HU itu kerana Tanzil di jelaskan lebih lanjut lagi kita menyebut Allah itu dinamakan Kharij ertinya kita telah jadi dan dunia pun telah wujud dan kita menyebut kalimah HU itu ialah Tanzil iaitu kita naik ke alam Jabarut, dan naik ke alam Lahud, kemudian dari alam Lahud ke alam Jabarut, sebab itulah pengertian Tanzil kepada ahli-ahli Saufi ertinya naik kerana kita yang naik mengadap Tuhan , bukan Tuhan turun mendapatkan kita. Maka kita naik mengadap Tuhan itulah yang dikatakan Insan. Maka Napas sama tidak mencukupi maka ia bergabung dengan Nupus.

2- Adapun Nupus itu keluar masuk daripada hidung, maka Nupus itu dinamakan Muhammad kepada kita, maka zikir Nupus itu keluar daripada lubang hidung kiri, dinamakan kalimah "Allah" masuk mengikut lubang hidung kanan dinamakan "HU". Dan renungkan apabila menyebut kalimah Allah itu sampailah ke Syaderatul Muntahah, apabila menyebut kalimah "HU" itu renungkan daripada Syaderatul Muntahah kembali kepada hidung kanan kita, batasnya ialah bibir atas dan ia tidak masuk ke dalam maka itupun dinamakan Musyahadah.

3- Selepas kita mengenal Napas dan Nupus , maka hendaklah kita mengenal Tanapas ertinya diri kita. Maka Napas , Nupus dan Tanapas itu dinamakan Insan dan Insan inilah yang mengadap Tuhan nya. Maka pada orang-orang Syariat, memahamkan Insan itu ialah manusia tapi pada orang Saufi , memahamkan Insan itu apabila bersatu yang tiga iaitu Napas , Nupus dan Tanapas yang mengadap Tuhan nya dan zikirnya "ALLAH HU". Adapun makam Tanapas itu adalah di kedua belah telinga. Maka kalimah yang masuk ke dalam dua telinga ialah kalimah "ALLAH" dan hati hendaklah menyebut kalimah "HU", maka semua ini tidaklah boleh dilakukan dengan secara nyaring sebagaimana yang di lakukan oleh Ahli Tarekat, tetapi hendaklah di lakukan dengan senyap dan semasa itu hendaklah lidah di tongkatkan ke langit-langit.

Sedang ajaran ilmu Napas ini adalah sangat luas tapi memadailah dengan pelajaran yang pertama ini supaya jadi amalan yang di lakukan di mana saja. Apabila beramal di atas tikar sembahyang hendaklah lengkap dengan wuduk dan tertib maka hendaklah kita sebutkan :

1- Illahi anta maksudi waredza kammatthulubi      - 1 Kali
2- Fatiha kepada Nabi Muhammad s.a.w                 - 1 kali
3- Fatiha kepada Nabi Khidir a.w.                                - 1 Kali
4- Fatiha kepada guru Mursyid.                                    - 1 kali

Kemudian teruskan beramal, tetapi didalam perjalanan dan semasa kerja tidak perlu melakukan perkara di atas. Cukuplah melaksana kan zikir itu disetiap saat kita menjalani kehidupan harian.

Maka Napas , Nupus dan Tanapas hendaklah di cuci dengan berpuasa di bulan Ramadhan. Maka pada orang Saufi tiap-tiap puasa bulan Ramadhan ialah mencukupi 30 hari dan tidak boleh 29 hari sebagaimana yang di lakukan pada pendapat ulama-ulama Syariat. Dalam puasa itulah berserta dengan niat untuk mencuci Napas , maka niat mencuci Napas itu ialah daripada 1 hingga 10 haribulan, maka niat puasa mencuci Nupus itu ialah puasa daripada 11 hingga 20 haribulan. Maka niat mencuci Tanapas itu ialah daripada 1leko hingga 10 leko. Maka waktu orang-orang yang berniat puasa kerana mencuci Napas , Nupus dan Tanapas itu berbuka pada jam 7 petang dan bersahur selewat-lewatnya pada jam 4 pagi, sebabnya kerana sebelum jam 7 petang itu, Malaikat belum lagi membasuhi dunia ini dan menyerikan dunia pada waktu sebelum itu. Sesudah pukul 4 pagi terbitlah cahaya kuning dari dunia ini maka terlaranglah bersahur pada orang-orang Saufi .

Itulah perbezaan puasa di antara orang-orang awam dengan orang-orang Saufi , kecuali orang-orang Tarekat yang belum sampai darjat nya kepada Saufi yang kebanyakan mereka itu mengikuti sebagaimana kebanyakan orang-orang Syariat juga.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.