Khamis, 28 Januari 2016

SIAPAKAH KITA

Ar'faul u'luumil makrifatil tauhid ertinya Ilmu yang terlebih tinggi daripada segala ilmu adalah meng-isbath-kan Zat Allah yang Mutlak_

Siapakah KIta?
Dari Manakah Kita Datang?
Di Manakah Kita Sekarang?
Akan Ke Manakah Kita Ini?

Dari Anas bin Malik r.a berkata : “Rasulullah s.a.w bersabda :
“Menuntut ilmu itu adalah kewajiban bagi setiap Muslim (lelaki dan wanita).”
(Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

Firman Allah Taala
"Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan SOLAT, dan menunaikan ZAKAT, sedang mereka RUKUK (tunduk menjunjung perintah Allah).
"Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya serta Orang-orang yang beriman itu penolongnya maka berjayalah dia, kerana sesungguhnya golongan yang berpegang kepada Agama Allah, itulah yang tetap menang.'
(Surah Al-Maidah : Ayat 55 Dan 56 )

Dikatakan "MAN ARAFA NAFSA HU FAKOD ARAFA RABBA HU" pertamanya ditujukan kepada hambanya yang beriman agar MENGENAL DIRINYA, dari mana ia DIJADIKAN dan SIAPA yang MENJADIKAN maka inilah yang dikatakan "MAN ARAFA NAFSA HU" ertinya "KENALLAH DIRI KAMU". Diri kita ini adalah DIRI yang DITEMPA dari EMPAT ANASIR iaitu : Air, Api, Angin dan Tanah maka inilah disebut sebagai BATANG TUBUH.

Setelah siap BATANG TUBUH itu maka DIBAHAGI pula ISINYA sebab Air, Api, Angin dan Tanah itu daripada NABI ADAM A.S kerana ASAL Nabi Adam a.s daripada EMPAT ANASIR ini.

Dimaksudkan AIR itu ialah TULANG kepada KITA muslim
Dimaksudkan ANGIN itu ialah URAT kepada KITA muslim
Dimaksudkan API itu ialah DARAH kepada KITA muslim
Dimaksudkan TANAH itu ialah DAGING kepada KITA muslim

Itulah yang dimaksudkan ISI BATANG TUBUH DIRI KITA MUSLIM daripada NABI ADAM A.S yang DINAMAKAN sebagai MANUSIA PERTAMA iaitu ADAM A.S BAPA segala JASAD tubuh kepada KITA dan inilah dikatakan PERBUATAN ALLAH (af'al Allah) diri kita yang ZAHIR didunia ini.

Dari itu kita masuk kepada pecahan RUKUN 13 DIRI ZAHIR BATIN KITA seperti tertera di gambar ini maka lengkaplah KITA yang BERNAMA MANUSIA iaitu JASAD ADAM Manusia pertama yang dijadikan ALLAH TAALA maka inilah dinamakan RUKUN DIRI.

Mengambil Dari Kalimah LAA ILAHA ILLA ALLAH sebanyak 12 HURUF yang kita ISBATHKAN didalamnya dan Mengambil MUHAMMAD RASULULLAH sebanyak 12 HURUF yang WAJIB bagi kita menyatakan KEBENARAN RASULULLAH S.A.W maka semuanya berjumlah 24 HURUF, yang juga termasuk siang dan malam. Siang 12 jam dan Malam 12 jam NAFAS kita KELUAR dan MASUK sehari semalam 24,000 ribu kali banyaknya.

Satu BARANG daripada ALLAH TAALA iaitu NYAWA KITA inilah ANUGERAH ALLAH kepada KITA sebagai HAMBANYA untuk MENJALANI HIDUP di muka bumi alam maya ini. Supaya kita dapat MENIKMATI RAHMAT dan NIKMAT yang DIANUGERAHKAN ALLAH kepada ISI ALAM ini.

Apabila kita telah MENGENAL DIRI ZAHIR BATIN yang bersusun-susun pada JASAD kita ini maka hendaklah KITA berpindah untuk MENGENAL NUR MUHAMMAD iaitu yang MENYEBABKAN kita ZAHIR ke dunia ini. Kita WAJIB mengetahui bahawa NUR MUHAMMAD inilah PUNCA KEJADIAN ALAM ini seperti sabda Rasulullah s.a.w : "Aku adalah bapa atau sumber dari segala ruh dan Adam a.s itu adalah bapa atau sumber segala tubuh jasad".

Di dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda :"Sesungguhnya Allah taala ciptakan sebelum adanya sesuatu adalah NUR NABI kamu". dan di hadis lain lagi Rasulullah s.a.w bersabda :" Sesungguhnya Allah Taala ciptakan ROH NABI MUHAMMAD daripada ZATNYA lalu Allah ciptakan alam dengan rahsianya daripada NUR MUHAMMAD". juga di hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda : " Aku adalah daripada Allah dan orang-orang mukmiin itu adalah daripada aku".

Nur Muhammad s.a.w ini NYATA didalam diri kita setiap MUSLIM dan terlalu hampir dengan diri setiap muslim yang IMAN kepada NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W dunia akhirat..

Inilah Diri ZAHIR BATIN Bagi Setiap Muslim Maka Tuntutlah Diri Sendiri Dengan Mengenal Diri Agar Sentiasa Berada Di Dalam Kalimah Suci Mulia Dan Terpuji Iaitu Kalimah "Laa ilaha ilallah Muhammad Rasulullah".

Rasulullah s.a.w bersabda
“Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

!!!Perhatian!!!
In shaa Allah penjelasan yang lebih lanjut mengenai lembaran ini, sila rujuk kepada Guru Mursyid anda atau orang2 yang Arif Ilmu dunia akhirat. Terima Kasih Lillahi taala.

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammadhin Nabiyil Ummi Wa Ala Ahlihi Wasohbihi Wasallim

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.