Rabu, 22 Julai 2015

HADIS 1

Daripada  Amirul Mukminin  Abu Hafsin 'Umar ibn  al-Katthab  r.a.  beliau  berkata:  Aku  mendengar Rasulullah SAW  bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap  amalan  itu bergantung  kepada  niat,  dan  bahawa  sesungguhnya  bagi  setiap orang  apa yang dia  niatkan.  Barangsiapa  yang  hijrahnya  menuju kepada  Allah dan  RasulNya,  maka hijrahnya kepada Allah dan  RasulNya. Barangsiapa  yang  hijrahnya  kerana  dunia  yang  dia  mahu mencari habuannya,  atau  kerana  seorang  perempuan yang  dia  mahu kahwininya, maka  hijrahnya ke arah  perkara yang  ditujuinya  itu. "

Antara pengajaran hadis:

Niat  adalah  teras segala  amalan. Amalan  baik  mesti  disertakan  niat  yang  baik.  Amalan  yang  buruk  atau amalan  yang  baik  tetapi  dijalankan  tidak  mengikut  aturan  syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun  dilakukan  dengan  niat  yang  baik.  Demikian  juga  amalan  baik  jika  diniatkan  bukan  kerana Allah,  seumpama  kerana  riya',  menunjuk-nunjuk  atau  kerana  suatu  tujuan  duniawi,  maka  ia  tidak memberikan  apa-apa  faedah.

Ulama  ada  berkata:  Boleh jadi suatu amalan  kecil menjadi besar  kerana  niat  dan suatu amalan  yang besar  menjadi kecil kerana  niat.  Sesuatu  amalan  dibalas  berdasarkan  niat  pelakunya.

Hijrah  adalah  suatu peristiwa  besar dalam  lslam  di mana  umat lslam  diperintahkan  berhijrah.  Sesiapa yang  berhijrah  kerana  Allah  dan  RasulNya, dia  akan  dikurniakan pahala besar,  sebaliknya  jika kerana dunia atau  perempuan, maka dia  hanya  mendapat  apa  yang  diniatkannya.

Walaupun  hijrah  sudah  tiada  lagi,  namun hijrah  dengan  makna  meninggalkan  maksiat  kepada melakukan  taat,  ia juga  dianggap  hijrah  yang  akan  dikurniakan  pahala.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.