Di chalet ini terdapat sungai yang bersih dan nyaman untuk di nikmati. Kami sekeluarga menjalankan aktiviti sungai dengan bermain dan mandi manda. Anak-anak amat gembira bermain bersama.
Pada sebelah malam kami mengadakan aktiviti BBQ serta menyambut harijadi untuk anak-anak . Semua bergembira terutama anak-anak yang terlibat. Aizul, Qazem, Adam dan Nini meniup lilin dan menyanyi bersama. Kemeriahan dan keseronokan terpancar di wajah mereka .
Rumah hutan bonda mempunyai facilities yang menarik dan bersih untuk seisi keluarga berehat atau berkumpul bersama. Setelah berehat ke esok kan hari kami sekeluarga menuju di rumah bukit untuk merasakan ke hidupan di hutan pula.
Jam 2 petang selesai meneroka sambil makan di rumah hutan bonda. Kami bersurai dan pulang setelah berseronok bersama. Dari perjumpaan ini adalah dapat di pelajari bahawa ikatan kekeluargaan dan kasih sayang adalah amat berharga walaupun seketika bersama. Ini yang kekurangan dalam sebuah keluarga adalah komunikasi sesama sendiri.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.