Jumaat, 4 Mac 2016

KUNCI ILMU

Antara Kunci Ilmu

Kunci Solat adalah Bersuci
Kunci Syurga adalah Tauhid 
Kunci pembuka Haji adalah Ihram Kunci Kebajikan adalah Kejujuran Kunci Ilmu adalah Bertanya @ Mendengarkan

Kunci Kemenangan adalah Kesabaran
Kunci ditambahnya Nikmat adalah Syukur
Kunci Kewalian adalah Mahabbah dan Zikir
Kunci Keberuntungan adalah Takwa

Kunci Taufik adalah Harap dan Takut kepada Allah Taala
Kunci Dikabulkan adalah Doa  Kunci keinginan terhadap Akhirat adalah Zuhud di Dunia

Kunci Keimanan adalah Tafakkur pada hal yang diperintahkan Allah keselamatan bagi-Nya, serta keikhlasan terhadap-Nya di dalam kecintaan, kebencian, melakukan, dan meninggalkan

Kunci hidupnya Hati adalah Tadabbur Al-Quran, beribadah di waktu Malam, dan meninggalkan dosa-dosa
Kunci didapatkannya Rahmat adalah Ihsan di dalam peribadatan terhadap Khaliq dan berupaya memberi manfaat kepada hamba-Nya

Kunci Rezeki adalah Usaha bersama Istighfar dan Takwa 
Kunci Kemuliaan adalah Ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya 
Kunci persiapan untuk Akhirat adalah pendeknya Angan-angan  Kunci semua Kebaikan adalah keinginan terhadap Allah dan Negeri Akhirat
Kunci semua kejelekan adalah cinta dunia dan panjangnya angan-angan

Pertanyaan Saidina Ali Bin Abu Talib Karamullahu wajhah kepada Rasulullah s.a.w (soal jawab)_

1.Ya Tuanku, Apakah Syariat, Tariqat, Hakikat, dan Makrifat itu?

Rasulullah s.a.w menjawab :
Syariat itu pada Taubat.
Tariqat itu pada Hati.
Hakikat itu pada Ruh.
Makrifat itu pada Zat Allah.

2.Ya Tuanku, Apakah Syariat, Tariqat, Hakikat, dan Makrifat itu, samakah, berlainankah amalnya?

Rasulullah s.a.w menjawab :
Asalnya orang Syariat dan Tarikat itu semata-mata mengerjakan segala pesuruh.
Amalnya Orang Hakikat itu mengesakan Zat Allah
Amalnya orang Makrifat itu tetap pada Zat Allah

3.Ya Tuanku adapun Syariat, Tariqat, Hakikat, dan Makrifat, berlainankah atau samakah nafsunya?

Rasulullah s.a.w. menjawab :
Syariat itu nafsunya, amarah, matinya hancur lebur/cerai berai
Tariqat itu nafsunya sawiyah, matinya kurus kering
Hakikat itu nafsunya lawwamah, matinya lemak gemuk putih kuning
Makrifat itu nafsunya mutmainah, matinya lenyap dalam kubur

4.Ya Tuanku, adapun Syariat, Tariqat, Hakikat, Makrifat, berlainankah atau samakah Solatnya?

Rasulullah s.a.w menjawab :
Solat orang Syariat itu kiblatnya menghadap Baitullah membara hatinya bercahaya.
Solat orang Tariqat itu membara hatinya bercahaya, kiblatnya menghadap Baitul Makmur.
Solat orang Hakikat itu kiblatnya menghadap Arsy, membara hatinya bercahaya.
Solat orang Makrifat itu kiblatnya menghadap seperti firman Allah s.w.t. didalam Al-Quran :"Barang siapa dimana kamu menghadap akan mukamu/wajahmu, atau akalmu, rohmu maka di sanalah wujud Allah bercahaya-cahaya dan imannya terang tiada sepertinya."

5.Ya Tuanku, adapun Syariat, Tariqat, Hakikat dan Makrifat, berlainankah atau samakah pekerjaannya?

Rasulullah s.a.w menjawab :
Pekerjaan Syariat itu : Mengucap Syahadah, Solat, Puasa, Zakat dan Haji.
Pekerjaan Tariqat itu : Mentasdiqkan barang yang diamalkannya
Pekerjaan Hakikat itu : Senantiasa tetap adanya dan mengesakan zat Allah Taala mengenepikan barang lainnya.
Pekerjaan Makrifat itu : Semata-mata tetap adanya dan sendirinya zat Allah Taala.

6.Ya Tuanku, adapun Syariat, Tariqat, Hakikat dan Makrifat, berlainankah atau samakah alamnya?

Rasulullah s.a.w menjawab :
Syariat itu ialah : Alamnya perjalanan Tubuh
Tariqat itu ialah : Alamnya Malakut perjalanannya Hati
Hakikat itu ialah : Alamnya Jabarut perjalanannya Ruh
Makrifat itu ialah : Alamnya Lahut perjalanannya Sir (Rahsia).

7.Ya Tuanku, adapun Syariat, Tariqat, Hakikat, Makrifat, samakah ilmunya?

Rasulullah s.a.w menjawab :
Syariat itu ialah ilmunya yakin
Tariqat itu ialah Ainul yakin
Hakikat itu ialah Haqqul yakin
Makrifat itu ialah Kamallul yakin

8.Ya Tuanku, Apakah yang empat itu sama kebangkitannya?

Rasulullah s.a.w menjawab :
Kebangkitan Syariat ialah Taubat sekalian dosa
Kebangkitan Tariqat ialah Sabar dan Redha akan qudrat Allah
Kebangkitan Hakikat ialah Syukur akan barang yang datang daripada Allah.
Kebangkitan Makrifat ialah Ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah Taala.

Penjelasan lebih lanjut mengenai lembaran ini sila rujuk kepada Guru Mursyid anda atau Orang2 yang Arif Ilmu dunia akhirat.

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammadhin Nabiyil Ummi Wa Ala Ahlihi Wasohbihi Wasallim

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.