Ahad, 4 Julai 2021

BELAJAR MAKRIFAT


♾️ SANTAPAN DIKALA SUNYI...➿

Belajar ilmu Makrifat itu bukan hendak menjadi alim, warak, zuhud atau apalagi nak menjadi suci.

Belajar ilmu Makrifat itu sebenarnya untuk lebih mengenal kelemahan diri sendiri. 

Apabila sudah faham bahawa diri kita ini serba kekurangan, maka kita itu akan lebih tunduk dan lebih merendah diri di dalam menjalani kehidupan seharian.

Dengan sendirinya juga sifat2 seperti sombong, bongkak, bangga diri dan riak akan lenyap dari diri seseorang itu.

Kesedaran yang kita rasakan itu adalah suatu Fitrah . 
Kembalilah akan kita kepada suatu keadaan yang amat kosong. 

Kosong dalam erti kata...tiada daya dan upaya. 
Tiada suatu benda atau harta yang menjadi milik kita. 
Ia juga termasuk penglihatan, pendengaran, qalam, ilmu , hayat, kudrat dan iradat. 

Kesedaran ini juga datangnya dari hidayah dan kefahaman bermakrifah. 
Semuanya sudah pun tertulis sedari azali lagi. 
Apabila kita terpilih untuk diberi hidayah dan kefahaman bermakrifah, jangan lah kita risaukan perbuatan kita atau ibadah kita yang lalu kerana semua itu akan menjadi urusan Allah swt.

Jalan saja kehidupan mengikut skrip yang sudah lama siap. Jangan ada lagi persoalan sehingga tidak berhuruf dan tidak bersuara. 

Semua persoalan sudah pun terjawab apabila kita benar2 menyerah secara total zahir dan batin kepada Allahu swt.

Pada tahap ini, tiada lagi kerisauan, kegelisahan atau pun ketakutan. Kita akan merasa aman, tenteram dan tenang pada setiap masa. 
Ketika ini, urusan kita akan menjadi urusan Allah. 
*Faham lah kita bahawa kita ini pada hakikatnya tidak ada, yang ada atau yang wujud itu hanya Allah swt*

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.