Rabu, 29 Julai 2015

HADIS 4

Daripada  Abu Abdul  Rahman  Abdullah ibn  Mas'uud r.a.  beliau  berkata:  Rasulullah  SAW  telah bersabda,  dan Baginda  adalah  seorang  yang benar  lagi  dibenarkan  (iaitu dipercayai):

Sesungguhnya setiap  orang di  kalangan kamu  dihimpunkan  kejadiannya  dalam  perut  ibunya  selama  40 hari berupa  air manikemudian  menjadi  segumpal  darah  selama  tempoh  yang  sama, kemudian  menjadi seketul  daging  selama  tempoh  yang  sama, kemudian  dikirimkan  kepadanya seorang malaikat  lalu  dia menghembuskan  padanya  ruh  dan dia  diperintahkan dengan  4  kalimat; iaitu  supaya  menulis rezekinya, ajalnyaamalannya  dan  adakah  dia  celaka atau  bahagia.  Demi  Allah  Yang  tiada  Tuhan  melainkanNya, sesungguhnya  salah  seorang  dari  kalangan  kamu  akan  beramal  dengan  amalan  ahli  syurgasehingga jarak  antaranya  dan  syurga tidak  lebih dari  sehasta, lalu dia didahului  oleh  ketentuan tulisan  kitab  lantas dia mengerjakan  amalan  ahli  neraka  lalu  dia memasuki  neraka. Dan  sesungguhnya  salah  seorang  dari kalangan  kamu  akan  beramal dengan  amalan ahli  nerakasehingga  jarak  antaranya  dengan  neraka  tidak lebih dari  sehastalalu dia  didahului  oleh  ketentuan tulisan  kitab  lantas dia  mengerjakan  amalan  ahli syurga  lalu  dia  memasuki syurga.

Pengajaran  hadis:

Kejadian  manusia  yang unik  menunjukkan  kekuasaan  Allah  SWT mencipta  makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa  hanya Dialah  Tuhan yang berhak  disembah.  Kejadian  manusia mesti  menjadi renungan  manusia  yang  berakal,  kerana  kejadiannya  yang  teramat indah  dan  unik  ini tiada  tolok bandingnya  -  manusia  tidak  mampu mencipta manusia  atau  robot bernyawa  dan berakal fikiran.

Proses kejadian  manusia yang  berperingkat-peringkat  ini  telah  diceritakan oleh  lslam  melalui al-Qur'an dan  hadis  Nabi  semenjak  14  kurun  lampau,  tetapi  manusia  baru  benar-benar  arif  tentang proses  ini di zaman   kemajuan  sains.  lni  adalah  bukti yang  jelas  bahawa  Allah  SWT  yang  mencipta  makhluk  ini,  Dia jugalah  yang  Maha  mengetahui  rahsia  kejadian  mereka.

Empat  ketentuan  hidup  manusia  telah  ditetapkan  oleh  Allah  SWT semenjak  dia  belum  lahir  ke  bumi - rezekinya,  ajal  kematiannya,  amalannya  dan  nasibnya  sama  ada  dia akan  menjadi seorang  yang  susah atau  senang.

Amalan  terakhir  manusia  adalah  faktor  penentu kepada  nasibnya  yang  kekal  abadi di  akhirat.  Boleh jadi dia  sangat  baik  si  sepanjang hayat  - tetapi di saat  terakhir  dia  melakukan  perbuatan  ahli  neraka, iaitu  maksiat lalu dia  mati dan  mendapat  balasan  neraka.  Begitulah sebalinya.

#nukilanhatiku

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.