Sabtu, 24 April 2021

INGAT ALLAH


SENANTIASA INGAT KEPADA ALLAH SWT*

"Pesan Guru kepada Muridnya"

Murid yang sekian lama berdiam itu akhirnya membuka mulut lalu bertanya kepada Gurunya yang berada didepannya;

"Wahai Guruku... Kenapakah sangat sukar sekali untuk Aku Merasai KEWUJUDAN ALLAH swt ???"

Guru itu lalu terdiam. Selepas lamanya Beliau terdiam, lalu Beliau pun menjawab;

"Muridku, berapa kalikah matamu berkedip setiap hari ???" 

Muridnya pun menjawab;

"Minta maaf Wahai Guruku... Aku tidak sama sekali pernah membilangnya."

Lalu Guru terus bertanya kepada Muridnya;

"Selalukah matamu itu dimasuki habuk ???" 

Murid itu terus menjawab;

"Jarang sekali Wahai Guruku... Lama-lama ada la sekali. Itu pun jarang-jarang berlaku."

Guru itu lalu terdiam. Mukanya kelihatan merah padam, badannya kelihatan bergerak-gerak kemungkinan menggigil, titisan air matanya mulai kelihatan dipipinya. Lalu Guru itu pun berkata;

"Muridku, tidakkah engkau pernah tahu, matamu itu diciptakan berserta dengan bulu matanya ? Bulu mata itulah yang berfungsi untuk menghalang habuk masuk ke dalam matamu."

Guru itu berhenti sejenak dari berkata-kata. Badannnya menggigil lagi, kali ini jelas terdengar Beliau sedang menangis, sangat laju kelihatan air mata dipipinya yang mengalir.

Si Murid yang melihat Gurunya itu menangis, terus juga ikut sekali menangis. Bulu romanya mulai tegak, badannya mulai menjadi sejuk dan panas, seakan-akan akan turut Merasai apa yang Dirasai oleh Gurunya itu.

Guru itu pun menenangkan dirinya, lalu mengesat air mata dengan tangannya dan meneruskan berbicara. Lalu Guru itu berkata;

"Muridku, lihatlah betapa Kasihnya Allah swt kepada kita, iaitu Insan-InsanNya. Sedangkan habuk pun dijagaNya untuk kita supaya tidak mengganggu penglihatan kita,

Tetapi apa yang telah kita pilih untuk kita melihat ???

Kita selalu melihat dari arah yang Salah. Memandang dari jendela yang tidak betul.

Sehinggakan mata kita tidak mampu untuk Menikmati Keagungan, keESAan dan Kasih SayangNya.

Seperti juga AMALAN kita...

Hanya menjadi ritual semata-mata, telah menjadi kosong isinya. Tidak berbekas...

Sepatutnya ia menjadi Kerohanian, tetapi Semangat atau isinya itu telah HILANG ! yang tinggal hanyalah ritual semata-mata.

Kerana Ibadah itu sekadar menjadi lambang. Bukan tanda kasih seorang Insan.

Kerana itu juga Ibadah dan Amal tidak memberi kesan kepada si pengamalnya.

Kerana isinya sudah HILANG...!

Sedangkan apa yang kita buat mestilah ada berbekas. Mesti ada kesannya."

Guru itu terus menarik nafas yang panjang. Menahan dirinya dari tenggelam didalam tangisan Rindu kepada Allah swt.

Si Murid juga begitu. Melihat Gurunya yang mulai pulih sedikit dari desakan Rindu, dia kembali bertanya semula;

"Guruku... Bagaimanakah untuk Aku senantiasa INGAT kepada Allah swt ??? "

Guru itu tersenyum lalu berkata;

"Muridku, jika engkau ingin senantiasa ingat kepadaNya, maka carilah dikalangan Orang Fakir, Orang Susah, kerana apabila kita melihat kesengsaraan dan kesusahan Si Fakir, maka kita akan terus melihat KEAGUNGAN dan KASIH SAYANG ALLAH SWT.

Jarang sekali kita akan INGAT kepada Allah swt sewaktu kita berada didalam kekayaan dan kemewahan, kerana kekayaan itu terkadang melalaikan kita, mengkhayalkan kita daripada senantiasa Mengingati Allah swt.

Namun apabila kita ditimpa kesusahan, sakit, musibah. Maka disitulah tempatnya kita untuk kembali INGAT kepada Allah swt."

Guru pun terus mendiamkan diri...

Anak Murid juga turut terdiam...

Seakan bergema kalam Maulana Jalaluddin Rumi;

"Apa yang selama ini kamu cari dan anggap ada pada ranting, sebenarnya terdapat pada akarnya."

"Aku boleh hilang harta, aku boleh hilang keluarga, aku boleh hilang saudara, aku masih boleh bersabar, TETAPI aku tidak sanggup kehilangan jalan Perjuangan ini (TAUHID), ambil-lah apa sahaja milik dunia tetapi bukan Perjuangan ini(TAUHID)
(Syeh Haqqtullah)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.