Ahad, 22 April 2018

TIDAK NAMPAK ALLAH

KITA TAK NAMPAK الله ?

Bila الله sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak الله.

Bila الله berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak الله.

Bila الله bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang di ceburi.. Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak الله.

Bila الله bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dalam perniagaan/pekerjaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak الله.

Bila الله kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak الله.

Bila الله keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia di sekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak الله.

Bila الله masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak الله.

Bila الله bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak di bayar & tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak الله .

Sungguh, mata hati kita masih buta & samar.. Dek keangkuhan seorang hamba @ mungkin kotornya segumpal darah bernama hati.. Untuk melihat Maha Mencipta di sebalik kejadian.

Bukan senang untuk didik diri & hati melihat الله dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari الله hidup untuk الله & balik kepada الله.
 
Berpesan-pesanlah Pada Hati

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.