Jumaat, 14 Ogos 2015

DIRI ZAT

Diri ZAT mengzahirkan SifatNya bernama Muhammad Mustaffa Rasul Allah dimana Muhammad itulah Diri Batin manusia itu dan Muhammad inilah yang menyampaikan PERINTAH ALLAH kepada Diri Zahir yang bertubuh dan berjasad itu yang bergelar ADAM. 

KESIMPULAN 2 KALIMAH SYAHADAH Tiada Nyata Hanya Allah & Akulah Muhammad Menyampaikan Haq AllahYang bermakna Allah itu MELIPUTI diri kita manusia dan nyatalah kepada kita bahawa apabila kita ME-ESAKAN Jasad kita dengan Batin kita, maka binasalah anggapan kita bahawa kita ini manusia. Nyatalah bahawa kita sebenarnya adalah Allah Taala kerana bila Zat itu memenuhi anggota zahir binasa nama Jasad maka nyatalah Sifat Muhammad yang mengakui bahawa DIRI kita yang SE itu ialah Allah yang disuruh cari dan yang kita cari selama ini. 

Nyatalah kepada kita bahawa Allah jadikan Muhammad sebagai RasulNya kepada kita kerana tidak lain dan tidak bukan supaya manusia itu MENGEMBALIKAN DIRI-nya didalam keadaan sempurna sebagaimana Rasul telah menyempurnakan tugasnya. SOAL YANG PALING BERAT sekarang ialah apakah benar bahawa manusia itu Allah ?Jika benar, bolehkah manusia itu menciptakan manusia seperti mana Allah menciptakan dirinya ? Ilmu Allah jua akan menentukan bahawa yang dikatakan manusia itu MUSTAHIL ALLAH sebab YANG NYATA ialah WUJUD ALLAH MELIPUTI MANUSIA itu, Surah Ar – Rahman : 19 Dia membiarkan dua lautan mengalir dan kemudiannya bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing masing. Lautan pertama ialah Lautan Jasad dan Lautan kedua ialah Lautan Nyawa. Keduanya bertemu menjadi MANUSIA. 

Batasnya tertakluk kepada ilmu sesaorang itu khasnya tauhidnya. Jika tauhidnya syariat dimana dia percaya dia berkuasa dan berkebolehan, maka batasnya ialah syariatnya atau dirinya. Jika dia bertauhid bahawa tiada yang wujud hanya Allah maka terhapuslah batas itu. Batas mungkin juga bermaksud bulu dan kulit manusia itu ataupun cahaya cahaya yang membalut Diri Rahsia manusia itu. Terpulanglah kepada anda sendiri untuk mentafsirkannya. Manusia itu terdiri dari dua unsur ( dua lautan ? ) iaitu Nyawa dan Jasad. Nyawa itu Ruh Allah manakala Jasad itu bersifat baharu. Jika dinafikan Jasad maka nyatalah ianya merupakan barang mati yang dihidupkan oleh Ruh. Manakala Ruh pula hidup dengan Zat Yang Maha Menghidupkan. Maka amatlah perlu kita ME-ESAKAN Jasad dengan Nyawa dan Me-esakan Nyawa dengan Zat Allah. Maka terhapuslah dua lautan menjadi satu. Inilah maksud Me-esakan dan maksud perumpamaan Allah diatas pada fikiran Al-Gemasi.

ALLAH MENYURUH MANUSIA MENG-ESA-KAN Dirinya dengan Allah Tuhannya dan BUKAN MENGAKU DIRI MANUSIA ITU TUHAN BERNAMA ALLAH. Selagi ombak masih wujud – ianya tetap ombak walaupun pada hakikatnya ombak itu ialah air laut jua dan ombak itu tidak wujud pada hakikatnya. Bolehkah cahaya matahari yang satu itu mengaku ianya matahari ? Sedangkan sinar matahari itu berjuta-juta walaupun sinar yang satu itu pada hakikatnya adalah matahari. Walaupun bersatu semua cahaya matahari ianya tetap sinar selagi belum kembali menjadi ESA dengan matahari yang ternampak oleh mata kepala kita itu.

Inilah IKTIBAR hubungan manusia dengan Allah itu. Kesedarannya tentang hakikat ini hanya untuk Tauhidnya bukan untuk didakwahkan. Mustahil ianya dapat dijelaskan tanpa mendatangkan KESALAHAN yang tidak salah sebenarnya. Kerana itulah Imam Ghazali mengatakan :- Biarlah ianya hilang dalam tumpukan debu hingga ditemui sendiri oleh orang yang mencarinya !!!! Sebenarnya tiadalah ikhtiar manusia itu untuk mencarinya, kerana dia kosong. Ianya didatangkan Allah kepada sasaorang hambanya sebagai satu Kurniaan.Bertuahlah anda sedangkan ianya dari Allah Untuk Allah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.