Isnin, 4 April 2016

HADIS 15

Barangsiapa  yang  beriman dengan  Allah  dan  hari  akhirat, maka  hendaklah  dia  berkata baik  atau dia diam. Barangsiapa  yang  beriman dengan  Allah dan hari  akhirat, maka  hendaklah dia  memuliakan  jiran tetangganya.  Barangsiapa yang  beriman  dengan  Allah dan hari  akhirat,  maka  hendaklah  dia memuliakan  tetamunya.

Hadis riwayat  al-lmam  al-Bukhari  dan  Muslim.

Pengajaran  hadis:

Hadis  ini menerangkan  beberapa  tuntutan  lman,  antaranya  ialah  berkata  hanya  perkara  benar  dan berfaedah,  kurang  bercakap, menghormati  jiran  tetangga  dan  memuliakan  tetamu. Seorang yang benar-benar  beriman  akan  menjaga  lidahnya  daripada  berbicara  perkara  haram  kerana  dia akan  dipersoalkan  di  hari  qiamat  nanti.  Dia  lebih  senang  diam  daripada berkata buruk  seperti mengumpat,  mengeji,  mencaci, memaki  hamun  dan mencarut.

Seorang  yang  benar-benar beriman  akan  menghormati jiran tetangga  dan tetamunya,  menyempurnakan hak  mereka  dan tidak  menyakiti  mereka. Jiran tetangga adalah  suatu golongan yang  mendapat  perhatian  besar dalam  lslam.  Hormat menghormati,  tolong  menolong  dan  hidup  berjiran  yang  muafakat  adalah  asas  keamanan,  kemajuan  dan keharmonian sesebuah  masyarakat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.