Bermula Awal Agama Itu Adalah Mengenal Allah s.w.t
Rasulullah s.a.w bersabda
"Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang maka Ia memberinya kefahaman mengenai agamanya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
NYAWA
1.Setiap GERAK dan DIAM itu dinamakan NYAWA dan NYAWA melipatkan sekalian ALAM.
HATI
2.Setiap PEMIKIRAN akan BAIK dan BURUK itu dinamakan AKAL dan tempat AKAL itu adalah pada HATI.
TUBUH
3.Setiap yang BERKEHENDAK ke atas SESUATU itu dinamakan HAWA NAFSU dan tempatnya adalah pada JASAD iaitu TUBUH.
Pertanyaan Sahabat kepada Rasulullah s.a.w :
“Ya Rasulullah, Amalan apakah yang lebih utama ? “
Rasulullah s.a.w menjawab : “ Ilmu mengenal Allah (makrifatullah) ‘ Azza wa jallah”
Sahabat bertanya kembali : “Amalan Apakah yang Baginda Kehendaki ?. Rasulullah s.a.w menjawab : “ Ilmu mengenal ALLAH yang bertasbih kepadaNYA segala sesuatu.
Sahabat berkata lagi : “ Kami menanyakan tentang amal tetapi Baginda menjawab tentang ilmu “ Maka Rasulullah s.a.w menjawab : “Bahawasannya sedikit amal adalah bermanafaat bila disertai dengan ilmu mengenal Allah dan bahawasannya banyaknya amal tidaklah bermanafaat bila tidak disertai ilmu mengenal Allah “( Hadis Riwayat Ibnu Birr dari Anas r.a.)
Maksud "MAN ARAFA NAFSAHU FAKOD ARAFA RABBAHU" pertamanya ditujukan kepada hambanya yang beriman agar MENGENAL DIRINYA, dari mana ia DIJADIKAN dan SIAPA yang MENJADIKAN maka inilah yang dikatakan "MAN ARAFA NAFSAHU" ertinya "KENALLAH DIRI KAMU". Diri kita ini adalah DIRI yang DITEMPA dari EMPAT ANASIR iaitu : Air, Api, Angin dan Tanah maka inilah disebut sebagai BATANG TUBUH.
Setelah siap BATANG TUBUH itu maka DIBAHAGI pula ISINYA sebab Air, Api, Angin dan Tanah itu daripada NABI ADAM A.S kerana ASAL Nabi Adam a.s daripada EMPAT ANASIR ini.
Dimaksudkan AIR itu ialah TULANG kepada KITA muslim
Dimaksudkan ANGIN itu ialah URAT kepada KITA muslim
Dimaksudkan API itu ialah DARAH kepada KITA muslim
Dimaksudkan TANAH itu ialah DAGING kepada KITA muslim
Itulah yang dimaksudkan ISI BATANG TUBUH DIRI KITA MUSLIM daripada NABI ADAM A.S yang DINAMAKAN sebagai MANUSIA PERTAMA iaitu ADAM A.S BAPA segala JASAD tubuh kepada KITA dan inilah dikatakan PERBUATAN ALLAH (af'al Allah) diri kita yang ZAHIR didunia ini.
Firman Allah Taala
"Dan Allah telah menyempurnakan bagimu nikmat zahir dan nikmat batin."
(Surah Luqman : Ayat 20)
Firman Allah Taala
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,"
(Surah Qaf Ayat : 16 )
1.Tempat yang Menyatakan GERAK dengan ANGGOTA, Jika dilihat kepada NYAWA maka BERDIRILAH IRADHAT ALLAH.
2.Tempat yang Menyatakan GERAK dengan ANGGOTA, jika dilihat Allah kepada HATI iaitu MENGETAHUI apa yang diperbuat oleh ALLAH terhadap diri hamba.
3.Tempat yang Menyatakan GERAK dengan ANGGOTA, jika dilihat Allah kepada JASAD iaitu BERDIRI QUDRAT dan berlaku ANGGOTA INSAN yang juga dikatakan NIAT.
!!! Penjelasan Lebih Lanjut Sila Rujuk Kepada Guru Mursyid anda Melalui Lembaran Ilmu Ini. In shaa Allah..Terima Kasih. !!!
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammadhin Nabiyil Ummi Wa Ala Ahlihi Wasohbihi Wasallim