Selasa, 14 Julai 2015

BATINIAH MEMPENGARUHI LAHIRIAH

Hikmat 36: Petikan dari Syarahan Al-Hikam

" APA YANG TERSIMPAN DALAM KEGHAIBAN RAHASIA HATI BERBEKAS NYATA PADA ZAHIRNYA. "

Allah s.w.t mengurniakan kepada hati hamba-hamba-Nya yang bagia dengan Nur Zikir, Nur Kalbu, Nur Akal, Nur Iman dan Nur Makrifat. Kurniaan Allah s.w.t yang demikian itu merupakan rahasia-rahasia yang tidak diketahui oleh makhluk. Setiap hamba yang dibawa ke Hadrat-Nya mempunyai rahasia sendiri dan tidak diketahui oleh hamba-hamba yang lain, walaupun mereka berada pada tingkatan yang sama. Seorang guru pun tidak tahu rahasia muridnya dengan Tuhannya. Apa yang Allah s.w.t kurniakan kepada seorang hamba pilihan-Nya tidak serupa dengan yang dikurniakan kepada hamba pilihan yang lain. Kurniaan Allah s.w.t kepada seorang nabi berbeda daripada kurniaan terhadap nabi-nabi yang lain. Kurniaan Allah s.w.t yang tersimpan dalam keghaiban rahasia hati itu menjadi penggerak kepada pembentukan  diri  seseorang,  hingga  dia  dapat  dikenal  dan  di orang  lain.  Kurniaan Rahasia kan  daripada Allah  s.w.t  kepada  Isa  a.s  menyebabkan  beliau  a.s dikenali  sebagai  Roh  Allah.  Kurniaan Rahasia menyebabkan  beli Allah  s.w.t  kepada  Musa  a.s au  a.s  dikenali  sebagai  Kalim  Allah.  Kurniaan Rahasia Allah  s.w.t kepada  Ibrahim  a.s  menyebabkan  beliau  a.s  dikenali  sebagai  Khalil  Allah.  Kurniaan Rahasia Allah  kepada  Muhammad  s.a.w  menyebabkan  baginda  s.a.w  dikenali sebagai  Habiballah.  Aulia  Allah  s.w.t juga  menerima  kurnia Rahasia Allah  s.w.t dan masing-masing memiliki  keperibadian  yang  tersendiri.

Nur  Ilahi  yang  menyinari  hati  seseorang  akan  mengubah  suasana  hati  itu  dan sekaligus  perwatakan  dan  perawakan  orang  itu.  Perubahan  pada  perwatakan  dapat dilaku  dan  perbuatan.  Sinaran  Nur  Zikir  akan  melahirkan  seorang yang  gemar  berzikir,  mengingati  Allah  s.w.t  semasa  duduk,  berdiri,  ketika  sendirian dan  juga  ketika  berada dalam  perkumpulan.  Lidahnya sentiasa basah dengan sebutan nama-nama  Allah  s.w.t.  Sinaran  Nur  Kalbu  akan  membuat  seseorang berlapang  dada,  tidak  cemas  menghadapi  ujian  dan  gemar  mendekati  Allah  s.w.t. Sinaran  Nur  Akal  akan  melahirkan  sikap  suka  bertafakur  sehingga  terbukalah kepadanya rahasia ketuhanan  yang  menjadi  penggerak  kepada  perjalanan alam  maya  ini.  Muncullah  dari  lidahnya  Kalam  Hikmat  yang  mempesonakan siapa saja bagi yang  mendengarnya.  Sinaran  Nur  Iman  mengwujudkan  keyakinan  yang  tidak berbelah kepada  perkara  ghaib  yang  dialaminya  sekalipun  fikiran  tidak  dapat menerimanya.  Kepercayaan  dan  keyakinannya  tidak  bergoncang  lantaran  mendapat bantahan  dan  sindiran.  Sinaran  Nur  Makrifat  menerangi  mata  hati  untuk  mengenal Allah  s.w.t,  melihatNya  pada  semua  kejadian.  Tidak  kabur  pandangan  mata  hatinya lantaran  kekeruhan-kekeruhan  yang  berlaku  di  dalam  dunia  ini.  Tidak  terbalik pandangan  mata  hatinya  lantaran  mendapat  kemuliaan  dan  kekeramatan.

Nur Ilahi bukan rupa saja mengubah  perwatakan  tetapi juga  mengubah  perawakan.  Bukan bentuk  muka  yang  berubah  tetapi  cahaya menyebabkan  siapa saja yang  pada  wajahnya  yang  berubah, yang  melihatnya  akan merasa senang.  Misalnya,  cahaya Nur  Ilahi  yang  gilang  gemilang  menyinari  wajah  Yusuf  a.s  telah  mempesonakan wanita wanita  Mesir  sehingga  mereka  tidak sadar menghiris  jari  sendiri  dan  tidak merasai  sakitnya  akibat  terpukau  memandang  keindahan  wajah  Yusuf  a.s.  Begitulah kuatnya  kesan  sinaran  Nur  Ilahi  yang  tersembunyi  secara  ghaib  di  dalam  hati  rohani hamba hamba  Allah  s.w.t  yang  dipilih  untuk  memperolehinya.

