Jumaat, 2 Oktober 2015

IBADAT DAN IBADAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ  ٱللَّهِ  ٱلرَّحْمَـنِ  ٱلرَّحِيم

Apakah engkau tidak merasa bimbang atau khuatir terhadap dirimu sendiri...

...terhadap solatmu yang masih tidak khusyuk biar pun sudah berpuluh tahun engkau solat...

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ ﴿٤﴾ الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ﴿٥﴾ الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ ﴿٦﴾ وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ ﴿٧﴾

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat,(4) 
(Iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya,(5)
orang-orang yang berbuat riya,(6)
dan enggan (menolong dengan) barang berguna(7)
(Al-Ma'uun: 4-7)

Solat yang tidak khusyuk merupakan ciri solatnya orang-orang munafik

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَى يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا (١٤٢)

“Sessungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, padahal Allah (balas) menipu mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri malas-malasan, mereka mempamerkan ibadahnya kepada banyak orang dan mereka tidak mengingat Allah kecuali sangat sedikit”.
(An-Nisa’: 142)

" إنما يكتب للعبد من صلاته ما عقل منها " 
أخرجه أحمد بإسناد صحيح

'Hanyasanya dicatit pahala bagi seorang hamba daripada solatnya yang ia khusyuk.
(HD Ahmad)

Maka apakah engkau masih fidak bimbang khuatir dengan dirimu sendiri...

Juga terhadap keikhlasan mu dalam beribadah setelah sekian lama engkau beribadah...

عن أبى أمامة قال: جاء رجل إلى رسول الله فقال : أرأيت الرجل غزا يلتمس الأجرَ والذكْر ماله ؟ فقال رسول الله : (لا شىء له )، فأعادها ثلاث مرات ويقول رسول الله : (لا شىء له)، ثم قال: ( إن الله عز وجل لا يقبل من العمل إلا ما كان له خالصاً وابتغى به وجهه )

Diriwayatkan dari Abu Umamah radhiyallahu anhu, ia berkata: "Seorang laki-laki mendatangi Rasulullah shallallahu alaihi wasallam seraya berkata: "Bagaimanakah menurut engkauterhadap seorang laki-laki yang berperang dengan tujuan untuk meraih pahala dan dikenang?". Baginda menjawab: "Ia tidak mendapatkan (pahala) sedikit pun." Lantas orang tersebut mengulangi pertanyaannya 3 kali, dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam selalu menjawabnya: "Ia tidak mendapatkan (pahala) sedikit pun." kemudian Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah 'Azza Wajalla tidak menerima sebuah amalan melainkan bila diniatkan ikhlash dan berharap wajah-Nya".

(Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan An-Nasai dengan isnad yang jayyid (bagus).

Alangkah takutnya bila menghadapNya nanti di akhirat, amalan yang nampaknya banyak dibawa ketika di dunia, rupanya tiada nilai keikhlasan di sisiNya...

Juga terhadap pertemuan mu dengan Allah Rabbul Jalil di mahkamahNya di Padang Mahsyar nanti...

رَوى ابنُ حِبَّانَ والترمذيُّ في جامِعِه أنَّ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم قالَ: "لا تزولُ قَدَمَا عبدٍ يومَ القيامةِ حتَّى يُسألَ عن أربعٍ عَن عُمُرِه فيما أفناهُ وعن جسدِهِ فيما أبلاهُ وعن عِلمِهِ ماذا عَمِلَ فيهِ وعن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وفيما أنفقَهُ "

Diriwayatkan daripada Ibnu Hibban dan At-Tirmidzi bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak berganjak dua tapak seorang hamba pada hari kiamat sehinggalah ditanya dengan empat perkara iaitu tentang umurnya pada apakah telah dihabiskan, tentang jasad tubuhnya pada apakah telah digunakan, tentang ilmunya apakah yang telah diamalkannya,dan tentang hartanya dari mana kah sumber yang ia usahakan dan pada apakah dia telah belanjakan".

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ ﴿٤٠﴾ فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ ﴿٤١﴾

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,(40)
maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).(41)
(An-Naazi'at: 40-41)

Justeru, bersibuklah dengan dirimu wahai saudaraku. Kembalilah ke pangkal jalan iaitu kepada dirimu sendiri...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.