Maka nyawa manusia adalah berlainan, kerana dikatakan berlainan itu, ialah kerana nyawa orang Islam saja lah yang dinamakan Ruh. Manakala manusia yang bukan Islam tidak di namakan Ruh. Maka Ruh itulah yang di katakan Amar Rabbi (pekerjaan Tuhan). Maka orang-orang Islam yang tidak mengenal nyawa nya tidak lah di panggil dengan nama Amar Rabbi. Maka menurut istilah orang-orang Saufi Ruh atau nyawa orang-orang Mukmin saja lah yang dinamakan Amar Rabbi, jelasnya menurut pendapat Saufi melalui Tarekat Muhamadiah, Kadariah, Mertabat tujuh Saufi. Orang-orang yang mengetahui ilmu batin saja lah yang berdajat mukmin, ertinya orang-orang yang mengenal diri saja yang di gelar orang-orang mukmin. Maka berlawanan faham di antara ahli-ahli Tarekat dengan orang-orang Syariat berkenaan dengan darjat mukmin kepada seseorang itu.
Adapun nyawa orang-orang mukmin itu namanya Ruhani, ada pun Ruhani itu badan Muhammad, maka badan Muhammad pada tubuh nya dinamakan Nabi. Maka badan Muhammad pada orang-orang mukmin dinamakan Ruhani yakni nyawa nya.
HADITH NABI:-
"Aku daripada Nur Allah dan orang-orang mukmin adalah daripada Nur aku" . Maka pendapat tiap-tiap ahli Saufi yang orang-orang mukmin itu ialah daripada Nur Muhammad iaitu yang dinamakan Ruhani yang menjadi nyawa kepada orang-orang yang mukmin. Maka adapun orang Islam Tanpa mengetahui untuk mengenal nyawanya , maka nyawanya bukanlah Ruhani hanya nyawa bernama Ruh Tamidz, tetapi orang-orang Islam ada mempunyai Ruh, tapi bukanlah Ruh Ruhani.
Maka inilah perbezaan di antara faham ahli Saufi dengan orang-orang awam. Ruhani yang tersebut ini nyawanya bernama Ruh Izapi. Maka nyawa Nabi Muhammad bernama Rohul Kudus. Maka nyawa Adam bernama Ruh Izapi. Maka nyawa orang mukmin bernama Ruhani yang di hidupkan oleh Ruh Izapi, di dalam pendapat Saufi. Maka dinamakan orang-orang mukmin itu Rasul mangku Rasul. Maka nyawa yang menghidupkan nyawa itulah sifat Allah.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.