Jumaat, 5 Februari 2016

SELAWAT

Rasulullah s.a.w bersabda
"Apabila kamu membaca selawat, maka bacalah dengan penuh
penghormatan untuk Ku"

1) KERAJAAN yang LUAS itu ialah HATI tempat segala ALAM
2) KENDERAAN itu ialah AMAL KEBAJIKAN
3) PAKAIAN yang BAIK itu ialah MALU dan BERAKHLAK
4) PELITA yang TERANG itu ialah ILMU PENGETAHUAN

Firman Allah Taala
“Dan kami telah ajarkan kepadanya (Nabi khidhir) dari sisi Kami suatu ilmu”. (Surah Al-Kahfi : Ayat 65).

Rasulullah s.a.w bersabda
”Barangsiapa yang mengamalkan Ilmu yang Ia Ketahui maka Allah akan memberikan kepadanya ilmu yang belum ia ketahui”.

Firman Allah Taala
“Katakanlah (hai Muhammad) Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan” (Surah Thoha : ayat 113).

Rasulullah s.a.w bersabda
“Andai sahaja Aku bertemu dengan saudara-saudara ku, andai sahaja Aku bertemu dengan saudara-saudara ku kerana Aku mencintai mereka" lalu Abu Bakar r.a berkata :" wahai Rasulullah! kami adalah saudara-saudara-mu" Rasulullah s.a.w menjawab : “Bukan, kalian adalah sahabat-sahabat-ku. Saudara-saudara-ku adalah mereka yang tidak pernah melihat-ku tetapi membenarkan Aku dan mencintai-ku sehingga Aku lebih dicintainya daripada anak dan orang tuanya".
(Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.