Sabtu, 17 April 2021

RAHSIA SIFAT QANAAH


QANAAH membawa maksud berasa puas dengan apa yang dimilikinya.Antara yang terkandung dalam SIFAT MAHMUDAH iaitu Sifat yang terpuji kerana ianya adalah bibit bibit rasa bersyukur atas kurniaan dari Allah SWT.

Menurut Sheikh Abdul Kadir AL Jailani sifat QANAaH ini adalah benteng dan pertahanan buat diri dari sifat RAKUS ,TAMAK dan Haloba.
Tambahnya lagi dengan sifat Qana'ah ini juga merupakan 'modal' yang tidak akan habis dek kerana rasa kesyukuran terhadap pemberian ALLAH akan ditambah lagi nikmat dari sisi NYA malahan menimbulkan kesejahteraan dan ketenangan bagi hamba hamba NYA yang sentiasa bersyukur.

Seperti mana Sabda Rasulullah SAW;

"QANAAH itu adalah harta yang tidak akan hilang dan simpanan yang tidak akan lenyap".

(Hadis Riwayat At Thabrani).

Sheikh Abu Zakaria Al Ansari berkata:
"Qana'ah itu berasa cukup dengsn apa yang telah diterimanya dan memenuhi kepentingan baik berupa makanan minuman pakaian dan lain lain keperluan.

Sementara Abu Sulaiman As Darini berkata
"Qana'ah adalah merupakan bahagian dari Redha dan WARA' pula bahagian dari ZUHUD".

Ketahuilah bahawa sifat Qana'ah ini merupakan sifat yang didambakan oleh kaum Sufi.Mereka bersependapat ia mampu menghindari dan mendidik HAWA nafsu dari sifat melampaui batas mengejar nikmat dunia.

Seperti mana dalam satu petikan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA Rasulullah SAW Bersabda yang bermaksud;

"Jadilah kamu orang yang warak pasti kamu jadi orang yang banyak beribadah.Dan jadikanlah kamu orang yang QANAAH pasti kamu menjadi orang yang banyak Bersyukur".

(Hadis Riwayat BUKHARI)..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.