Pengertian ibadah secara bahasa (etimologi) bererti : - Merendahkan diri serta tunduk.Dari sudut syarak (terminologi) pula, ibadah mempunyai banyak maksud yang di antara lainnya adalah :-
Taat kepada Allah dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.-
Merendahkan diri kepada Allah dengan rasa mahabbah (kecintaan).Ibadah adalah sebutan yang mencakupi keseluruhan apa yang dicinta dan diredhai Allah, baik yang berupa ucapan atau perbuatan,zahir dan batin.Ibadah dari takrifan para ariffbillah pula ialah :-
Merendahkan, menundukkan dan melenyapkan diri makhluk hingga tidak lagi kelihatan segala sesuatu, zahir dan batin melainkan Allah. Bila segalanya telah tiada, rendah, bila segalanya telah tertunduk dan bila segalanya telah lenyap, inilah yang diumpamakan Mati !Inilah yang dicari oleh para Ariffbillah, mencari “Mati Sebelum Mati “.
Apakah Ibadah Itu Yang Menjadi Tujuan ?Ibadah itu bukan menjadi tujuan. Yang menjadi tujuan ialah Allah, tetapi ibadah (taat, tunduk, merendahkan atau Mati Sebelum Mati), itu mesti sentiasa dilakukan untuk menyatakan Tuhan.
Bagaimana untuk
beribadah?Matikan segala perihal makhluk !- Matikan segala Nama yang bernama (As’ma). - Matikan segala Perbuatan(Af’al) yang memperbuat. - Matikan segala Sifat yang menyifatkan. - Matikan segala perihal batin (Zat) yang berhakikat.
Bila segalanya telah mati, apa lagi yang boleh dikatakan sebagai milik kita?- Segalanya tidak bergerak melainkan menerima gerak ! - Segalanya tidak bernama melainkan menerima nama ! - Segalanya tidak bersifat melainkan menerima sifat ! - Segalanya tidak terfikir melainkan diberi fikiran !Hendak membaca nukilan inipun kita tidak mampu melainkan kita ini “dibacakan” dan “dinampakkan” melalui penzahiran kalam yang menzahirkan dirinya melalui skrin komputer ini.
Kalam itu juga tidak dapat menzahirkan dirinya melainkan dizahirkan oleh penglihatan melalui mata.Mata itu juga tidak dapat menzahirkan dirinya, melainkan terzahir melalui Nama matanya, terzahir melalui Sifat matanya, Perbuatan matanya dan Zat mata nya. Malah itu semua tidak akan terzahir tanpa jasad. Jasad tidak terzahir tanpa Roh. Roh tidak terzahir tanpa Pencipta Roh itu sendiri !!
Hendak beribadah pun kita tidak mampu ! Di manakah peranan makhluk ? Berkuasakah kita ?Maka, beribadahlah denganNya tanpa huruf, tanpa suara.
Bersahaja-sahajalah dgn kehidupan ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.