Selasa, 28 Julai 2015

TPM DI PECAT

Sejarah tercipta lagi di zaman pemerintahan DS Najib dengan memecat Timbalan Perdana Menteri yang merupakan pembantu beliau. Dengan berbagai sejarah yang di cipta seperti GST, 1MDB, MH370 dan banyak lagi skandal politik, beliau mengambil langkah drastik dengan memecat TSMY dengan berbagai alasan.

Alasan yang paling ketara apabila tiada persamaan mengenai isu 1MDB apabila TSMY membuat kenyataan yang tidak selari dengan beliau. Banyak lagi isu-isu yang tidak selari dari orang no.2 ini dengan ketuanya. Malah bukan hanya TSMY sahaja malah semua menteri yang tidak sealiran dengan beliau di gugurkan dengan alasan bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan. Persoalan yang besar di sini adakah rakyat berasa yakin dengan tindakan DS Najib ini?

Adakah rakyat melihat ini satu tindakan yang tepat apabila isu-isu semasa masih lagi belum selesai dengan memutar belitkan kenyataan-kenyataan bagi menutup kelemahan pentadbiran beliau. Adakah rakyat melihat dan merasakan kedudukan DS Najib telah tergugat dengan kenyataan TSMY yang berlawanan arus dengan beliau dan dengan melucutkan jawatan adalah perkara yang betul bagi menutup segala kelemahannya. Perlantikan menteri-menteri baru yang mengantikan yang sebelum ini adalah jelas mereka yang selama ini mempertahankan segala keputusan DS Najib dan yang akan menjadi perisai hadapan menangkis segala fitnah dan tomahan. Menghalalkan segala keputusan Najib dari soal pembelian kapal terbang, pengeluaran duit 1MDB keluar negara dengan jumlah yang besar, kemasukan duit ke dalam akaun persendirian Rosmah dan banyak lagi isu-isu yang di bangkitkan oleh rakyat. Mereka-mereka inilah yang akan merosakan UMNO demi kepentingan diri sendiri.

Pengundi tidak lagi melihat hasil siasatan 1MDB kerana tahu akan memihak kepada DS Najib dengan percaturan yang licik. Rakyat tidak akan menerima dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan di sebabkan GST akan memakmurkan rakyat. Rakyat tidak dapat menerima kehilangan MH370 yang mereka tahu dengan teknologi yang serba canggih kapal terbang sebesar itu tidak di jumpai. Rakyat tidak menerima apa sahaja alasan yang pengampu katakan mengenai pembelian kapal terbang peribadi sedangkan rakyat bergelut dengan cukai yang membebankan.

Bagaimana rakyat akan yakin dengan UMNO dan kerajaan sekarang dengan berbagai onar yang di lakukan oleh Perdana Menteri. Penindasan secara sistematik terhadap rakyat akan membuatkan rakyat akan menolak kerajaan UMNO dalam PRU yang akan datang. Golongan muda akan terus menolak di sebabkan mereka mendapat info yang luaskan dengan teknologi masa kini. Malah Generasi X pun sudah mula tidak mempercayai dengan kepimpinan DS Najib sekarang.

Segalanya akan di terjemahkan dalam PRU yang akan datang. Rakyat akan menunjukan kuasa mereka yang sebenarnya. Kuasa yang lagi hebat dan tegas dalam menetukan pemimpin mereka yang akan datang. Kuasa yang tidak sehebat DS Najib melucutkan jawatan TSMY dan menteri-menteri yang di anggap menentang beliau. Ahli-ahli UMNO akan sedar bahawa selama ini mereka di perbodohkan oleh ketua mereka. Sesuatu perlu di lakukan demi menyelamatkan UMNO dari golongan ini.

#nukilanhatiku

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.