Khamis, 24 Disember 2015

LATIHAN SAUFI 25 - KETIGA

MENCUCI HATI

Setelah diterangkan berkenaan mengenal hati di latihan kedua iaitu:-

1. Keadaan Hati
2. Darjat Hati
3. Mertabat Hati
4. Cara Doa Hati

Maka dibawah ini di perturunkan pula cara mencuci hati kerana mencuci hati adalah mustahak supaya ada mempunyai mata hati iaitu Fuad  dan Qalbun. Maka kenalah seseorang itu zikir "Allah" tiap-tiap hari , iaitu sekurang-kurangnya seumur hidup 70,000 kali membaca kalimah "Allah" kerana mencelikkan dua mata hati itu. Walaupun seseorang itu telah celik mata hati nya tetapi zikir "Allah" tetap dibuatnya tiap-tiap hari, kerana zikir "Allah" itulah yang mencuci hati seseorang manusia.

Adapun tugas mata hati yang pertama iaitu Fuad ialah memandang kepada keduniaan, dan tugas mata hati yang kedua ialah Qalbun iaitu memandang Allah - akhirat. Maka peraturan mencuci hati itu dinamakan Mujahidah.

1. Baca ILLAHI ANTA MAKSUDI WAREDZA KAMATTLUBI - 3 kali
2. Baca ASTAGFIRULLAHAL LAZIM ALLAZI LAILLAH HAILLA HUWAL HAYUM KAYUM WA'ATU BU ILLAIKH -25 kali
3. Fatihah kepada Rasulullah S.A.W - 1 kali
4. Fatihah kepada Nabi Khidir - 1 kali
5. Fatihah kepada Ibu Bapa - 1 kali
6. Fatihah kepada Guru Mursyid - 1 kali
7. Ulangkan balik bacaan di nombor 1 - 1 kali
8. Ulangkan balik bacaan di nombor 2 - 15 kali
9. Fatihah kepada Guru Mursyid - 1 kali
10. Fatihah kepada Nabi Muhammad - 1 kali
11. Fatihah kepada Ibu Bapa - 1 kali
12. Ulangkan balik bacaan di nombor 1 - 3 kali

A. Selepas membaca pejam mata.
B. Kemudian temukan gigi atas dengan gigi bawah dan tongkatkan lidah ke langit-langit.
C. Masukkan diri dalam kalimah "HU"
D. Ingatkan diri adalah mati, yang ada hanya Allah semata-mata.
E. Mulailah dengan zikir kalimah "Allah " kepada makam-makam.

Kemudian apabila habis melakukan zikir pada tiap-tiap makam yang tersebut di akhiri lah dengan membaca LAILLAHILLAALLAH MUHAMMADA RASULULLAH, ALAIHA NAHYU WA'ALATHA NAMUTU WA'ALAIHA NUB'ASU INSYA'ALLAH TA'ALA KANAMINAL AMININ dan setelah buka mata habis daripada beramal hendaklah kita ber istifar seberapa banyak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.