Rabu, 5 November 2014

LATIHAN SAUFI 25 - (HATI) KEDUA


Adapun Hati itu tujuh darjat, iaitu :-
  1. Hati Syaitan, yang ada kepada makhluk, dinamakan Hati Sanubari
  2. Hati binatang,yang ada kepada makhluk, dinamakan Hati Sanubari
  3. Hati Manusia, yang ada kepada manusia, dinamakan Kalbi
  4. Hati langit, yang dinamakan Kalbu Sama'.
  5. Hati Bumi,yang dinamakan Kalbu Ard.
  6. Hati Air, yang dinamakan Kalbu Ma'.
  7. Hati Dunia, yang dinamakan Kalbu Alam.
Mertabat Hati

Mertabat hati manusia itu tujuh perkara, iaitu;-
  1. Mertabat Zulmat
  2. Mertabat Anuar
  3. Mertabat Asrar
  4. Mertabat Kamil
  5. Mertabat Wasil
  6. Mertabat Tejjaliat bahagian Afael.
  7. MetabatTejjaliatul Isma' Sifat dan Az Zat.
Dibawah ini diturunkan amalan hati iaitu:-

DOA HATI SUPAYA ADA NUR

"ALLAHUMMA SAWABA KALBUN KALBI BINURIKAL 'AZIM
ABADAN ABADA BIRAHMATIKA YA ARRAHMAN RAHIMIN"

Ingatan:

Doa hati ini hendaklah di jadikan wirid dan diamalkan tiap-tiap hari seberapa banyak yang boleh.

Hati Maarifat itu nyawanya bernama Sifat Sirr.
Hati Hakikat itu nyawanya bernama nafsu Mardiah.
Hati Tarikat itu nyawanya bernama Nafsu Radhiah.
Hati Syariat itu nyawanya bernama Nafsu Muamainnah
Maka sebenar-benar hati itu namanya Ampas. Maka cahaya zahir hati itu pandangan berserta Allah. Maka cahaya batin hati itu Ujudullah.

Maka kenyataan zahir hati itu:-
  1. Kasih kepada saudara maranya
  2. kasih kepada dunia.
 Adapun, kenyataan cahaya batin hati itu:-
  1. Terjauh daripada niat jahat.
  2. Terjauh daripada nafsu jahat
  3. terjauh daripada dunia
Hati yang suci itu dinamakan ASRARUL HAK.
Pemandangan hati yang suci itu dinamakan Nadzri
Pemandangan hati yang suci itu dinamakan Shudul Wahdah Fil Kasrah.
Barangsiapa ada Nadzri, darjatnya Keramat disisi Allah
Barangsiapa ada Shudul Wahdah Fil Kasrah darjatnya wali Allah disisi Allah.
Barangsiapa Latif hatinya darjatnya Rejal disisi Allah.

Maka pemandangan mata hati itu dinamakan Maarifat. Sebagai seorang Muslim hendaklah ia behubung atau "contact" dengan mata hatinya yang di namakan Maarifat. Sesungguhnya tidak sempurnalah seseorang itu dinamakan Muslim atau beragama Islam jika tidak ada Maarifat. Maarifat itulah yang dikehendaki oleh Allah kepada manusia yang mahu beriman kepadanya. Jika tidak ada demikian rupa, maka tidak ada kebenaranya yang dinamakan HAK. Maka yang ada kebenaran kepadanya ialah yang batal. Maarifat itu adalah pekerjan Sirr. (Rahsia).

Tanpa Maarifat menjadikan penganut Islam terkeluar daripada hak asasinya dan dengan itu ia di kotak-katikkan oleh fitnah Zaman dan dajal Al Masih dan orang yang demikian rupa itulah tabiatnya dan resamnya dan tradisinya, Minyak dengan Air tidak bercampur. Mereka itu melakukan segala yang haram dan yang maksiat.

