Selasa, 9 Februari 2016

JASAD

Berkata SYEIKH HAMZAH FANSURI  dalam kitab karya beliau yang berjudul  " Kitabu Ulil Amri "

Sebelum Nyawa atau Nur Muhammad dimasukkan ke dalam Jasad ,  maka Allah telah meminta agar Nur Muhammad berjanji supaya :

Pertama :   Tidak Menyengutukan Diri-Nya

Kedua :   Memulangkan Jasad kepada-Nya.

Oleh itu ,  masuk lah Nur Muhammad dengan kedua-dua syarat tersebut.

Apabila sampai masanya ,  maka Nur Muhammad atau Nyawa atau Roh akan diperintah menghadap Rabbul Jalil , Zat Muhammad.

Klu Nyawa menghadap tanpa Jasad ,  maka ini bererti menunjukkan Hidup nya Nyawa selama ini MENSYIRIKKAN  ZAT.

Akibatnya Nyawa pun dihukum kerana  MUNGKIR JANJI.

Sebab itu  PENAMAT ILMU ini ialah  SATU  sahaja ,  iaitu  MENGEMBALIKAN SEMULA JASAD KPD ZAT kerana ini menunjukkan Amanah Allah kepada Nur-Nya.

Kalau NYAWA pergi tanpa JASAD ,  maka  SESAT hukumnya.

Sepertimana Firman Allah Taala dlm Surah FATHIR  ayat :  16    -   mafhumnya :

" Jika Dia mahu , nescaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yg baharu. "

Nyawa yang mungkar kerana sesat jalan sehingga tidak dpt kembali semula ke Jasadnya ,  maka  Neraka lah tempatnya.

Sesungguhnya Nur Muhammad ini adalah sebaik2 kejadian tetapi  Mungkir Janji dgn  ZAT MUHAMMAD ,  iaitu diserahkan Jasad ke dalam Tanah Kubur ,  SIAPA  SURUH ?

Jasad ini  HAK ZAT  maka serah pada ZAT bukan  Hak Tanah.

Hutang A , kenapa pula dibayar hutang pada Z ?

Daripada SEBAIK-BAIK  kejadian , jadilah  SEHINA-HINA  CIPTAAN  Allah ,  inilah  NERAKA  namanya. 

Maa Sya Allah

ALLAHU  AKBAR

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.