Ahad, 5 Februari 2017

GUNUNG JERAI 2017

Perjalanan untuk menjejakkan kaki ke gunung Jerai bermula pada hari Jumaat 3/2/2017. Dari Kuala Lumpur aku bertolak ke Setiawan Perak bertemu sahabatku yang datang dari Johor Bahru dengan menggunakan keretapi. Kami berkumpul dan bermalam di Setiawan.

Pukul 9 pagi 4/2/2017 kami bergerak ke gunung jerai bersama-sama dengan 2 buah kereta. Singgah sebentar ke Taman Jerai Emas Homestay sebelum meneruskan perjalanan ke Gunung Jerai.




Perjalanan di teruskan dan sampai di kaki gunung Jerai sekitar pukul 2.30 petang.



Kami bergerak naik menggunakan kereta naik sehingga ke puncak gunung Jerai. Kami sampai di pos kawalan keselamatan di puncak gunung sekitar pukul 3.15 petang. Dari puncak dapat melihat panorama yang indah.






Seterusnya kami menuju ke padang Tok Sheikh dan Batu Shaff. Ramai pengunjung yang berkunjung di situ dengan aktiviti masing-masing. Di sini kita melihat satu peninggalan sejarah yang besar. Alhamdulillah tercapai amanah yang di tanggung dalam perjalanan kali ini. Melihat kebesaran ciptaan Allah yang mencipta sesuatu mengikut kehendaknya.








Perjalanan ini adalah pengenalan bagi aku dan sahabat. Walaupun niat untuk bermalam tidak ke sampaian tetapi serba sedikit hajat terlaksana jua. Aku akan kembali semula di Gunung Jerai ini. Banyak perkara yang harus aku singkap rahsia yang tersembunyi dari tempat ini.

Allahuakbar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.