Khamis, 4 Februari 2016

SOLAT

Hari Jumaat Adalah Hari Melihat Wajah Allah di dalam syurga.

Rasulullah s.a.w bersabda
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda
“Allah menyesatkan orang-orang sebelum kami pada hari Jumaat, Yahudi pada hari Sabtu, dan Nasrani pada hari Ahad, kemudian Allah mendatangkan kami dan ember petunjuk pada hari Jumaat, mereka umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami adalah yang terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada hari kiamat yang akan dihakimi sebelum umat yang lain.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Majah)

Firman Allah Taala
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)". (Surah Al-Ahzab, ayat 56)

Enam Keistimewaan Hari Jumaat

1. Berlakunya hari Qiamat.
2. Nabi Adam a.s dan Ibu Hawa diciptakan, diturunkan dari Syurga.
3. Penghulu segala hari.
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
5. Kebaikan menjaga kebersihan dan memotong kuku.
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

Rasulullah s.a.w bersabda
“Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.” 
(Hadis Riwayat Muslim)

Sejarah Solat Fardhu Jumaat

Pada 12 Rabiul Awal 1 Hijrah (TARIKH 24-09-622M) Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w bersama Sahabat Saidina Abu Bakar As-siddiq r.a dan Saidina Ali Bin Abu Talib Karamullah Hu Wajha mendirikan Masjid Jumaat dan mendirikan Solat Jumaat yang pertama dalam Islam. Kemudian Baginda s.a.w berjalan ke utara sehingga sampai ke tapak Masjid Nabi sekarang.

Sejarah Solat Fardhu Lima Waktu

Sejarah Solat Subuh

Manusia pertama yang melaksanakan SOLAT SUBUH ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika Beliau keluar dari SYURGA, lalu diturunkan ke bumi maka perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan Beliau berasa takut yang amat sangat. Apabila Fajar Subuh telah keluar maka Nabi Adam a.s mendirikan Solat Dua Rakaat iaitu :

1.Rakaat pertama tanda Beliau bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam.
2.Rakaat kedua tanda Beliau bersyukur kerana siang telah menjelma.

Sejarah Solat Zohor

Manusia pertama yang melaksanakan SOLAT ZOHOR ialah Nabi Ibrahim a,s tatkala Allah Taala perintahkan Beliau menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s  Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s sebanyak Empat Rakaat iaitu :

1.Rakaat pertama tanda Beliau bersyukur bagi penebusan.
2.Rakaat kedua tanda Beliau bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan anaknya.
3.Rakaat ketiga tanda Beliau bersyukur dan memohon keredhaan Allah Taala.
4.Rakaat keempat tanda Beliau bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan seekor kibas.

Sejarah Solat Asar

Manusia pertama yang melaksanakan SOLAT ASAR ialah Nabi Yunus a.s tatkala Beliau dikeluarkan oleh Allah Taala dari perut Ikan Nun, Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk Waktu Asar. Maka bersyukurlah Beliau lalu mendirikan Solat Empat Rakaat kerana Beliau telah diselamatkan oleh Allah s.w.t daripada Empat kegelapan iaitu :

1.Rakaat pertama kelam dalam kesalahan.
2.Rakaat kedua kelam dengan air laut.
3.Rakaat ketiga kelam dengan malam.
4.Rakaat keempat kelam dengan perut ikan Nun.

Sejarah Solat Maghrib

Manusia pertama yang melaksanakan SOLAT MAGHRIB ialah Nabi Isa a.s ketika Baginda dikeluarkan oleh Allah s.w.t dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya Matahari maka bersyukurlah Nabi Isa a.s lalu Beliau mendirikan Solat Tiga Rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu :

1.Rakaat pertama untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
2.Rakaat kedua untuk menafikan tuduhan dan fitnah ke atas Ibunya Siti Maryam yang telah dituduh melakukan zina.
3.Rakaat ketiga untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya SATU iaitu Allah s.w.t semata-mata tiada dua atau tiganya.

Sejarah Solat Isyak

Manusia pertama yang melaksanakan SOLAT ISYAK ialah Nabi Musa a.s, ketika itu Nabi Musa a.s tersesat mencari jalan keluar Negeri Madyan sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah s.w.t menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir, lalu Nabi Musa a.s mendirikan Solat Empat Rakaat sebagai tanda bersyukur iaitu :

1.Rakaat pertama tanda dukacita terhadap isterinya.
2.Rakaat kedua tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun a.s.
3.Rakaat Ketiga tanda dukacita terhadap firaun.
4.Rakaat keempat tanda dukacita terhadap anak firaun.

Allahumma Solli Ala Muhammadhin Abdika Warasulika Nabiyyi Ummi Wa Ala Ahlihi Wasohbihi Wasallim

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.