Sabtu, 5 September 2015

HADIS 11

Daripada Abu Muhammad al-Hasan  ibn Ali ibn Abu Talib  r.a.,ﺎﻤﻬﻨﻋ  ﷲا  ﻲﺿر  cucu Rasulullah SAW  dan orang  kesayangan  Baginda.

Beliau  berkata:  Aku  telah  menghafal  daripada  Rasulullah  SAW hadis: Tinggalkanlah  apa  yang  meragukan engkau  kepada  apa  yang  tidak  meragukan  engkau.

Hadis riwayat  al-Tirmizi dan  al-Nasaai. Al-Tarmizi  berkata ia adalah  hadis  hasan  sohih.

Pengajaran  hadis:

Seorang mukmin  tidak  seharusnya  terus melakukan  sesuatu  yang  dia  sendiri merasa  sangsi  dan  ragu. Hal ini  menyebabkannya  terjebak  jatuh  dalam  perkara yang kemungkinan  hukumnya  haram.

Meninggalkan  sesuatu  kerana ragu-ragu  dan kerana  ingin  menjaga maruah  diri  dan  keharmonian agama adalah  suatu sifat wara'   yang  terpuji.

Keyakinan  adalah  asas  amalan  dalam  lslam. Amalan  yang  dilakukan dengan  yakin  dikira  sah  dan diberikan  ganjaran  pahala.  Sebaliknya  amalan yang  dilakukan  secara  ragu-ragu,  tidak  memadai  dan mesti diulangi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.