Rabu, 12 November 2014

JALAN HAKIKAT


Adapun cara hakikat ini adalah suatu cara menyelami dan mengenali diri sendiri, yang merupakan satu-satu jalan ke arah makrifat diri dengan Allah s.w.t dan ianya adalah juga merupakan jalan yang dilalui oleh wali-wali Allah, ariffinbillah dan para-para Aulia.

Mereka yang menjalani ilmu hakikat ini akan berikthiar dengan tekun dan tabah untuk merapatkan dirinya dengan Allah, dengan cara membongkar, menyelidik dan menyaksikan rahsia sendiri iaitu rahsia Allah yang ditanggung oleh dirinya dan berusaha membentuk dirinya menjadi manusia kamil milkamil.

Bagi mereka yang hendak menuju kehadrat Allah dngan jalan hakiki ini maka hendaklah mereka terlebih dahulu menjalani cara tarikat dan berjaya pula membersihkan dirinya dari segala bentuk syirik kepada Allah Taala.

Mereka hendaklah menjalani perguruan dengan guru-guru hakiki dan makrifat serta mursyid yang mempunyai pengetahuan yang luas serta mencapai pula ketahap mertabatnya.

Disamping itu, orang-orang hakiki haruslah pula mendapat didikan secara terperinci dari guru-guru ghaib, yang terdiri daripada wali-wali Allah yang teragung, nabi-nabi dan rasul-rasul.

Guru-guru ghib ini aan mengajar seseorang itu di samping guru zahir yang mursyid yang melatih mereka menjalani alam ilmu hakiki.

Guru-guru ghaib akan mengajar mereka ilmu hakiki melalui LADUNI, Untuk pengetahuan lebih jelas bertanyalah dengan guru-guru hakiki, makrifat lagi mursyid.

Dengan menjalani hakiki maka manusia tersebut akan mencapai ke suatu tahap tinggi disisi Allah s.w.t dan sesungguhnya bebahagialah orang-orang hakiki yang mencapai mertabatnya dan dapatlah mereka duduk disisi Allah di dunia da akhirat.

Orang-orang hakiki yang sampai mertabatnya bukan saja mulia disisi Allahm tetapi ianya juga akan mendapat kemuliaan di kalangan masyarakat dan dipuja oleh masyarakat di sepanjang hayatnya.

Adalah perlu ditegaskan disini bahwa matlamat akhir pengajian Hakikat adalah untuk menjadi Allah pada zahir dan batin yakni pada diri zahir dan diri batin pada martabat kemuliaan insan kamil-mulkamil. Tiada sesuatu pun pada dirinya kecuali Allah semata-mata.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.