Rabu, 12 November 2014

JALAN MAKRIFAT


Jalan makrifat ini adalah suatu jalan yang pernah dilalui dan dialami oleh para wali Allah yang agung. Para-par ariffinbillah dan para-para aulia, nabi dan rasul

Seseorang yang ingin menuju ke jalan marifat kepada Allah ini haruslah terlebih dahulu menjalani latihn pada peringkat jalan hakiki kerana jalan hakiki adalah merupakan persambungan jalan ke jalan makrifat.

Orang-orang makrifat akan mengcungkil segala rahsia alam maya. Samada pada alam saghir ataupun pada alam kabir. Malahan mereka meneroka mengenal diri rahsia Allah Taala itu sendiri.

Bagi mereka yang menjalani jalan makrifat, mereka diasuh bukan sahaja oleh guru zahir, hakiki lagi makrifat, guru-guru ghaib yang terdiri wali-wali Allah, nabi-nabi dan para Rasullah malahan bagi orang-orang yang sedang menuju ke jalan makrifat ini akan di ajar sendiri oleh Tuhannya melalui guru batin iaitu rahsia Allah (diri rahsianya sendiri).

Bagi mereka yang mencapai ke peringkat makrifat ini mereka adalah manusia yang paling bertuah yang akan mendapat mertabat darjat dan kesaktian serta keredaan yang paling tinggi disisi Tuhannya dan ianya dapat pula duduk bersama Tuhannya dan diberi peluang menjelajahi tujuh petala langit, tujuh petala bumi, Arash dan Qursi, Syurga dan neraka semasa hidupnya lagi di dalam dunia ini.

Alangkah bertuahnya kita jika kita menapai mertabat tersebut dan kitalah orang tertinggi di dalam segala-gala hal pada pandangan Allah s.w.t.

Namun begitu perlulah di tegaskan secara terng-terang bahawa matlamt akhir pengajian Makrifat adalah untuk kembali semula menjadi Tuhan, pada Mertabat diri kita pada alam ghaibul-ghaib yakni Ahdah. Untuk pemahaman dan pergertian yang lebih mendalam harus bertanya kepada orang-orang Makrifat lagi mursyid.

TIADA NYATA PADA DIRIKU
HANYA DIRIMU
AKU PENANGGUNG RAHSIA
TIADA RASA BERAT DIPIKUL

KU TETAP SETIA MENJUNJUNG
AMANAHMU KU JAGA
TIADA MUNGKIN KUMUNGKIR JANJI

JANJI DIIKAT KUSIMPUL KEMAS
TIADA FORMULA MELONGGARNYA KEMBALI

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.