Hanya mata hati yang buta sahajalah yang bersifat dengan:-
  1. Maksiat
  2. Tamak
  3. Haluba
  4. Hasad
  5. Pura-pura taat dan seandainya.
Maka orang-orang yang buta mata hatinya, butalah Tauhidnya kepada Allah. Hanya orang-orang yang celik mata hatinya saja, maka Tauhidnya benar dan sahih, kerana orang yang celik mata hatinya sahaja maka Tauhidnya benar dan sahih, kerana orang yang celik mata hatinya itu sahajalah yang masuk Nurul Azam ke dalam hatinya.
  1. Mata hati itulah dinamakan anak diri
  2. Mata hati yang dinamakan Kalbun itu tempat Niat.
  3. Mata Hati yang bernama Fuad itu tempat Maarifat
  4. Hati yang bernama Fuad itulah yang bertanggungjawab dan yang kena soal di akhirat kelak.
Barang siapa yang mengenak akan hatinya, maka ia akan kenal dengan nyawanya, rohnya, Tuhannya. Maka hati seketul daging itu dinamakan:-
  1. Hati Nabi
  2. Hati Malaikat
  3. Hati Manusia
  4. Hati Binatang
  5. Hati Syaitan
Maka itulAh hati yang lazim yang dinamakan ''TAKUNG DARAH''.

Maka hati yang sebenar itu Roh. Ibadat Maarifat hati itu dinamakan Maarifat Kalbun, dinamakan Mujahidah, dinamakan Sabilullah (Jalan Allah) kerana berperang dengan nafsu yang jahat.
Maka hati orang Mukmin itu dinamakan Baitullah. Maka didalam hati orang-orang mukmin itu ialah Roh Rabbani. Maka hati orang-orang mukmin itu ialah Rohani yang dikenal dengan Kalbi masa ia hidup dan bila pulang ke Rahmatullah ia dikenal dengan Rohani, maka Rohani itulah sebenar-benar diri seorang Mukmin. Maka hati orang-orang Mukmin itulah yang dinamakan:-
  1. Nurul Iman
  2. Nurul Yakin
  3. Nurul Hakiki
  4. Nur
  5. Ainul Hakikah
  6. Aghiar
  7. Nurul Takwa
Maka ilmu mengenal Kalbun dinamakan:-
  1. Tassup
  2. Tasawup
  3. Tarekat
Maka Ilmu mengenal Roh dinamakan:-
  1. Rohani
  2. Rohul Kudus
  3. Roh Izapi
  4. Rohul Mutlak
Maka Ilmu Nyawa itulah dinamakan Maarifat Daiem.
Maka Ilmu Mengenal Diri itu jua yang dinamakan Maarifat Daiem atau Ilmu Insaniah. Maka Ilmu Mengenal Rahsia Allah itu dinamakan Sirr atau Sirrul Asrar.
Maka Ilmu ketuhanan itu dinamakan:-
  1. Ilmu Nuraniah
  2. Ilmu Kalam
  3. Ilmu Rabbaniah
Maka ilmu Hurufiah itu ilmu mengenal asal usul huruf atau Ilmu Al Fatihah, ia ini ilmu yang pohonnya ALHAMDU. Ilmu yang berasal daripada Usul Muftahul Ghuyub atau Ilmu yang dikenal hari ini dengan nama ilmu Ahli-ahli Saufi (Saufisma ala Islam).

Doa hati untuk amalan setiap hari hendaklah dibaca seberapa banyak yang boleh.

"YA BATINI"

Adapun hati itu raja kepada tubuh, ia menguasai ajak dan hati itu ada dua mertabat iaitu:-

1- Hati sanubari (Bangsa Syaitan dan Binatang)
2- Hati Jamal (Bangsa Manusia)

Maka sebenar hati pada manusia ialah Hati Jamal, bukan hati sanubari. Maka sebenar-benar hati ialah hati nurani yang di namakan Qalbi atau Latifatul Kalf. Hati yang benar itu ialah Roh. Oleh kerana adanya hati kepada manusia itu, terpaksalah bergantung kepada sifat-sifat usaha yang dinamakan iaitu:-

1- Ijstirarri
2- Ikhtiarri

Sesungguhnya yang mengerakkan badan itu ialah akal, yang menggerakkan akal itu hati. Segala sifat-sifat rajin, malas, lembab, dan seandainya adalah bergantung kepada hati seseorang itu. Maka hati itu ada mempunyai pakaian sebagaimana tubuh, kerana hati adalah sebenar-benar tubuh manusia. Adapun pakaian hati itu ialah:-

