Makhluk
yang pertama yang di ciptakan oleh Allah adalah Ruh Muhammad saw. Ia
diciptakan daripada cahaya 'Jamal' Allah. Sebagaimana firman Allah di
dalam hadis Kudsi "Aku ciptakan ruh Muhammad dari cahaya Zat Ku". Nabi
Muhammad saw, juga bersabda: "Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah
ruh ku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah cahaya ku. Dan
yang pertama diciptakan oleh Allah ialah qalam. Dan yang pertama
diciptakan oleh Allah ialah akal". Ruh, cahaya, qalam dan akal pada
dasarnya adalah satu iaitu hakikat Muhammad. Hakikat Muhammad di sebut
"nur", kerana bersih dari segala kegelapan yang menghalangi untuk dekat
kepada Allah sebagaimana firman Allah "Telah datang kepada mu cahaya dan
kitab penerang dari Allah".
Hakikat Muhammad di sebut juga
akal, kerana ia yang menemukan segala sesuatu. Hakikat Muhammad disebut
qalam kerana ia yang menjadi sebab perpindahan ilmu (seperti halnya mata
pena sebagai pengalih ilmu di alam huruf pengetahuan yang tertulis).
Ruh Muhammad adalah ruh yang termurni sebagai makhluk pertama dan asal
seluruh makhluk sesuai dengan sabda Rasulullah saw: "Aku dari Allah dan
orang-orang mukmin dari aku". Dan dari ruh Muhammad itulah, Allah
menciptakan semua ruh di alam 'Lahut' dalam bentuk yang terbaik yang
hakiki. Itulah nama seluruh manusia di alam Lahut.
Alam Lahut
adalah negeri bagi seluruh manusia. Allah menciptakan Arasy dari cahaya
zat Muhammad saw. Bagitu juga makhluk lain berazal dari zat Muhammad.
Selanjutnya ruh-ruh di turunkan ke alam yang terendah, di masukan pada
makhluk yang terendah iaitu jasad. Sebagaimana firman Allah "Kemudian
Aku turunkan manusia ke tempat yang terendah" Proses turunnya adalah
setelah ruh diciptakan di alam Lahut, maka di turunkan ke alam Jabarut
dan di balut dengan cahaya Jabarut. Sebagai pakaian antara dua haram
lapis kedua ini di sebut ruh 'Sultani'. Selanjutnya ia di turunkan lagi
ke alam Malakut dan di balut dengan cahaya Malakut yang di sebut ruh
'Ruhani'. Kemudian di turunkan lagi ke alam Mulki dan di balut dengan
cahaya Mulki. Lapis ke empat ini di sebut ruh 'Jismani'. Selanjutnya
Allah ciptakan badan (jasad) dari Mulki (bumi), sebagaimana firman
Allah: "Dari bumi aku mencipta kamu. Kepada bumi aku mengembalikan mu.
Dan dari bumi pula lah aku mengeluarkan mu". Setelah terujud jasad,
Allah memerintahkan ruh agar masuk ke dalam jasad, maka ruh masuk ke
dalam jasad, sebagaimana firman Allah: "Ku tiupkan ruh dari Ku ke dalam
jasad". Ketika ruh berada di dalam jasad, ruh lupa akan perjanjian awal
di alam Lahut iaitu hari perjanjian: "Bukankah Aku ini tuhan mu" Ruh
menjawab, "Benar, engkau adalah Tuhan kami".
Kerana ruh lupa
pada perjanjian awal, maka ruh tidak dapat kembali ke alam Lahut sebagai
tempat asal. Kerana itu, dan kasihnya Allah menolong mereka (manusia)
dengan menurunkan kitab-kitab samawi sebagai peringatan tentang negeri
asal mereka, sesuai dengan firman Allah "Berikanlah peringatan pada
mereka tentang hari-hari Allah", iaitu hari pertemuan antara Allah
dengan seluruh arwah (ruh) di alam Lahut. Lain halnya dengan para nabi,
mereka datang ke bumi dan kembali ke akhirat, badannya di bumi,
sedangkan ruhnya berada di negeri asal kerana adanya peringatan ini.
Sangat sedikit orang yang sedar dan kembali serta berkeinginan dan
sampai ke alam asal mereka. Kerana sedikitnya manusia yang mampu kembali
ke alam asal, maka Allah melimpahkan kenabian kepada ruh agung Muhammad
Rasulullah, penutup penunjuk jalan dari kesesatan ke alam terang. Ia di
tulis untuk mengingatkan mereka yang lupa membuka hatinya. Nabi
mengajak manusia agar kembali dan sampai serta bertemu dengan 'Jamal
Allah' yang azali, sesuai dengan firman Allah: "Katakanlah, Ini adalah
jalan Ku. Aku mengajak ke jalan Allah dengan pandangan yang jelas. Aku
dan para pengikut Ku". Nabi bersabda "Para sahabat ku seperti
bintang-bintang, mengikut yang mana pun kamu akan mendapat petunjuk".
Pada ayat tadi di jelaskan bahawa Nabi mengajak manusia kembali kepada
Allah dengan pandangan yang jelas, yang di dalam Al-Quran di sebut
'basyirah'. Basyirah adalah dari ruh asli yang terbuka pada 'Mata Hati'
bagi para aulia. Basyirah tidak akan terbuka hanya dengan Ilmu Zahir
saja, tetapi untuk membukanya harus dengan Ilmu Ladunni Batin (ilmu yang
langsung dari Allah). Sesuai dengan firman Allah "Kepada dia Ku berikan
ilmu yang langsung dari Ku".
Untuk menghasilkan basyirah, manusia
mengambilnya dari ahli basyirah dengan mengambil talqin dari seorang
wali mursyid yang telah berkomunikasi dengan alam lahut. Wahai saudara
ku, masuklah pada 'tariq' (jalan kembali kepada Allah) dan kembalilah
kepada tuhan mu bersama golongan ahli ruhani. Waktu sangat sempit, jalan
hampir tertutup dan sulit tempat untuk kembali ke negeri asal (Alam
Lahut).
Isnin, 24 Ogos 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.