ISTILAH DIRI
1. Diri Terdiri (Jasmani)
2. Diri Terperi (Yang terdiri dari Roh, Akal, dan Nafsu) atau di namakan juga Ruhul Yaqazah
3. Diri Sebenar Diri (Yang terdiri dari istilah Insan) atau di kenali juga sebagai Ruhul Hayat
4, Diri Tajalli yang berpaksi kepada sifat Kamal
1. DIRI TERDIRI Diri ini membawa kepada maksud diri jasmani, perkataan TERDIRI ini menunjukkan bahawa jasmani itu terdiri daripada apa asal usul kejadian awal dan selepasnya ia juga bererti bahawa jasmani manusia itu TERDIRI dari apa serta mengapa ia di ciptakan oleh Tuhan Diri ini mula di ciptakan oleh Allah di mulai ilmunya daripada sejarah ADAM a.s di syurga Khuldi (Jannatul Khuldi) Anasir awalnya daripada tanah yang di perintahkan oleh Allah malaikat mengambilnya yang mana tanah pilihan ini mengandungi air,api dan juga angin dan selepasnya diri terdiri ini di jadikan pula dari unsur jenerasi kedua iaitu dari wadi,wazi, mani dan juga maknikam iaitu benih Hawa dan juga Adam Ilmu ini adalah ilmu kajian para doktor (Anatomi) Yang mana ilmu ini memakan masa yang agak lama untuk di pelajari dan di selidiki sehingga mereka memperoleh kepakaran dalam bidang kedoktoran dan sehingga zaman ini belum lagi para doktor berpuas hati di dalam kajiannya Diri TERDIRI ini secara rengkasnya adalah terdiri dari apa juga yang terdapat pada sebatang tubuh manusia sama ada di luar jasmani ataupun di dalam jasmani, ertinya sebatang tubuh manusia yang TERDIRI dari kepala, tangan, badan, kaki, kulit,daging, rambut, urat, jantina dan lainnya Diri ini jugalah yang di maksudkan oleh Allah di dalam al quran sebagai
Maksudnya: Pada hari itu manusia di beritahu akan apa yang ia telah lakukan dan apa yang ia telah tinggalkan, bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun ia memberikan alasan-alasan (Untuk membela diri) ( Al Qiyamah 13,14 dan 15)
Ayat yang di atas menunjukkan secara jelas bahawa diri terdiri ini telah di tentukan oleh Allah untuk menjadi saksi kepada segala perbuatan dirinya, ini bererti ada diri yang sebenar yang bersoal jawab dengan Tuhannya sementara jasadnya tetaplah menjadi saksi, siapakah diri ini ? Diri inilah yang di maksudkan diri TERPERI Dan diri inilah juga yang di terangkan oleh Allah sebagai : (Tuhan yang telah mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (Dengan tujuan yang kerananya di adakan anggota itu) serta menjadikan (benaan tubuhmu) sama padan dengan kekuatannya (Surah Infitar ayat 7) Jelas sekali ayat ini menujukkan bahawa tujuan Allah menjadikan jasad (Diri Terdiri) ini dengan tujuan kerananya iaitu kerana diri Terperi yang kekuatannya adalah lebih kuat dari diri jasmani akan tetapi di sebabkan asal usul bahan diri TERDIRI ini di jadikan dari sumber tanah, air, api dan juga angin yang kemudiannya dari bahan wadi, wazi, mani dan juga maknikam maka ia di anggap sebagai bahan daya tahan atau cooling system maka mampulah diri TERPERI itu tinggal di dalamnya dan diri TERDIRI inilah yang dapat dan mampu memperlihatkan Afal daripada Allah
2. DIRI TERPERI Istilah diri TERPERI adalah melibatkan ilmu yang berkaitan dengan perkara Kerohanian, asal ilmu ini di petik dari istilah Rohani yang mengandungi anasir roh,akal,nafsu dan juga nyawa, apa bila Rohani itu di bahagikan kepada dua maka ujudlah istilah Ruhul Yaqazah dan Ruhul Hayat, Ruhul Yaqazah mengandungi anasir roh,akal dan juga nafsu sementara ruhul hayat mengandungi anasir nyawa sahaja Ruhul Yaqazah inilah yang di kenali sebagai diri TERPERI, diri ini di sebut TERPERI adalah kerana ia memiliki keupayaan yang tidak ada tolak bandingnya, ertinya tidak terperi keupayaannya,kehendak dan juga ilmunya, asal usulnya daripada sifat maani iaitu sifat qudrat,Iradat dan juga Ilmu, dari qudrat ujud roh, dari Iradat ujud nafsu dan dari ilmu ujud Akal, semua ini perlu di pelajari dari ilmu sifat 20 tanpanya adalah sukar untuk di fahami Di dalam al quran cerita Ruhul Yaqazah atau diri TERPERI ini kita boleh memahaminya melalui surah Al An am ayat 60 FirmanNya:…
Maksudnya: ''Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) untuk di sempurnakan ajal yang telah di tetapkan, kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang telah kamu lakukan''
Ayat yang di atas menunjukkan bahawa kamu itu adalah kamu diri TERPERI iaitu apabila kita di tidurkan oleh Allah maka roh, akal dan nafsu keluar dari jasad, yang tinggal hanyalah jasad dan juga nyawa, andainya nyawapun keluar maka ia di namakan mati Allah berfirman lagi dalam surah Az Z umar ayat 42Maksudnya: ''Allahlah yang menguasai segala-galanya, Dia mengambil dan memisahkan satu-satunya jiwa dari badan, jiwa yang orang sampai ajalnya, dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidurnya, kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetap kan matinya dan melepaskan kembali jiwa yang lain kebadannya, sehingga sampai ajal yang di tentukan sesungguhnya yang demikian itu tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir''.