1- Wirid
2- Tasbih
3 Makrifat

Oleh kerana itu dikehendaki tujuh Latifah yang ada didalam badan seseorang itu hendaklah dibersihkan dengan Makrifat dan disertai dengan zikirullah. Maka tujuh Latifah itu dinamakan Makam Zikir, iaitu:-

1. Jantung 
2. Rabu
3. Limpa
4. Paru-paru
5. Hempedu
6. Luruh diantara dua owning
7. Ubun-ubun

Kerana tujuh Latifah yang tersebut adalah tempat hati atau tempat sinaran cahaya Nur Ruhani, kerana itulah maka dikehendaki tujuh tempat yang tersebut mesti bersih, dibersihkan dengan air Mujahidah tiap-tiap hari sebanyak 1,000 zikirullah sekurang-kurangnya, kerana makam yang tujuh itu adalah berkaitan dengan tempat Ruh yang bernama Ruhani. Pada ahli Tarikat Nakshahbandi zikir "Allah" sebanyak 11,000. Tapi kalau menurut pada asal yang di ajar oleh Rasulullah sebanyak 24,000 kali.

INGATAN

Adapun jantung, rabu, limpa, paru-paru, hempedu, lurah diantara dua kening atau dinamakan diantara mata hitam dengan mata putih , ubun-ubun adalah makam atau Latifah atau wilayah Ruh namanya. Maka tiap-tiap makam itu ada Ruh iaitu:-

1. Di Jantung ialah FUAD
2. Di Rabu ialah LABBIN
3. Di Limpa ialah SUDUR
4. Di Paru-paru ialah KABAD
5. Di Hempedu ialah KALBUN
6. Di antara dua lurah kening ialah MALAIKAT
7. Di Ubun-ubun ialah FUAD BESAR.

Maka Makam Jantung itu dinamakan wilayah Sunnah Adam
Maka Makam Rabu itu dinamakan wilayah Sunnah Ibrahim
Maka Makam Limpa itu dinamakan wilayah Sunnah Musa
Maka Makam Paru-paru itu dinamakan wilayah Sunnah Isa.
Maka Makam Hempedu itu dinamakan wilayah Sunnah Muhammad.
Maka Makam diantara dua lurah kening itu dinamakan wilayah Sunnah Nuh.
Maka Makam Ubun-ubun itu dinamakan wilayah Sunnah Rasulullah.

Maka Makam Adam itu warnanya Kuning 
Maka Makam Ibrahim itu warnanya Hijau 
Maka Makam Musa itu warnanya Merah 
Maka Makam Isa itu warnanya Putih 
Maka Makam Muhamammad itu warnanya Hitam
Maka Makam Nuh itu warnanya Kelabu 
Maka Makam Rasulullah itu warnanya seputih-putihnya.

Adapun warna-warna itu ialah warna Manikam yang didalam tubuh kita. Maka tujuh Makam itu tempat hati itu berpusing-pusing . Maka Makam hati yang sebenar dinamakan Latifatul Qalbi, iaitu pada Jantung yang ada NUR.

Latifatul Qalbi itu dinamakan Qalbi sahaja atau hati nurani Jamal. Dia lah Ruh dan rahsianya, dialah Ruhani dan Ruh Rabbani. Dialah yang mengenal Allah. Maka kita berzikir pads makam-makam itu supaya Allah beri kita berhubung dengan hati kita. Hati yang bernama Qalbi itu ada dua matanya iaitu:-

1- Yang memandang pada dunia bernama Fuad.
2- Yang memandang pada akhirat bernama Qalbun (Memandang kepada Than)

Apabila ada Fuad jadilah seseorang itu sebenar-benar Muslim. Apabila ada Qalbun jadilah seseorang itu sebenar-benar mukmin. Apabila ada Fuad dan Qalbun maka dengan sendirinya telah ada hati Jamal atau hati Nurani ialah Qalbi. Maka itulah yang dicapai oleh tiap-tiap ahli Tasaup, apabila tercapai yang tersebut, maka jadilah seseorang itu seorang ahli Tasaup atau ahli Tasawuf atau ahli Mujahidah, walaupun belum jadi seorang saufi .

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.