Khamis, 4 Februari 2016

SABAR

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

MARI MENJADI INSAN PENYABAR

Allah s.w.t. memerintahkan kpd hamba²Nya utk memperbykkan bersabar dlm menghadapi cabaran kehidupan.

Ketika sabar di perintahkan Allah s.w.t. kpd kita semua, maka Allah s.w.t. adakan jln yg dpt membantu & memudahkan seseorg utk menjlni sikap sabar tersebut.

Walaupun sikap sabar itu berat di lakukan & tidak di sukai oleh jiwa manusia, apatah lg apabila sabar tersebut di sbbkan oleh tingkah laku & tindakan org lain yg salah.

Tazkirah hari ini, perkongsian sedikit ttg beberapa cara yg dpt membantu kita dlm menjlni kehidupan dgn bersabar dgn apa jua sbb yg menimpa.

Adapun cara² tersebut di antaranya adalah:

1. Mengetahui hakikat kehidupan dunia dan kesulitan serta kesusahan yg ada di dlmnya. Sbb manusia sememangnya di ciptakan Allah s.w.t. berada dlm keadaan susah payah.

Firman Allah s.w.t. dlm Al-Quràn Surah Al-Balad (90), ayat 4:

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي كَبَدٍ

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dlm susah payah."
(QS. Al-Balad : 90/4).

2. Beriman bhw dunia seluruhnya adalah milik Allah s.w.t. & Dia memberinya kpd org yg Dia sukai & menahannya dr org yg di sukaiNya juga.

3. Mengetahui besarnya balasan & pahala atas kesabaran tersebut.

Di antaranya:

a. Akan mendptkan pertolongan Allah s.w.t.

Sebagaimana firman Allah s.w.t. dlm al-Quràn Surah Al-Baqarah (2), ayat 249:

.... وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ

"....Dan Allah s.w.t. beserta dgn org² yg bersabar.”
(QS. Al-Baqarah : 2/249).

b. Org yg bersabar akan mendptkan selawat, rahmat & petunjuk Allah.

Firman Allah s.w.t. dlm Al-Quràn Surah Al-Baqarah (2), ayat 157:

أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

"Mrk itulah (org² yg bersabar) yg akan mendptkan keberkatan yg sempurna & rahmat dr Rabbnya, & mrk itulah org² yg mendpt petunjuk."
(QS. Al-Baqarah :157).

c. Sabar adalah kunci kejayaan seorg hamba.

Allah s.w.t. berfirman dlm al-Quràn Surah Ali-Imran (3), ayat 200:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ.

"Hai org² yg beriman, bersabarlah kamu & kuatkanlah kesabaranmu & tetaplah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) & bertaqwalah kpd Allah supaya kamu beruntung." (QS. Ali-Imran : 3/200).

4. Org yg bersabar meyakini & percaya kpf Allah s.w.t. akan mendptkan jln keluar & kemudahan.

Sbb Allah s.w.t. telah menjadikan dua kemudahan dlm satu kesulitan.

Firman Allah s.w.t. dlm Al-Quràn Surah Al-Insyirah (94), ayat 5-6:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا () إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا.

"Krn sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
(QS. Al-Insyiraah : 94/5-6)

5. Memohon pertolongan kepada Allah s.w.t. & berlindung kpdNya, krn Allah s w.t. satu²nya Zat yg dpt memberikan jln kemudahan .

6. Beriman kpd ketetapan & takdir Allah s.w.t  dgn meyakini semuanya yg terjd sudah merupakan suratan takdir. Sehingga dpt bersabar menghdpi musibah yg ada.

7. Ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah dlm bersabar.

Hal ini di jelaskan dlm firman Allah s.w.t. dlm Surah Ar-Ra'd (13), ayat 22:

وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ

"Dan org2 yg sabar krn mencari keredhaan Rabbnya, mendirikan solat, & menafkahkan sebahagian rezeki yg Kami berikan kpd mrk, secara sembunyi atau terang²an serta menolak kejahatan dgn kebaikan; org² itulah yg mendpt tempat kesudahan (yg baik)."
(QS. Al Ra'd : 14/22)

8. Mengetahui kebaikan & manfaat yg ada dlm perintah & keburukan yg ada dlm larangan.

Ibnul Qayyim menyatakan: Apabila seorg mengetahui kebaikan yg ada pd amalan yg di perintahkan & akibat buruk yg ada pd amalan yg di larang sebagaimana mestinya. Kemudian di tambah dgn tekad kuat & motivasi tinggi serta harga diri maka Inshaa Allah akan dpt bersabar & semua kesulitan & kesusahan menjadi mudah bgnya.

9. Menguatkan faktor pendukung agama dlm setiap kali menghadapi perintah, larangan & musibah yg ada.

Hal ini dpt di lakukan dgn empat perkara:

a. Mengagungkan Allah Yg Maha Mendengar & Melihat. Seorg yg sentiasa ada di hatinya pengagungan terhdp Allah, tentunya dpt bersabar dlm melaksanakan perintah & menjauhi larangan. Bagaimana Zat Yg Maha Agung di maksiati pdhal Dia Maha Melihat & Mendengar?

b. Menumbuhkan rasa cinta kpd Allah s.w.t., sehingga ia melaksanakan perintah & meninggalkan kemaksiatan krn mencintai Allah s.w.t.. Demikian juga akan bersabar atas ujian kekasihnya. Hal ini di sbbkan org yg mencintai tentu akan mentaati kekasihnya & tidak ingin di murkai serta dpt menahan diri atas semua ujian yg di berikan kpdnya.

c. Menampakkan & mengingati nikmat & kebaikan Allah s.w.t., sbb org yg mulia tidak akan membalas kebaikan org lain dgn keburukan.

Oleh krn itu mengingati nikmat & kurnia Allah s.w.t. dpt mencegah seseorg dr melakukan maksiat krn malu dgnNya & mendorong utk melaksanakan perintahNya serta merasa bhw semua musibah yg menimpanya merupakan kebaikan yg Allah s.w.t. kurniakan kpdnya.

d. Mengingati kemarahan, kemurkaan & balasan Allah s.w.t., krn Allah akan marah bila hambaNya & bila murka tidak ada seorg pun yg dpt menahan amarahNya.

Ya Allah ... jdkan diri kami termasuk dlm golongan org² yg bersabar. Jauhkan diri kami ... ya Allah ... sifat keluh kesah terhdp apa jua keadaan yg Engkau timpakan kpd kami. Mudah²an kami menjadi hamba yg bersabar & bersyukur serta redha dgn apa jua ketentuanMu.

Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahuàlam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.