Isnin, 31 Julai 2017

PENGHIANAT BANGSA

Coretan ini adalah untuk merenung kembali sejarah dan cerita pemimpin parti yang menghianati antara satu sama lain. UMNO merupakan parti politik utama di Malaysia dan merupakan mempunyai ramai pemimpin yang menghianati parti dan bangsa melayu yang mewakili orang melayu itu sendiri.

Kita bermula dari era Onn Jaffar dan Tunku Abdul Rahman yang bertelagah dalam parti dan akhirnya Onn Jaffar di singkirkan walaupun beliau merupakan pengasas parti keramat ini. Tunku mendapat sokongan dari kumpulan penghianat lain dalam menyingkirkan Onn Jaffar ketika itu.

Di era Tunku Abdul Rahman terdapat lagi penghianat dalam parti dan Mahathir di pecat dari UMNO kerana menentang Tunku. Mahathir di terima kembali setelah Tun Abdul Razak memerintah dan menjadi PM.

Mahathir di lantik menjadi PM setelah Tun Husain Onn meninggal dunia. Di sini peristiwa penghianatan berulang kembali seperti mana Mahathir menghianati Tunku Abdul Rahman sebelum nya.

Bermula berbagai peristiwa yang trajis dalam penghianatan dalaman UMNO. UMNO di daftarkan semula setelah UMNO hampir lumpuh di sebabkan penghianat yang mahukan Mahathir jatuh dalam politik. Mahathir berjaya membendung anasir dalaman dengan wujudnya parti Semangat 46 sebagai parti pembangkang. Peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim sebagai TPM adalah peristiwa besar dalam langskap politik negara. Rakyat dan orang melayu di sajikan dengan berbagai cerita sensasi sehingga rakyat memberontak di jalanan membantah keputusan pemecatan Anwar ketika itu. Ketika itu Zahid, KJ dan beberapa pemimpin UMNO sekarang bersama rakyat melakukan transformasi.

Mahathir berjaya menstabilkan dalaman dan ekonomi negara yang ketika itu mengalami kemerosotan ekonomi dunia. Maka wujudlah parti baru dari penghianat UMNO iaitu PKR. PKR berjaya menawan beberapa negeri bersama pakatan parti lain bagi menentang UMNO. Mahathir meletak jawatan dan di gantikan dengan Pak Lah.

Pak Lah PM Malaysia yang sekali lagi menghadapi penghianat dalam UMNO. Beliau mendapat tentangan secara terang dari pemimpin UMNO sendiri dan mengambil langkah menyerahkan jawatan PM kepada Najib sekarang. Maka terbentuklah sebuah kumpulan yang datang dari penghianat sebelum ini.

Najib melantik menteri dalam kalangan kumpulan yang membantu  beliau semasa beliau menjadi TPM dalam era Pak Lah. Maka menteri mendapat kuasa yang di idamkan dan melaksanakan tanggungjawab mereka. Najib mendapat tahu dan terkesan akan berlaku penghianatan di bawah pentadbiran beliau. Sekali lagi atas desakan dan bukti Najib memecat penghianat ini. TPM beliau di pecat apabila mempersoalkan banyak perkara dan salah satu adalah 1MDB serta wang 2.6 Billion dalam akaun persendirian Najib.

Najib melantik Zahid Hamidi si penghianat dalam era Mahathir bagi mengantikan TPM yang di pecat. Mahathir keluar parti UMNO dan menubuhkan parti harapan bagi menentang Najib bersama-sama musuh politik beliau yang dahulu.

Penghianat ini lah yang kononnya akan menjatuhkan PM untuk membentuk kerajaan baru. Adakah golongan penghianat ini yang akan menjadi pemerintah dan membela bangsa melayu.

Coretan ini adalah apabila penghianat ini berikrar akan membela Islam dan melayu di tanah airku ini. Adakah mereka lupa bahwa mereka dahulu pernah menghianati pemimpin sebelum ini.

Ini adalah pandangan ikhlas aku bahwa tanggalkan topeng pada muka pengkhianat ini dalam PRU yang akan datang. Kembalikan Islam dalam kehidupan kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.