Rabu, 29 Jun 2016

HADIS 16

Daripada  Abu Hurairah  r.a.:    : Bahawa  seorang  lelaki  berkata  kepada  Nabi SAW:  Berikan daku  wasiat.  Baginda  bersabda:  Janganlah engkau marah.  Lelaki  itu  mengulangi  soalan  itu  beberapa  kali. Baginda  tetap  bersabda: Janganlah engkau  marah. Hadis riwayat  al-lmam  al-Bukhari.

Pengajaran Hadis:-

Hadis  ini  menerangkan  betapa  sifat marah  itu  perlu  dihindari oleh  setiap mukmin,  kerana  marah membawa  banyak  keburukan  terhadap  diri  sendiri juga  terhadap  orang  lain. Jangan  marah  ertinya  mengelakkan  sebarang  sebab yang  membawa kepada  kemarahan. 

la juga bererti menahan marah  bila  dia  marah. Erti menahan  marah ialah  menahan  dari  melaksanakan  tuntutan ledakan marah  seperti  memukul,  memaki  hamun  atau  mengamuk. Seseorang yang  gagah  perkasa  dan handal  bukan  hanya  yang  mampu  beradu  tenaga,  bahkan  juga  orang yang  mampu menahan  marah.

Marah  diizinkan  hanya  apabila  ia didorong  oleh  perasaan  mahu  membela kebenaran  kerana Allah, namun mestilah  menurut  cara  hikmah  dan  batas  yang  dibenarkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.