Ahad, 19 Julai 2015

SYAWAL 2015 (1436H)

Syawal kali ini merupakan syawal yang agak berbeza dari yang lain. Sambutan yang sederhana dan meriah. Aku bersama keluarga beraya di rumah emak di Felda Tunggal. Aku pulang agak awal kali ini dan semlat berbuka puasa serta bersahur bersama keluarga di kampung. Kesempatan itu aku membayar fitrah dan membeli keperluan anak-anak serba sedikit.

Di pagi Syawal aku bersama anak-anak bersiap dengan pakaian baru dan menunaikan solat sunat Aidil fitri di surau Felda Tunggal. Amat meriah dan amat seronok sekali selepas pulang dari surau. Kami menunggu dan beramai-ramai mengadap Emak dan Abah memohin ke ampunan dan ke maafan dari mereka berdua. Terasa sebak dan sedih dapat aku rasakan semasa bersalaman dengan mereka berdua. Kami mengambil gambar bersama-sama dengan penuh kegembiraan.

Pada kali ini semua ahli keluarga aku menyambut dengan penuh kesyukuran. Banyak perkara berlaku antara kami di bulan Ramadhan dan redha dengan ketentuan yang telah di berikan. Syawal kali ini aku melihat semua bersyukur dengan pemberian dan anugerah yang mereka nikmati. Paling gembira dan seronok adalah anak-anak yang main bunga api serta riang gembira bersama sepupu mereka.

Kegembiraan di panjangkan dengan melawat sanak saudara serta rakan-rakan yang pulangndi kampung. Aku mengharapkan syawal yang akan datang lebih meriah. Insyallah

#nukilanhatiku

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.