Rabu, 15 Julai 2015

LOW YAT PLAZA

Kejadian baru-baru ini di Plaza Low Yat yang terkenal dengan pusat jualan komputer dan gudget di Kuala Lumpur telah membuka mata perbagai pihak. Pergaduhan besar-besaran antara dua kumpulan pembeli dan penjual, melayu dan cina telah menimbulkan berbagai isu. Antara isu yang hangat adalah barang tiruan yang di jual di Plaza Low Yat ini yang selama ini kita selalu dengar dan pihak berkuasa tidak pernah mengambil langkah untuk membuat pemeriksaan dan serbuan bagi melindungi pengguna.

KPDNK tidak pernah menjalankan siasatan dan pemeriksaan setiap aduan yang di sampai dan di salurkan kepada mereka. Apa yang lebih penting bagi mereka adalah perlaksanaan GST dan menekan peniaga dan pengguna dengan kenaikan harga barang yang melampau. Sikap pilih kasih dalam melaksanakan tanggung jawab KPDNK telah menyebabkan pengguna menjadi mangsa.

Isu yang menjadi penting dan hangat adalah isu perkauman yan masih lagi menebal di dalam masyarakat Malaysia. Kelemahan kerajaan dalam melaksanakan 1Malaysia sebagai agenda nasional tidak berjaya dan malah satu pembaziran. Rakyat tidak nampak satu program dan perlaksanaan dalam menjadikan 1Malaysia berjaya selagi masih terdapat SRJK Cina, SRJK India dan Sekolah Kebangsaan di peringkat akar umbi. Ini amat jelas apabila berlaku sesuatu provokasi dan pertengkaran maka terpancul la bangsa di mulut masing-masing sehingga kan menimbulkan kemarahan dan menyebabkan pergaduhan yang besar seperti Di Plaza Low Yat baru-baru ini.

Tindakan pihak polis dalam menghadapi situasi bergini adalah amat lemah sekali. IGP mengeluarkan kenyataan yang tidak konsisten dan lemah hingga menunjukan kelemahan pihak polis apabila ramai yang mempertikaikan kenyataan beliau. Menuduh dan menjatuhkan hukuman keatas  tertuduh sebelum di bicarakan telah menunjukan kebodohan IGP dalam membuat kenyataan. Mengapa pihak polis begitu lemah dan tidak bermaya dalam melaksanakan tanggung jawab melindungi rakyat.

Seperkara yang kita sedar bahawa menteri-menteri berdiam diri dan membisu dalam soal yang berlaku di Plaza Low yat ini. PM Najib memberi kenyataan bahawa kejadian ini bukan di lihat soal perkauman tetapi jenayah. Mana mungkin bukan perkauman sedangkan bangsa melayu di tipu oleh mereka dalam urusan jual beli. Mereka mencaci dan menghina bangsa melayu dalam pertengkaran itu sehingga kan orang melayu bangkit dan mengambil tindakan sendiri. Najib ni buta atau bangang di sebabkan banyak sangat makan duit rakyat ke sehingga mengeluarkan kenyataan seperti itu.

#nukilanhatiku

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.