Isnin, 17 Ogos 2015

MENUNTUT ILMU

Seperti kata pujangga.......
"Jangan sekali-kali kamu menilik pakaian seseorang itu manandakan ianya terdiri daripada golongan orang-orang bijak pandai, alim lebai atau berketurunan baik-baik, kerana walaupun memakai pakaian kain sutera dan intan berlian sekalipun, yang kera itu kera juga."

Oleh itu bagi mereka yang hendak mencari ilmu hakiki dan makrifat, hendaklah mencari dan menuntutnya dengan guru-guru yang Mursyid, walaupun mereka terdiri daripada seorang yang miskin hina dunia, seorang yang berperawakan tidak siuman (hilang akal), seorang perawakan jahil sama ada daripada golongan rakyat atau raja, sama ada tempatnya di masjid atau di tepi jalan atau di bandar atau di hutan.

Pendek kata belajarlah ilmu ini di mana-mana saja asalkan ia daripada guru yang Mursyid.
Pendek kata kelakuan dan fe'el perangai zahir seseorang itu tidaklah boleh dijadikan kayu pengukur untuk dijadikan formula terhadap sifat mutlak kemursyidan seseorang itu, tidak semestinya seseorang jahil itu tidak alim, tidak semestinya seseorang jahat itu jahat, tidak semesti, semesti......., semesti.......kerana Ilmu Ghaib dan Syahadah adalah suatu ilmu yang pelik lagi payah untuk diterima oleh daya fikiran seseorang manusia dan banyak kelakuan yang ditunjuk oleh mereka yang menguasai Ilmu Ghaib dan Syahadah adalah terkeluar jauh dari tahap daya otak manusia dan norma-norma masyarakat sekeliling.

Sebagai iktibar yang paling dekat, bagaimana Nabi Musa A.S. mencari dan menuntut Ilmu Ghaib dengan Nabi Khaidir A.S. di mana Allah menceritakan kepada kita beberapa peristiwa aneh berlaku.
Untuk maencari di mana Nabi Khaidir A.S. tinggal itu pun sufah menjadi suatu kepelikan kepada kita. Nabi Musa A.S. diperintah berjalan di sepanjang pantai Laut Merah dan ianya harus berjalan dan terus berjalan sehinggalah ikan kering yang menjadi lauk-pauk bekalan makanannya itu hidup kembali dan terjun berenang ke dalam laut. Jika difikir dengan otak bagaimana boleh ikan yang telah mati, boleh hidup kembali. Ini menunjukkan bahawa di dalam hal mencari guru pun, sudah pun menimbulkan sesuatu di luar daya fikiran manusia dan ini membuktikan tingginya teknologi (HiTech) Ilmu Ghaib dan Syahadah, di mana untuk mencari guru pun sudah sampai ke tahap yang begitu menyulitkan daya fikiran manusia, apa halnya pula dengan ilmunya.

Ingatlah, jarang sekali kita menjumpai seseorang guru yang alim Syariat dan Mursyidnya pula di dalam ilmu hakikat dan Mursyid. Kalau terjumpa, itulah seorang guru yang paling baik. Tetapi jika tidak bertemu dengan guru bersifat di atas, maka sudah cukup baginya menjumpai seorang guru hakiki lagi makrifat yang Mursyid.
Adapun di antara sifat-sifat dan syarat-syarat pada guru yang Mursyid itu, yang pertamanya......
"Seorang Guru itu sering menggunakan al-Quran sebagai buktinya."
Keduanya.......
"Menggunakan Hadis Qudsi dan Hadis Nabi sebagai sandaran."
Ketiganya.......
"Menggunakan perkataan petua guru-guru Mursyid."
Keempatnya.......
"Menggunakan Qias dan Ijtihad Ladunni dari hasil pengalamannya."
Adapun syarat-syarat sifat dan perangai yang sering ditunjuk oleh Guru Mursyid terhadap muridnya di antaranya adalah seperti berikut,
Pertama.......
"Hendaklah seseorang itu mengajar murid-muridnya dengan jujur dan ikhlas."
Kedua.......
"Seseorang guru itu pandai memilih dan menilik murid-muridnya yang hendak diberi ilmu yang penting."
Ketiga.......
"Seseorang guru itu tidak menaruh perasaan dengki terhadap muridnya."
Keempat.......
"Seseorang guru itu tidak akan menyembunyikan ilmunya yang layak diterima oleh muridnya, jika diminta."
Kelima.......
"Seseorang guru itu hendaklah berpesan kepada muridnya, suatu pesanan yang benar dan haq."
Keenam.......
"Seseorang guru itu tidak memperalat anak muridnya untuk kepentingan dirinya."
Ketujuh.......

"Seseorang guru itu hendaklah sentiasa berdoa kepada anak muridnya supaya dikurniakan Allah darjat, berkat dan mendapat keredhoan Allah di dunia dan akhirat."
Biasanya juga guru-guru yang Mursyid tidak pernah meninggalkan syariat di dalam hidupnya. Ianya akan hidup seperti orang ramai. Tetapi di dalam hal ini janganlah dipandang dari sudut ini saja tetapi hendaklah juga dipandang di dalam sudut yang lain, sebab taraf martabat di antara satu manusia dengan manusia yang lain adalah berbeza dan payah sekali untuk diterangkan di dalam catatan ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.