Rabu, 22 Julai 2015

HADIS 2

Daripada Saiyidina 'Umar juga,  r.a.  beliau  berkata:

Ketika  kami  sedang  duduk  di  sisi  Rasulullah  SAW pada suatu  hari, tiba-tiba muncul di  hadapan kami seorang  lelaki  yang  memakai pakaian  yang  sangat  putih,  berambut  sangat  hitam,  yang  tidak  ternampak pada  dirinya  kesan-kesan tanda  musafir dan tidak seorangpun di  kalangan  kami  yang  mengenalinya. Lalu  dia duduk  menghampiri  Nabi  SAW  lalu disandarkan  kedua-dua  lututnya  ke  lutut Baginda  dan meletakkan  dua  tapak tangannya atas  dua  paha Baginda seraya  berkata:

Wahai Muhammad!  Terangkan kepadaku tentang lslam.  Lalu Rasulullah  SAW  bersabda: lslam  itu bahawa engkau  naik saksi  bahawa tiada  Tuhan  melainkan  Allah dan  bahawa Muhammad  itu utusan  Allah, (dan  bahawa)  engkau mendirikan  sembahyang,  mengeluarkan  zakat,  berpuasa di  bulan Ramadhan,  menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah)  sekiranya engkau  berkuasa  mengerjakannya.  Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau.

Maka  kamipun  merasa  hairan  kepadanya,  dia  yang  bertanya  dia  pula  yang  membenarkannya. Dia bertanya:  Terangkan  kepadaku  tentang  lman. Baginda bersabda:  (lman  itu  ialah)  bahawa  engkau percaya kepada Allah, para  MalaikatNya,  kitab-kitabNya, para  RasulNya,  hari  Qiamat  dan  bahawa engkau  percaya  kepada Qadar baik dan  buruk.  Lelaki  itu  berkata:  Benarlah  engkau.  Dia  berkata  lagi:

Terangkanlah  kepadaku  tentang Ehsan.  Baginda  bersabda: Ehsan  itu  ialah  bahawa  engkau  menyembah Allah  seolah-olah  engkau  melihatNya. Sekiranya engkau  tidak  dapat melihatnya, maka   sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki  itu  bertanya  lagi:  Terangkan  kepadaku  tentang  Qiamat.  Baginda bersabda: Orang  yang  ditanya  tentang  Qiamat  tidaklah lebih  mengetahui  daripada  orang yang  bertanya.  Lelaki  itu berkata:  Maka terangkanlah  kepadaku  tentang tanda-tandanya. Baginda  bersabda:  (Antara  tanda-tandanya  ialah)  apabila seorang  hamba perempuan  melahirkan  tuannya  dan  apabila engkau  melihat orang-orang  miskin  yang  berkaki ayam,  tidak  berpakaian  dan  papa  kedana  yang  hanya  menjadi pengembala  kambing  berlumba-lumba  membina  bangunan  (iaitu  bertukar menjadi  kaya-raya).

Kemudian  lelaki  itu  berlalu,  lalu  aku terdiam  sebentar. Kemudian  Baginda  bertanya:  Wahai 'Umar! Adakah  engkau  tahu  siapa lelaki  yang  bertanya  itu?  Aku berkata:  Allah  dan RasulNya  lebih mengetahui. Baginda  bersabda: Sesungguhnya  dia  adalah  Malaikat Jibril  yang  datang  kepada  kamu untuk mengajar  kamu  tentang agama  kamu.

Pengajaran  hadis:

Agama  lslam adalah  agama  yang  datang  dari Allah.  Oleh  itu  ia  dipanggil  agama  samawie  atau  bersifat Rabbaanie,  iaitu  bersumberkan  wahyu  dari  langit yang  diturunkan  melalui malaikat  Jibril. la  bukanlah agama  ciptaan  akal  manusia  yang  cetek,  kerana  itu  ia  amat sesuai  untuk seluruh  umat manusia  di  setiap tempat dan  zaman.

Hadis ini menerangkan tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan.

Rukun  lslam  lima  perkara iaitu  mengucap  dua  kalimah  syahadah,  mendirikan  sembahyang  lima waktu,  membayar  zakat,  berpuasa  di  bulan  Ramadhan  dan mengerjakan haji di  Baitullahilharam.

Rukun  lman  enam  perkara  iaitu  percaya  atau  beriman  kepada  Allah,  para  malaikat,  kitab-kitab,  para Rasul, hari  Qiamat  dan beriman dengan  qadar baik dan buruk datang  dari  Allah.

Kesempurnaan seorang mukmin  akan  tercapai  apabila  dia  menunaikan  segala  rukun  lslam, menyempurnakan  tuntutan rukun  iman  dan  sifat ehsan. lslam  tidak  sempurna  kalau  hanya  diambil dari segi zahir  sahaja,  atau  batin sahaja  atau  aspek  kerohanian  semata-mata.  Kesempurnaan  lslam  hanya akan  terserlah  apabila  diamalkan keseluruhannya.

llmu  dalam  lslam  mestilah dipelajari  secara berguru dan  berdasarkan panduan yang  betul.  llmu  agama tidak boleh  dipelajari  melalui  mimpi dan  sebagainya.

Seorang murid mestilah  mempunyai adab-adab  yang tinggi  sebagaimana  beradabnya Jibril  ketika datang  mengadap  Rasulullah  SAW  untuk  bertanya  beberapa  soalan  agama.  Demikian  juga seorang guru  mestilah  mempunyai  adab  yang  tinggi. Dia sewajibnya  hanya  mengajar atau  menjawab  soalan yang  diketahui  dan  meninggalkan  apa yang dia tidak  tahu.  ltu  adalah  tanda wara'   para  ulama dan  orang berilmu.

Hari qiamat adalah  peristiwa besar  yang  menjadi  salah  satu  rukun  lman. Tiada seorang  manusiapun yang  tahu  bila  ia akan  berlaku,  walaupun  Rasulullah  SAW. la adalah  sebahagian  dari ilmu  ghaib  yang tidak  diketahui  kecuali  oleh  Allah  SWT.  Sesiapa  yang  mengaku  tahu  bila  berlaku qiamat  atau mengetahui  ilmu  ghaib, maka  dia adalah  seorang  penipu  besar.

Walaupun  tarikh  qiamat  tidak  diketahui,  namun  ada beberapa tanda  yang  menunjukkan  ia  hampir  tiba, antaranya ialah  terjadi  peristiwa seorang  ibu melahirkan  tuannya  atau  bossnya  sendiri,  yang  menjadi hamba  kepada  anaknya. Di akhir zaman  juga  berlaku  peristiwa  si-miskin  yang  papa  merempat  bertukar menjadi  hartawan  yang  kaya  raya.

#nukilanhatiku

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.