Anugerah  Allah  s.w.t, iaitu nur-nur,  kepada  hati  hamba-hambaNya  yang  beriman menjadi  daya  dan  upaya  bagi  hati  untuk  berpegang  kuat  kepada  tauhid,  mencintai segala  yang  bersesuaian  dengan  Islam  dan  membenci segala  bentuk  kekufuran. Daya  dan  upaya  nur  yang  pada  hati  ternyata  melalui  perbuatan  dan  juga  wajah orang  berkenaan.

" Nabi  Muhammad  (s.a.w)  ialah  Rasul  Allah;  dan  orang dengannya  bersikap  keras  dan  tegas  terhadap  orang-- orang  yang  bersama orang  kafir yang  (memusuhi Islam),  dan  sebaliknya  bersikap  kasih  sayang  serta  belas  kasihan  sesama  sendiri (umat  Islam).  Engkau  melihat  mereka  tetap  beribadat  rukuk  dan  sujud,  dengan mengharapkan  limpah  kurnia  (pahala)  dari  Tuhan  mereka  serta  mengharapkan keredhaanNya. Tanda yang menunjukan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat  pada  muka  mereka - dari  kesan  sujud  (dan  ibadat  mereka  yang  ikhlas). ( Ayat 29  :  Surah alFat-ah).

Tanda  nyata  pada  sifat  pengikut-pengikut  Nabi  Muhammad  s.a.w  adalah  mereka tidak bertolak ansur  pada  perkara  yang  merusak akidah. Iman  tidak  boleh ganti  dengan  harta,  pangkat  atau  kemuliaan.  Iman  adalah  cahaya  dan kekufuran  pula  adalah kegelapan .  Cahaya  dan  gelap  tidak boleh  bersepakat.

Mereka  yang  sangat  keras  menentang  kekufuran itu  sangat  berlemah lembut apabila bersama-sama dengan  orang  yang  beriman.  Hubungan  hati-hati  yang beriman  adalah  kasih sayang  dan  kerinduan.  Orang  yang  beriman  inginkan  kebaikan kepada  saudaranya  yang  beriman.  Mereka  tidak  merusakan atau menjatuhkan sesama  mereka.  Kebaikan  yang  Allah  s.w.t  kurniakan  digunakan  untuk  meringankan beban  saudara saudaranya  yang  beriman.  Mereka  mengutamakan  orang  yang beriman  daripada  orang  yang  tidak  nyata  imannya  atau  yang  nyata  kekufuran  dan kemunafikannya.  Keselamatan  iman  adalah  apabila  ia  dipertahankan  daripada dicerobohi  oleh  kekufuran  dan  kemunafikan.  Akal  mengenali  kekufuran  melalui tanda tanda  yang  diceritakan  oleh  ayat-ayat  alQuran.  Hati  mengenali  kekufuran melalui Nur Ilahi yang  membuka  kekufuran  dan  kemunafi kan  itu  kepadanya.

Nur  kurniaan  Allah  s.w.t  yang  menjadi  daya  dan  upaya  hati  seterusnya  mempunyai kekuatan  untuk  mengawal  pancaindera  orang  yang  beriman  itu.  Setiap  anggota digunakan  untuk berbakti  kepada  Allah  s.w.t,  enggan  ia  berbuat  maksiat.  Orang  yan beriman  tekun  berbuat  ibadat,  mencari  kurniaan  dan  keredoaan Nya.

Nur yang dalam rahsia hati itu memancar sinarnya sehingga kelihatan pada orang yang berkenaan. Jika  perasaan  yang  bersembunyi  dalam  hati, seperti marah dan riak, boleh ketara pada wajah, sinaran cahaya nur lebih kuat lagi berbekas pada wajah.

" Barangsiapa  yang  jernih  dalam  batinnya, akan  diperbaiki  Allah  apa  yang  nyata  pada wajahnya. (ucapan Umar Al-Khatab).

Kesucian  hati  seseorang  memancarkan  cahaya  yang  dapat  ditangkap  oleh  cermin hati  orang  lain  yang  bersih.  Apabila  cahaya  iman  berjumpa  dengan  cermin  hati  orang yang  beriman  akan  lahirlah  rasa  persaudaraan  muslim  yang  sejati.  Persaudaraan yang begini  tidak  ada  kepentingan  diri  dan  tidak  ada  perlumbaan  untuk  menduduki tempat  yang  lebih  tinggi.  Mereka  saling  bantu  membantu  dalam  melakukan pengabdian  kepada  Allah  s.w.t.

Allah  s.w.t  menentukan bahwa yang  tersembunyi  dalam  hati  mengeluarkan  tanda ada  zahir.  Dalam  banyak  perkara  Allah  s.w.t  menjelaskan  tanda melalui  wahyuNya.  Tuhan  Yang  Maha  Pemurah  berbuat  demikian  agar  orang  yang beriman  tidak  tertipu  oleh  kemanisan  bahasa  kemunafikan  dan  kekufuran. Mempertahankan  iman  daripada  kemunafikan  dan  kekufuran  adalah  satu  jihad  yang besar.  Manusia  tidak  berdaya  berbuat  demikian  tanpa  pertolongan  Allah  s.w.t. Apabila  Allah  s.w.t  memberi  pertolongan  dengan  menunjukkan  tanda-tanda  sesuatu, ambillah  manfaat  daripadanya.

#nukilanhatiku

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.