Jumaat, 10 Oktober 2014

LATIHAN ZIKIR - NAPAS


Napas itu awal makhluk yang dijadikan oleh Allah. Maka ajaran wali-wali Allah di Madinah pada zamnya ialah menitik beratkan beramal dengan ilmu Napas.

  1. Napas yang di fahamkan oleh ahli saufi ialah keluar masuk, ikut mulut, bukan yang keluar masuk ikut hidung.
  2. Maka Napas itu kepada kita itulah yang di namakan Nabi.
  3. Napas yang keluar daripada mulut itulah dinamakan Abu Bakar.
  4. Napas yang masuk kedalam mulut itu dinamakan Omar.
  5. Napas yang turun nain daripada ubun-ubun sampai ke pusat dinamakan osman.
  6. Napas itu apabila berkerja iaitu seperti berzikir atau hanya berkata-kata baharu (dinamakan 'stamina) dinamakan Ali.
 
Maka Napas yang tersebut ada mempunyai tugasnya sendiri terhadap Allah, tetapi apabila seseorang itu tidak mengenal Nafas dan tidak tahu amalan Napas nya, walaupun dia seorang Islam adalah termasuk didalam golongan orang-orang yang jahil, dan tarafnya seorang muslim belum lagi dinamakan Muslim yang baik. maka zikir Napas itu sebutannya ialah "ALLAH HU".

Adapun pengertian Allah itu ialah Kharij, maksud Kharij itu telah jadi kita yang bertubuhkan manusia. Maka tubuh manusia itu dinamakan Makhluk, maka menurut pendapat Tarikat Saufiah, selagi manusia itu bernama makhluk, dan tidak luar dan yang dihisapkan didalam makhluk, maka manusia yang demikian merupakan adalah akan menanggung azab sengsara daripada hidup sampai matinya.

Maka kepada orang-orang saufi menurut ajaran Mertabat Tujuh, "Hendaklaj kita keluar daripada taraf makhluk, masuklah ketaraf manusia, selagi seorang itu bertaraf makhluk, maka darjatnya samalah dengan syaitan dan haiwan. Kerana telah dijadikan Allah tiap-tiap orang-orang mukmin itu berasal daripada Nur Muhammad S.A.W dan telah lalu bersama-sama dengan dunia ini. Maka itulah pengertian Kharij.  Maka tuhan pun bernama Allah. Maka dengan Khalimah Allah itu kita zikirkan. Kemudian kita ucapkan "HU". Adapun khalimah "HU" itu Tanzil, maka pengertian Tanzil itu turun, tapi kepada orang-orang saufi hendaklah memahamkan Tanzil itu naik, maka maksud naik itu ialah kita akan pergi ke alam yang tujuh itu:-

  • Alam Lahud           di ubun-ubun
  • Alam Jabarut          di Pusat
  • Alam Malakut         di Jantung
  • Alam Roh               di Rabu
  • Alam Misal             di Paru-paru
  • Alam Ajsam            di Hempedu
  • Alam Insan              di Limpa 


Maka tiap-tiap Alam atau tiap-tiap satu khalimah kepada seorang saufi hendaklah mengetahui makam-makamnya, kerana tiap-tiap ilmu tanpa makam ertinya ilmu tidak sempurna oleh kerana itu di terangkan disini. Maka Napas itu mulut, Makam Abu Bakar itu keluar daripa mulut, apabila Napas saja dinamakan makam Nabi, apabila masuk makamnya dinamakan omar. Apabila turun naik makamnya ialah Osman. Apabila berkerja dinamakan makam Ali.

Maka ubun-ubun itu dinamakan makam Alam Lahud, Pusat dinamakan Alam Jabarut, apabila Napas itu sampai ke ubun-ubun dinamakan Jibrail, apabila Napas sampai kepusat dinamakan Israpil, apabila Napas sampai kepada jantung dinamakan Israil. Alam Malakut dijantung, Alam Roh di rabu-rabu, Alam Insan di Limpa, Alam Misal di paru-paru, alam Ajsam di hempedu.

Maka disanalah zikir yang dilakukan, zikir yand disebut khalimah "ALLAH" kepusat ertinya ke Alam Jabarut dan "HU" direnungkan ke ubun-ubun ertinya ke Alam Lahut. Maka dengan itu jelaslah kepada seseorang berzikir dengan khalimah "ALLAH HU" dinamakan Musyahadah. Maka Musyahadah itu ialah daripada alam Jabarut ke Alam Lahut dan Alam Lahut ke Alam Jabarut.

Maka disebutkan khalimah Allah itu kerana kharij dan HU itu kerana Tanzil dijelaskan lebih lanjut lagi kita menyebut Allah itu didalam Kharij ertinya kita telah jadi dan dunia pun telah wujud dan kita menyebut khalimah "HU" itu ialah Tanzil iaitu kita naik ke Alam Jabarut, dan naik ke Alam Lahut, kemudian dari Alam Lahut ke Alam Jabarut, sebab itulah pengertian Tanzil kepada ahli-ahli saufi ertinya naik kerana kita yan naik mengadap Tuhan, bukan Tuhan turun mengadap kita. Maka kita naik mengadap Tuhan itulah di katakan Insan. Maka Napas saja tidak mencukupi maka ia bergabung dengan Nupus.