Rabu, 30 Disember 2015

SKETSA 2015

Tirai 2015 akan berlabuh tidak lama lagi dan akan meninggalkan banyak peristiwa dan membawa kepada tahun 2016. Apa yang memberi kesan dalam hidup aku dalam tempuh 2015 ini? Banyak yang kita tempuhi dalam tahun ini dan kita kupaskan satu persatu mengikut apa yang aku fikirkan. Yang teramat terkesan adalah dari segi ekonomi keseluruhannya.

Kerajaan melaksanakan gst yang kononnya akan mensejahterakan rakyat dengan berbagai kata-kata manis dan indah sebelum perlaksanaan. Kerajaan Malaysia yang mentadbir sekarang memperbodohkan rakyat dengan perlaksanaan GST yang mengantikan SST akan membuatkan harga barangan dan perkhidmatan akan turun. Maka ramai lah ahli politik, business man serta kaki ampu kerajaan dengan lantang menyokong serta mengiakan apa yang kerajaan ingin lakukan. Setelah perlaksanaan terjadi di sebaliknya. Harga barang dan perkhidmatan yang melambung dari harga biasa sehingga rakyat merasa beban yang teramat sangat.

Pembohongan pertama telah bermula oleh ahli-ahli politik kerajaan dan tekanan dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan terpaksa di hadapi oleh rakyat. Rakyat Tiada pilihan terpaksa menghadapi tekanan ini sedangkan kerajaan dengan bangganya menyatakan bahawa telah berjaya mengutip cukai GST yang banyak. Pengantian SST telah lenyap malah penambahan lagi 6% oleh GST membuat kan harga barang dan perkhidmatan amat dirasai. Berbagai kenyataan yang bodoh telah keluar dari menteri-menteri kerajaan sekarang dan yang paling popular adalah kenyataan Datuk Ahmad Maslan yang terang-terang menghina rakyat. Rakyat tidak punya pilihan terpaksa terima Keadaan ini. Inilah yang di katakan kezaliman yang paling halus dan halal di lakukan oleh kerajaan Malaysia sekarang. Cukai perseorangan, cukai harta, cukai jalan dan berbagai lagi cukai terpaksa di hadapi oleh rakyat sekarang. Di mana silapnya ?

Tidak sampai hampir setahun dengan kenaikan harga barang di sebabkan GST, kenaikan yang melampau dari tambang pengangkutan serta tol telah di laksanakan. Yang paling hairan ada menteri yang tidak tahu kenaikan tersebut dan kononnya merasa terkejut apabila di tanyakan pendapat nya. Maka di tundingkan jari pada orang lain demi menyelamatkan politik mereka.

Kita tidak habis soal GST dan kenaikan harga dan perkhidmatan maka sekandal 1MDB dan duit "derma" 2.6 billion dalam akaun PM kita pula melanda. Sebelum ini rakyat tidak tahu atau tidak memahami keujudan syarikat 1MDB dan tiba-tiba dah berhutang berbillion ringgit. Membuat perniagaan hanya untuk berhutang yang akan di tanggung oleh kerajaan. Rakyat lah yang terpaksa melangsaikan hutang puitang itu. Untuk apa kewujudan 1MDB yang sebenarnya sedangkan kerajaan ada syarikat Khazanah ? Khazanah telah wujud dan menjalankan perniagaan yang mewakili kerajaan dan untuk apa wujud lagi 1MDB. Maka bermulalah lakonan dan scenario bagi menjawab soal 1MDB oleh kerajaan Malaysia dengan menyajikan fakta-fakta yang hampir semua rakyat tidak mempercayai.

Soal 2.6 billion di singkap dan PM berdiam diri tidak many menjawap pada asal nya sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa duit itu adalah duit derma pada dia. Bayangkan PM boleh keluar kan kenyataan nilai 2.6 billion adalah duit derma pada rakyat. Jangan tanya ahli UMNO mereka percaya atau tidak sebab mereka adalah dari golongan angguk yang akan menurut sahaja apa kata PM, tetapi tanya lah pada rakyat yang tertekan dengan Keadaan ekonomi mendengar kenyataan bahawa duit itu adalah duit derma. Adakah mereka percaya dengan kenyataan itu? Tapi rakyat tidak boleh melakukan apa-apa selain mendengar dan akur sahaja sebab tiada kuasa untuk menetang.

Menteri, ahli politik dan pegawai kerajaan yang menentang dan tidak sehaluan dengan PM telah di cantas dan di lucutkan jawatan mereka. Timbalan perdana menteri di pecat, menteri-menteri yang tidak sehaluan di tendang dari jawatan di gantikan dengan mereka yang mengiakan segala tindakan PM. Sejarah Sekali lagi tercipta dalam era PM sekarang ni dalam politik. Rakyat hanya melihat drama politik UMNO dan BN dan tidak mampu ber buat apa-apa untuk merubahkannya. Akan sampai masa nya nanti rakyat punya hak dalam menentukan kebenaran dalam politik kerajaan sekarang ini. Masa itu adalah apabila Pilihan Raya Umum akan ber laku dan rakyat terpaksa memilih Siapa yang akan memerintah selepas itu. PRU adalah masa yang sesuai untuk memilih kerajaan yang akan memerintah Malaysian selepas itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.