Isnin, 15 Jun 2015

PERSAMAAN UMNO DAN PAS

Dua buah parti politik yang popular di Malaysia yang mempunyai matlamat dan agenda yang tersendiri dalam politik mereka. UMNO merupakan sebuah parti politik yang lama memerintah negara dan menjadi harapan rakyat dalam membentuk, membangunkan negara dan harapan besar orang melayu pada suatu ketika dahulu. UMNO dan melayu tidak dapat di pisahkan dalam politik Malaysia. Dahulu kala perjuangan lebih kepada memelihara, membangunkan bangsa melayu serta memastikan Malaysia adalah untuk orang melayu.
PAS sebuah parti politik yang berteraskan Islam sebagai perjuangan pada suatu ketika dahulu dan merupakan parti pembangkang bagi kerajaan semenjak dari  dahulu sehingga sekarang. Semenjak kebelakangan ini perjuangan serta matlamat untuk melaksanakan undang-undang hudud di ketepikan dahulu dalam perjuangan menentang BN dalam arena politik apabila mereka bersekutu dengan pakatan pembangkang yang terdiri dari PKR dan DAP. Semangat perjuangan yang di terapkan bersama dengan pakatan pembangkang membolehkan PAS dan sekutu dapat menawan beberapa negeri semasa pilihanraya yang lalu. Pendungkung dan ahli PAS adalah merupakan orang-orang melayu yang mempunyai latar belakang yang berbeza dengan matlamat perjuangan mereka adalah Islam.
Kedua parti politik ini adalah parti yang mempunyai ahli orang-orang melayu yang memperjuangkan untuk orang melayu, Islam dan Negara. Tapi mereka mempunyai haluan yang berbeza dari segi matlamat perjuangan politik mereka serta  pendekatan pentadbiran yang amat berbeza berasaskan Islam dan amat berbeza dengan UMNO.
UMNO mempunyai sekutu yang besar dengan parti politik yang lain yang mewakili bangsa cina dan India. Dengan konsep muafakat yang di terapkan UMNO berjaya membawa sekutu mereka dan membentuk Barisan Nasional dalam arena politik mereka sehingga dapat memerintah negara dengan begitu lama.PAS bergerak sendiri tanpa ada sekutu dalam arena politik mereka sehingga kebelakangan ini mereka terpaksa bersama-sama dengan parti politik pembangkang yang lain untuk menentang BN dan terbentuklah Pakatan Pembangkang yang terdiri dari DAP dan Keadilan. Strategi PAS agak berjaya dengan keputusan yang di raih dalam piliharaya yang lalu.
Dengan kerjasama ini perubahan arena poitik Malaysia berubah dan berlaku keputusan-keputusan yang luar biasa sehinggalah Selangor dan Pulau Pinang jatuh di tangan Pembangkang. PAS menyedari bahawa dengan pakatan ini mereka dapat bergerak atas kekuatan yang berbeza.
Persamaan kedua parti politik Melayu ini mempunyai rakan pakatan dari golongan yang sama dan memainkan isu yang sama antara satu sama lain. Kedua-dua memainkan isu bangsa dan agama dalam hujah dan debat mereka. Ahli masing-masing mempunyai isu dan fakta yang berbeza dalam mereka berhujah, mencemuh dan berbagai lagi.
Apa yang menarik sekali semua kelemahan bangsa melayu tersingkap di sebabkan kedua-dua parti politik ini berseteru dan yang mendapat keuntungan dari ini adalah sekutu kedua-dua pakatan kumpulan ini. Dari satu hari ke satu hari mereka berjaya memainkan isu orang melayu dan yang paling menyedihkan memainkan isu agama Islam kita. Dalam kelekaan dan kedunguan bangsa kita, parti politik yang lain telah merangka strategi dengan memecah belahkan orang melayu dengan idealogi yang di timbulkan oleh orang melayu politik oleh kedua-dua parti ini iaitu UMNO dan PAS sehingga sanggup menghina bangsa melayu dan agama Islam dengan secara terbuka. Pemimpin kedua parti melayu ini sudah lupa mengenai bangsanya sendiri dengan mainan politik untuk menjatuhkan sesama sendiri sedangkan parti bangsa lain mengambil peluang untuk menakluk bumi Malaysia yang bertuah ini.
Rakyat akan menetukan siapa yang layak dan terpilih di setiap PRU. Mudah-mudahan kedua pemimpin melayu ini dapat kesedaran dalam perkara ini.Ayuh bangkit bangsaku.... 
#nukilanhatiku

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.