Rabu, 30 September 2015

HADIS 14

Daripada  lbnu  Mas'uud  r.a.  beliau  berkata: Rasulullah  SAW  telah  bersabda:  (( ِﺔ َﻋﺎَﻤَﺠْﻠِﻟ Darah  seseorang  muslim  tidak halal kecuali dengan  salah satu  dari tiga  perkara;  janda yang  berzina, nyawa  dengan  nyawa  dan orang yang  meninggalkan  agamanya  yang  memisahkan  diri daripada  jamaah. Hadis riwayat  al-lmam  al-Bukhari  dan  Muslim.

Pengajaran  hadis:

Menurut  hukum  Allah  seorang  mukmin  adalah  terjamin keselamatan nyawanya,  darahnya dan  harta bendanya  daripada sebarang  pencerobohan  dan  kezaliman.  Apabila berlaku  pencerobohan  terhadap darah,  harta dan  maruahnya dia  berhak  menuntut  balas mengikut  peruntukan  syara'.

Beberapa  orang darahnya  dihalalkan  iaitu mesti dihukum  bunuh. Mereka ialah penzina  yang  telah merasai  nikmat  perkahwinan halal,  orang yang  membunuh  tanpa  sebab  yang  dibenarkan  oleh  syara'  dan orang yang  sengaja meninggalkan  agama  dan jamaah  muslimah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.