Ayat yang di atas menerangkan semua perkara diri di tahan oleh Allah atas fitrah kehendakNya sama ada Dia tahan atau Dia lepaskan jiwa-jiwa atau di hukum mati dalam tidur atau menahan jiwa yang terhukum mati dan melepaskan kembali jiwa ke badan sehingga sampai ajal, ertinya semasa orang tidur Allah tahan Ruhul Yaqazah, sementara Ruhul Hayat tetap dengan jasad, apabila Ruhul Yaqazah di lepaskan kembali ke badan maka terjagalah manusia itu, ini juga bermaksud bahawa Ruhul Yaqaz ah (diri TERPERI) itu bermaksud Roh yang menjagakan manusia, ertinya apabila roh,akal dan juga nafsu keluar maka manusia tidur dan apabila di lepaskan balik pada jasad maka manusia terjaga Untuk memahamkan lagi konsep diri TERPERI ini maka di sini di terangkan dengan tafsiran ijtihad ulama mengatakan bahawa
Bi anna fi kulli jasadi ruhaini ihuda huma ruhul yaqazatillati ajrallahul adata bi an naha iza kanat fil jasadi kanal insanu mustaiqizon fa iza kho rajat minhu nama wa roo at til kal ruhul mana mati, wal ukhro ruhul haayatallati aj rollahul adaata bi annaha iza kaanat fil jasadi kana hayyan faiza faroqot hu mata wa hatanir ruhaani fi batinil insaani la yu rofu maqor ruhuma illa man at lamahull ahu ala zalik
Maksudnya: Bahawa setiap jasad itu ada dua jenis roh, salah satu dari keduanya ialah Ruhul Yaqazah, yang di alirkan oleh Allah adat. jika ia berada pada jasad, jadilah manusia itu jaga (sedar) Maka apabila ia keluar daripada jasad, maka tidurlah manusia dan melihatlah roh (diri TERPERI) itu akan mimpi-mimpi, sementara ruhul hayat yang di alirkan olehNya adat jika ia berada dalam satu jasad maka jadilah jasad hidup, apabila ia berpisah dari badan maka matilah manusia, dan kedua jenis roh ini berada dalam jasad manusia yang tidak di ketahui tempat ketetapannya melainkan orang yang di perlihatkan oleh Allah kepadanya atas yang demikian itu Lebih jelas lagi ilmu diri TERPERI ini jika kita boleh faham ilmu IFTIQAR pada bab sifat qahar iaitu sifat qudrat,Iradat,Imu dan sifat hayat, yang mana sifat ini lazim melazimi dengan sifat Maanawiyah (Qadirun, Maridun, Alimun dan juga Hayyun) dan satu sifat Salbiyah (Sifat Kamal) yang menguasai sifat qahar yang menyebabkan semua kuasa ini di tangani oleh Ke Esaan Allah semata-mata yang menghasilkan maksud ayat At Takwir ayat 29, Ash Shafat 96, Al An am 61, Al Baroah 51 dan banyak ayat lagi Ilmu diri TERPERI inilah yang menyebabkan manusia menanggung azab dan sangsara kerana disana ujudnya roh, akal dan juga nafsu yang menyebabkan manusia hanyut dalam ilmu akidah dan perhubungannya dengan Tuhan Yang Maha Esa, sebaiknya berjumpalah guru yang arif tentang ilmu ini Dengan memahami ilmu diri TERPERI ini juga maka kenallah kita akan maksud Ammar Rabbi yang tertakluk di bawah takdir Tuhan atau ilmu yang di namakan qadha dan qadar, ilmu ini sangat luas, ia perlu di pelajari dengan berpandukan al quran dan hadis nabi s.a.w dan ilmu inilah yang di kuasai oleh Saidina Ali r.a yang di muatkan oleh Yusuf Al Qardawi di dalam kitab khutbahnya.
