Sunnah Yang Pertama Bagi Manusia Adalah Menuntut Ilmu_
Rasulullah s.a.w bersabda
"Sesungguhnya sesuatu bab daripada ilmu yang dipelajari oleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya”
“Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”
"Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para Nabi.”
Dari Anas bin Malik r.a berkata : “Rasulullah s.a.w bersabda :
“Menuntut ilmu itu adalah kewajiban bagi setiap Muslim (lelaki dan wanita).”
(Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)
"Kelebihan seorang alim (orang yang berilmu) terhadap seorang ‘abid (ahli ibadah) seperti bulan purnama terhadap seluruh bintang."
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda :
“Tidak boleh Hasad kecuali dalam dua perkara.
1). Terhadap orang yang diberi harta oleh Allah, lalu dia menghabiskannya dijalan yang benar.
2). Dan terhadap orang yang diberi hikmah (ilmu) oleh Allah lalu dia mengamalkan dan mengajarkannya kepada orang lain.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Firman Allah Taala
Niscaya Allah akan meninggikan beberapa darjat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.
(Surah Al-Mujadalah : 11)
Rasulullah s.a.w bersabda
"Perumpamaan Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung dalam mengutusku untuk menyampaikan petunjuk dan ilmu adalah seperti hujan yang membasahi bumi. Sebagian tanah bumi tersebut ada yang subur sehingga dapat menyerap air serta menumbuhkan rerumputan dan sebagian lagi berupa tanah-tanah tandus yang tidak dapat menyerap air lalu Allah memberikan manfaatnya kepada manusia sehingga mereka dapat meminum darinya, memberi minum dan menggembalakan ternaknya di tempat itu.
Yang lain menimpa tanah datar yang gundul yang tidak dapat menyerap air dan menumbuhkan rumput. Itulah perumpamaan orang yang mendalami ilmu agama Allah dan memanfaatkannya sesuai ajaran yang Allah utus kepadaku di mana dia tahu dan mahu mengajarkannya. Dan juga perumpamaan orang yang keras kepala yang tidak mau menerima petunjuk Allah yang kerananya aku diutus." (Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda
"Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan aka dilipat gandakan sepuluh, saya tidak mengatakan ,”Alif,Lam,Mim” satu huruf , tetapi Alif satu huruf , Lam satu huruf , dan Mim satu huruf," (Hadis Riwayat Bukhari)
Firman Allah Taala
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
(Surah Al-Ankabut : ayat 69)
Rasulullah s.a.w bersabda
“Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Dari Jabir Bin Abdullah Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
"Tatkala turun kalimah "BISMILLAHIRAHMANIRAHIIM", awan-awan lari ke arah timur lalu angin menjadi diam, laut bergelombang, binatang-binatang memasang telinga mendegarkannya, syaitan-syaitan dilaknat dari langit, lalu Allah taala bersumpah :"Demi kegagahan dan kemuliaan-Nya, apa pun juga apabila NAMANYA dibacakan ke atas sesuatu perkara atau perbuatan, Allah taala akan berikan berkat kepadanya".
Hendaklah kita MENGETAHUI bahawa MAKRIFAT insan dengan JALAN MUSYAHADAH dan hendaklah TAHU bahawa ZAT ALLAH TAALA itu tidak SERUPA dengan SESUATU yang lain hanya ZAT ALLAH WUJUD tiada baginya RUPA atau WARNA, hanya hambaNYA sahaja yang BERUPA dan BERWARNA maka TUHAN itu adalah ZAT.Adapun kita BERTUHAN kepada ALLAH EMPAT MARTABAT iaitu :
1.ZAT ALLAH itu TUHAN kepada KITA.
2,SIFAT ALLAH itu NYAWA kepada KITA.
3.ASMA ALLAH itu HATI kepada KITA.
4.AF'AL ALLAH itu TUBUH kepada KITA.
Adapun DIRI INSAN yang BATIN itu tidak mempunyai WARNA, hanya dapat dilihat dengan HATI pada DIRI kita yang ZAHIR itu ialah KELAKUAN DIRI KITA yang BATIN seperti KELAKUAN yang NYATA dan ASMA yang NYATA AWAL AKHIR dan yang BATIN. Oleh itu hendaklah INSAN MENGENAL HATI dengan HATI dan hendaklah HATI kita MUAFAKAD dengan LIDAH pada segenap WAKTU ketika SOLAT, duduk, berjalan, tidur dan sebagainya.
Rasulullah s.a.w bersabda
"Janganlah kalian menuntut ilmu untuk membanggakannya terhadap para ulama dan untuk diperdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan buruk perangainya. Jangan pula menuntut ilmu untuk penampilan dalam majlis (pertemuan) dan untuk menarik perhatian orang-orang kepadamu. Barangsiapa seperti itu maka baginya neraka."
(Hadis Riwayat Ath-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu iaitu :
1.Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu
2.Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain
3.Golongan yang mendengar orang yang mengajar ilmu
4.Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammadhin Nabiyil Ummi Wa Ala Ahlihi Wasohbihi Wasallim
0 ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.