Selasa, 14 April 2020

NAFAS ADALAH CERMIN DARI ROH

NAFAS ADALAH CERMIN DARI ROH

-Nafas adalah kembar bagi Roh. 
-Roh adalah hakikat dan nafas adalah syariatnya di alam ini.
-Roh ibarat kapal, ombak bagaikan nafas.
-Jika tenang ombak, tenanglah perjalanan kapal. 
-Begitu juga Roh jika nafas seorang hamba tenang maka ia memberi kesan pada rohnya.

Kaum Arifibillah dan ahli Rohani amat mementingkan latihan pernafasan. 
Bila pernafasan baik maka akan baiklah perjalanan roh dengan ROBB-nya. Emosi amat mempengaruhi pernafasan baik ia dalam keadaan marah "stress" atau tenang. 
Jika seseorang itu berhasil mengawal emosinya maka tenanglah ia. Mereka yang tidak mementingkan rohani adalah seperti jasad yang tiada Roh mereka amat dibodohi dan diperdaya oleh syaithon.

Nafas berasal dari Robbul Alamin. Bagaimana mengenal turunnya dan naiknya Nafas ini dari sebatang tubuh?...
Nafas adalah al-Hayat yang datang dari Tuhan ia adalah rahasia illahi. Para ulama sufi mengamalkan zikir nafas untuk pembersihan rohani manakala para ahli "tenaga dalam" mengamalkan pernafasan untuk mengaktifkan tenaga ghaibnya sehingga dapat melakukan perkara dg kekuatan jasad. Dan para kaum sufi menamakannya sebagai "Nasma", yaitu gabungan antara Ruh Jasmani dan Jasad.

Zikir Nafas adalah lentera pengerak semua sistem rohani dan jasmani adalah merupakan Ibu dari segala zikir yang mempunyai banyak keistimewaan iaitu mampu membersihkan segala kotoran dalam dan rohani. 
Zikir Nafas ini ada pecahan dan rangkaiannya tersendiri. Pecahan zikir ini ialah zikir Nufus, zikir Tanafas dan zikir Amfas.

Keempat-empatnya saling berkaitan diantara satu sama lain. Bermula nafas itu kerana anfas, dan hidup anfas itu kerana nufus, manakala hidup nufus itu dengan rahasia dan rahasia itulah merupakan (Diri) rahasia Allah. Nufus, Anfas dan Tanafas itu adalah satu perkara yang ghaib yang wujud tanpa dapat dirasa dan dilihat seperti juga nafas.

Kedudukan Anfas ialah di Hidung. Kedudukan Tanafas di Telinga. Kedudukan Nufus di Jantung, Kedudukan Nafas ialah di Mulut. Anfas, Nafas, Tanafas dan Nufus ini merupakan satu "kuasa" ataupun keadaan yang keluar masuk (bergerak) dalam tubuh seseorang manusia. Apakah insan mudah memahami  pergerakan sistem spiritual dan rohani ini tanpa mengenal Robbnya dan ILLAH nya???...Sekali-kali ia tidak akan mengenal Robb nya tanpa ILMU KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH.

Diantara keempat unsur ini, Nafaslah yang boleh dirasa dan disentuh serta mudah untuk diyakini (kalau kita membicarakan) kerana setiap orang boleh merasakan dengan perasaan zahir. Zikir yang digabungkan dengan teknik pernafasan yang betul atau disebut sebagai zikir nafas akan memberi kesan yang hebat dan membawa pengenalan kita kepada Yang Maha Hidup.

Imam Ghazali mengatakan zikir yang dilakukan dengan cara menahan nafas akan mempercepat proses penyucian hati (membakar mazmumah).

Semoga bermanfaat..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.