Sabtu, 5 September 2015

HADIS 12

Daripada  Abu Hurairah  r.a  beliau berkata: 

Rasulullah  SAW telah  bersabda: َﻻ   ﺎَﻣ  ُﻪ ُآ ْﺮ َﺗ   ِء ْﺮ َﻤ ﻟ ا   ِم َﻼ ْﺳ ِإ Sebahagian  daripada keelokan  seorang  mukmin  ialah  meninggalkan  apa yang  tidak  berfaedah  baginya.

Hadis ini Hadis Hasan,  diriwayatkan  oleh  al-Tarmizi  dan  lain-lain sedemikian.

Pengajaran  hadis:

Seseorang mukmin  dianggap  elok,  indah dan berakhlak  tinggi  apabila  dia hanya  melakukan  perkara yang  berfaedah  dan  meninggalkan  perkara  yang  tidak  berfaedah.

Antara perkara yang  tidak  berguna ialah  bercakap  kosong, berhiburan  yang  melalaikan, duduk-duduk di  jalan,  bertandang  ke  rumah orang  tanpa  niat  ziarah  atau  tanpa  ada  kepentingan, suka  mengambil tahu perkara  yang  tiada  kaitan  dengan dirinya,  atau  apa  yang  dikatakan  dalam  pepatah  Melayu,  menjaga  tepi kain  orang.

Anjuran ini  menyerlahkan  suatu ajaran  lslam  yang  amat  baik,  yang  boleh  menyumbang  ke  arah pembangunan  umat.

Sekiranya semua  umat  lslam  meninggalkan perkara  yang  tidak  berfaedah  dan  yang  tidak ada  kena mengena  dengan  dirinya,  nescaya mereka  mampu  mencipta  kejayaan  dan kemajuan  serta  menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.