Rabu, 29 Julai 2015

HADIS 6

Daripada Abu  Abdullah  al-Nu'man  ibn  Basyer  r.a.  ﺎﻤﻬﻨﻋ  ﷲا  ﻲﺿر  beliau  berkata:  Aku telah mendengar Rasulullah SAW  bersabda: Sesungguhnya perkara yang  halal  itu  terang  jelas,  dan  sesungguhnya perkara yang  haram  itu  terang jelas, dan di  antara kedua  perkara tersebut ada perkara-perkara  syubhat  yang ...

HADIS 5

Daripada  Ummu  al-Mukminin  Ummu  Abdullah  'Aisyah  r.a. ﺎﻬﻨﻋ  ﷲا   ﻲﺿر ْﻦ َﻋ ﻢﱠﻠَﺳَو  )).  beliau  berkata:  Rasulullah SAW telah  bersabda: Barangsiapa  yang  mengada-ada  sesuatu  perkara  dalam  urusan kita  ini,  yang bukan  daripadanya, maka  ia  tertolak. Pengajaran  hadis: lslam  adalah  agama...

HADIS 4

Daripada  Abu Abdul  Rahman  Abdullah ibn  Mas'uud r.a.  beliau  berkata:  Rasulullah  SAW  telah bersabda,  dan Baginda  adalah  seorang  yang benar  lagi  dibenarkan  (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap  orang di  kalangan kamu  dihimpunkan  kejadiannya  dalam  perut  ibunya  selama  40 hari berupa  air mani, ...

SAJAK A.SAMAD SAID

Pedihnya sajak A. Samad Said ni ... HAI MELAYU.. Hai Melayu! rumahmu semua dibina indonesia, ekonomi pula dikuasai cina, golongan profesional semuanya india, warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa, warga bangla pula menjadi JaGa, orang Nepal yang menabur baja, orang pakistan usung karpet jaja merata, lalu melayu ada apa? harapkan ustaz, saling menyesat, harapkan hiburan, lagi best filem barat, harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat harapkan...

Selasa, 28 Julai 2015

TPM DI PECAT

Sejarah tercipta lagi di zaman pemerintahan DS Najib dengan memecat Timbalan Perdana Menteri yang merupakan pembantu beliau. Dengan berbagai sejarah yang di cipta seperti GST, 1MDB, MH370 dan banyak lagi skandal politik, beliau mengambil langkah drastik dengan memecat TSMY dengan berbagai alasan. Alasan yang paling ketara apabila tiada persamaan mengenai isu 1MDB apabila TSMY membuat kenyataan yang tidak selari dengan beliau. Banyak lagi isu-isu...

Jumaat, 24 Julai 2015

TETAMU

Tetamu Membawa Berkat Ada seorang lelaki yang senang kedatangan tamu. Namun isterinya menunjukkan sikap sebaliknya. Setiap kali ia membawa tamu ke rumah, isterinya menunjukkan sikap yang tidak baik. Orang itu mengeluhkan keadaan ini kepada Rasulullah saw. Mendengar itu, Rasulullah saw bersabda, "Katakan kepada isterimu, hari ini Rasulullah saw dan beberapa orang sahabatnya akan bertamu ke rumah kita." Rasulullah saw berpesan kepada orang itu, "Katakan...

DOA SEORANG IBU

Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia. Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia. Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga....

Rabu, 22 Julai 2015

HADIS 3

Daripada  Abu  Abdul Rahman Abdullah  ibn 'Umar ibn al-Khatthab  (ﺎﻤﻬﻨﻋ  ﷲا  ﻲﺿر)  beliau berkata:  Aku telah  mendengar Rasulullah  SAW bersabda: lslam  itu  terbina atas lima perkara: Naik  saksi  mengaku  bahawa sesungguhnya  tiada Tuhan  melainkan Allah  dan  bahawa sesungguhnya  Muhammad itu  adalah Utusan  Allah,  Mendirikan ...

HADIS 2

Daripada Saiyidina 'Umar juga,  r.a.  beliau  berkata: Ketika  kami  sedang  duduk  di  sisi  Rasulullah  SAW pada suatu  hari, tiba-tiba muncul di  hadapan kami seorang  lelaki  yang  memakai pakaian  yang  sangat  putih,  berambut  sangat  hitam,  yang  tidak  ternampak pada  dirinya  kesan-kesan tanda  musafir...

HADIS 1

Daripada  Amirul Mukminin  Abu Hafsin 'Umar ibn  al-Katthab  r.a.  beliau  berkata:  Aku  mendengar Rasulullah SAW  bersabda: "Bahawa sesungguhnya setiap  amalan  itu bergantung  kepada  niat,  dan  bahawa  sesungguhnya  bagi  setiap orang  apa yang dia  niatkan.  Barangsiapa  yang  hijrahnya  menuju kepada  Allah dan ...

