Rabu, 29 Julai 2015

HADIS 6

Daripada Abu  Abdullah  al-Nu'man  ibn  Basyer  r.a.  ﺎﻤﻬﻨﻋ  ﷲا  ﻲﺿر  beliau  berkata:  Aku telah mendengar Rasulullah SAW  bersabda:

Sesungguhnya perkara yang  halal  itu  terang  jelas,  dan  sesungguhnya perkara yang  haram  itu  terang jelas, dan di  antara kedua  perkara tersebut ada perkara-perkara  syubhat  yang  kesamaran  yang kebanyakan  orang  tidak  mengetahuinya.  Barangsiapa  yang  menjaga  perkara syubhat maka sesungguhnya dia  telah  membersihkan  agamanya  dan  maruah  dirinya.  Dan  barangsiapa  yang  terjatuh dalam  perkara  syubhat,  maka dia  telah  jatuh dalam  perkara  haram,  umpama  seorang  pengembala  yang mengembala  di  sekeliling kawasan  larangan,  dibimbangi dia  akan  menceroboh  masuk ke  dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap  raja ada  sempadan  dan  sesungguhnya  sempadan  Allah itu  ialah perkaraperkara yang  diharamkanNya. 

Ketahuilah  bahawa dalam  setiap  jasad  itu  ada seketul  daging yang apabila  ia  baik  maka  baiklah seluruh jasad  dan  apabila ia  rosak,  maka  rosaklah  seluruh jasad. Ketahuilah  ia  adalah  hati.

Pengajaran  hadis:

Seseorang mukmin  mestilah cuba mengenali  dan  mempelajari  perkara  halal  dan  haram   seterusnya melakukan yang  halal  dan  meninggalkan  yang  haram  demi  menjaga  kemuliaan  agamanya.  

Perkara  yang kesamaran,  yang belum  jelas halal  haramnya  adalah  perkara  syubhat yang  mesti dijauhi, demi  menjaga  maruah  diri dan keheningan  agama.

Sempadan  murka dan  redha  Allah  SWT ialah perkara haram.  Sesiapa yang  melewati  garisan dan terjebak  melakukan  perkara  haram,  maka  dia  telah melewati  sempadan  kemurkaan Allah.

Hati  adalah  raja  segala  anggota  yang  mesti dipastikan  keelokannya  dan kebersihannya  justeru kerosakan  dan  kemusnahannya  akan  merosakkan  dan  memusnahkan  seluruhan  anggota badan  yang lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.