Awas kepada yang mempelajari ilmu diri TERPERI ini juga harus di peringatkan supaya jangan mengamalkan fahaman Jabariah, yang sebaiknya kita perlu merujuk ayat-ayat jabariah sehingga ia dibawa kepada fahaman ahli Sunnah Wal Jamaah kerana tugas kita sebagai khalifah di bumi ini tertunai dengan sebaiknya
3. DIRI SEBENAR DIRI Diri ini di kenali sebagai Insan atau Ruhul Hayat, sebenarnya diri sebenar diri ini istilahnya sangat banyak ia terpulang kepada individu bagaimana pengetahuan ini di pelajari oleh peminatnya, walau bagaimanapun istilah yang paling mirip mengikut al quran perlu di utamakan kerana tiada keraguan orang ramai untuk menerima ilmu ini, bagi pengarang saya lebih mirip kepada 3 istilah diri sebenar diri iaitu Insan, Ruhul Hayat dan juga Nur Muhammad, sekalipun ianya saya utarakan 3 nama akan tetapi ia tetaplah satu Insan ini di sebut oleh Allah di dalam al quran sebagai (Sesungguhnya Kami telah jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian) At-Tin 4, mungkin Insan yang di fahami oleh orang awam berbeza dengan orang khusus, orang awam memahami Insan itu sebagai manusia pada maksud keseluruhannya akan tetapi mengikut fahaman orang khusus Insan itu adalah Diri batin yang mengawal seluruh istilah diri Diri ini di kira sangat seni dan tidak menanggung dosa kerana diri ini tidak di sertai sesuatu yang mencemarkan martabatnya dari sempurna dan diri inilah yang di maksudkan (Barang siapa yang mengenal dirinya maka ia mengenal Tuhannya) diri ini juga yang bertaraf Sirullah atau rahsia Allah kerana ke sempurnaannya di kaitkan untuk tangga mengenal Allah yang menjadikan seluruh alam dan keadaannya tidak menyerupa apa jugapun.
Mungkin ada di antara kita yang keliru tentang Insan yang tidak menyerupai apa jugapun seolah-olah sama dengan keadan Tuhan iaitu LAISA KAMISLI SYAI UN namun di sini kita perlu terangkan supaya orang yang membaca kitab ini tidak tersesat dengan mengemukakan hujah al quran yang di petik dari surah An Nahl ayat 17 ( Kalau sudah begitu adakah Allah yang menciptakan (Zat yang menjadikan) semua itu sama seperti makhluk (zat yang tidak menjadikan) yang tidak menciptak sesuatu? Maka patutkah kamu lalai kerana tidak mahu memikirkannya ? ) Ayat An Nahl 17 di atas menerangkan bahawa di antara Zat Allah dan Zat manusia adalah tidak sama kerana Zat Allah ada sifat keagunganNya ( sifat Salbiyah) yang tidak ada permulaan dan akhirnya sementara zat Manusia ada awal kejadiannya, ini bererti ianya makhluk yang bertaraf zat yang di jadikan oleh Allah dan manusia perlu melihat ke dalam diri mereka sendiri, kerana itu Allah suruh manusia berfikir “Dan di dalam diri kamu itu tidakkah kamu perhatikan ?
Sesungguhnya Insan ini anasirnya daripada nafas, nufus, ampas dan juga tanafas dan ialah yang menjadi rahsia kepada mengenal ujudnya Zat Allah sebab itu di kata kan Al Insani sirri wa ana sirrohu dan diri inilah yang di sebut oleh Allah di dalam Al quransebagai (Dan Dia beserta kamu di mana saja kamu berada) Al-Hadid 4 dan banyak lagi ayat yang menyatakan bahawa Dia adalah beserta manusia dan juga hampir di antaranya ayat Al Baqarah 186, Surah Qaaf 16.
Petikan dari Sahabat FB.

0 ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.