Ahad, 19 Julai 2015

SYAWAL 2015 (1436H)

Syawal kali ini merupakan syawal yang agak berbeza dari yang lain. Sambutan yang sederhana dan meriah. Aku bersama keluarga beraya di rumah emak di Felda Tunggal. Aku pulang agak awal kali ini dan semlat berbuka puasa serta bersahur bersama keluarga di kampung. Kesempatan itu aku membayar fitrah dan membeli keperluan anak-anak serba sedikit. Di pagi Syawal aku bersama anak-anak bersiap dengan pakaian baru dan menunaikan solat sunat Aidil fitri di...

Rabu, 15 Julai 2015

LOW YAT PLAZA

Kejadian baru-baru ini di Plaza Low Yat yang terkenal dengan pusat jualan komputer dan gudget di Kuala Lumpur telah membuka mata perbagai pihak. Pergaduhan besar-besaran antara dua kumpulan pembeli dan penjual, melayu dan cina telah menimbulkan berbagai isu. Antara isu yang hangat adalah barang tiruan yang di jual di Plaza Low Yat ini yang selama ini kita selalu dengar dan pihak berkuasa tidak pernah mengambil langkah untuk membuat pemeriksaan dan...

Selasa, 14 Julai 2015

BATINIAH MEMPENGARUHI LAHIRIAH

Hikmat 36: Petikan dari Syarahan Al-Hikam " APA YANG TERSIMPAN DALAM KEGHAIBAN RAHASIA HATI BERBEKAS NYATA PADA ZAHIRNYA. " Allah s.w.t mengurniakan kepada hati hamba-hamba-Nya yang bagia dengan Nur Zikir, Nur Kalbu, Nur Akal, Nur Iman dan Nur Makrifat. Kurniaan Allah s.w.t yang demikian itu merupakan rahasia-rahasia yang tidak diketahui oleh makhluk. Setiap hamba yang dibawa ke Hadrat-Nya mempunyai rahasia sendiri dan tidak diketahui oleh hamba-hamba...

Isnin, 13 Julai 2015

PERMULAIAN DAN KESUDAHAN

Hikmat 34 & 35 petikan Syarahan Al-Hikam " TANDA AKAN BERJAYA PADA AKHIR PERJUANGAN ADALAH KUAT MENYERAH DIRI KEPADA ALLAH S.W.T PADA AWAL PERJUANGAN." " BARANGSIAPA CEMERLANG PERMULAIANNYA, AKAN CEMERLANGLAH KESUDAHANNYA. " Berserah diri kepada Allah s.w.t, bertawakal kepada-Nya dan mengembalikan segala urusan kepada-Nya adalah jalan untuk mendekati Allah s.w.t. Kesemua ini boleh diibaratkan sebagai kendaraan, sementara ilmu dan amal diibaratkan...

Sabtu, 11 Julai 2015

PUISI DR MAZA

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju... kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara... kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja... kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta... kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta... jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu... tapi dapatkah kami dibohongi,tentang...

Jumaat, 10 Julai 2015

SEDEKAH

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA? Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedrkah....." -(surah al mu'minun:10) Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"? Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh...

Selasa, 7 Julai 2015

SANDARKAN NIAT KEPADA ALLAH S.W.T

Hikmat 33 petikan dari Syarahan Al-Hikam TIDAK SIA-SIA SESUATU MAKSUD APABILA DISANDARKAN KEPADA ALLAH S.W.T DAN TIDAK MUDAH TERCAPAI TUJUAN JIKA DISANDARKAN KEPADA DIRI SENDIRI. Hikmat yang lalu menggambarkan keadaan hamba Allah s.w.t yang mempunyai maksud yang baik yaitu mau mengubah dunia supaya menjadi tempat kehidupan yang sentosa, tetapi ternyata gagal melaksanakan maksudnya apabila dia bersandar kepada kekuatan dirinya sendiri. Allah s.w.t...

SIFAT KEHIDUPAN DUNIAWI

Hikmat 32 Petikan dari Syarahan Al-Hikam JANGAN MENGHAIRANKAN KAMU LANTARAN TERJADI KEKERUHAN KETIKA KAMU BERADA DI DALAM DUNIA KARENA SESUNGGUHNYA KEKERUHAN ITU TIDAK TERJADI MELAINKAN KARENA BEGITULAH YANG PATUT TERJADI DAN ITULAH SIFATNYA (DUNIA) YANG ASLI.  Hikmat yang lalu menyingkap halangan secara umum dan  Hikmat 32 ini pula mengkhususkan kepada dunia sebagai hijab yang menutupi pandangan hati terhadap Allah s.w.t. Halangan inilah...

Isnin, 6 Julai 2015

OH SUAMI

"SUAMI YANG MENCIUM BAU SYURGA” Saya terima nikahnya.... binti.... dengan mas kawin......di bayar tunai....”. Singkat, padat dan jelas. Tapi tahukan makna “perjanjian atau ikrar” tersebut? Itu yang tersurat, tetapi apa pula yang tersirat? Yang tersirat ialah : Ertinya: ”Maka aku tanggung dosa-dosa si dia (perempuan yang ia jadikan istri) daripada ayah dan ibunya... Dosa apa saja yang telah dia lakukan. Dari tidak menutup aurat hingga ia meninggalkan...

Ahad, 5 Julai 2015

SAHABATKU

Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku...